Terima Kasih Sudi Like

Tuesday, August 20, 2013

Selamat Hari Raya !

www.tips-fb.com

Salam

Fuh ! Fuh ! awat penuh sawang sangat ni , haishhhh lupa dah berminggu lamanya aku tinggalkan blog tercinta ni, cinta sangatnyaaaaaaaa -.=' .

Macam biasa kalau aku busy tu bukan tandanya aku makin kaya tapi aku rasa bila busy ni aku rasa macam aku hamba kerja eh ? eh ? sadisnya aku hanya kuli jalanan sobs sobs sobs....Korang masih mood beraya kan ? Aku 50% raya - 50% kerja . Masih belum basi kan nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Tahun ni beraya macam tahun sebelum-sebelumnya ala kadar je, tahun ni tahun kedua beraya bersama suami. Ye masih bersama suami sahaja,  In sha Allah jika diizinkan oleh Nya bertigalah kami. Tahun ni turn  beraya rumah aku pasal tahun pertama standard lah beraya di rumah keluarga suami kan. Tapi takde beza pun tiap-tiap tahun dua-dua belah keluarga aku dan suami pergi beraya pasal rumah kitaorang bertemu dapur haha.... 10 langkah dah sampai. So pagi raya tu rumah aku petang dah boleh tidur rumah keluarga suami. Senang dan jimat bukan ?

Tahun ni tema raya aku takdelah tetapkan warna apa,tapi dah kata raya mestilah kena baju raya yang sedondon tapi takyah tunggu raya hari-hari biasa pun kami suka pakai warna sama. jangan kata pergi kerja kat rumah pun kadang-kadang pakai baju sama sampai tuala pun sedondon kan abang ? hahaha...sengal jugak kadang-kadang laki bini ni siap tulis nama kat tuala takut salah ambil.


Raya pertama hijau


Raya kedua biru


Raya ketiga merah


Raya keempat biru lagi


Raya kelima biru jugak !.

Oke baru aku paham tahun ni tema raya aku biru hahaha...Ada sebab kenapa dok berkenan biru sebab aku nampak muda bila pakai biru ! muda sangat kata kooooo.....puiiiii !

Dengan ini saya Nor Syamila binti Ahmad dan Suami ingin memohon maaf sekiranya terkasar bahasa, perbuatan sama ada sedar tak sedar, menyinggung perasaan mana-mana pihak. ada yang terguris hati ke apa ke, mintak halal sumanya ye. Buat pembaca blog picisan saya, saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfirti, Maaf Zahir dan Batin.

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

18 comments:

Masya said... Click To Reply!

selamat hari raya mila, hohohohoho sakan .. banyak koleksi peplum jugak .. macam² fesyenn..

Lyaa Suriany said... Click To Reply!

hubby n wifey yg suweeeeeet ni

safurara said... Click To Reply!

meriahnya puan mila kita ni beraya.hehehe

Mun said... Click To Reply!

selamat hari raya mila.... lawa berbaju biru... thn depan try pink la plak.. keh keh...

Julia Johari said... Click To Reply!

Dik mila, suka lah tgk korang nih sehati sejiwa...tema biru lawaa

Mimie said... Click To Reply!

Selamat hari raya mila...pakai biru nampak muda ye..mihmihmih I like ur statement

Nory Zoulkefle said... Click To Reply!

selamat hari raya Mila n Mcdee..
sedondon membawa berkat katanya...
barulah sejiwa kan..hehe

Kekzamanis said... Click To Reply!

Selamat Hari Raya Mila! Maaf zahir batin.. Ramai pulak tahun ni bertema biru.. Hehe.. =)
ZON PERMAISURI CHOMEL

MizzTina said... Click To Reply!

alahai suwitnya dorang ni..

Eiqa Almond said... Click To Reply!

Selamat hari raya kak mila uikss.!
Awwww, sgt comel itu orangg :P

Yuliana Wahit said... Click To Reply!

wahhh.. semangat betol raya ni.. hehe.. Selamat Hari Raya dear..

boni kacak said... Click To Reply!

pergh... raya kelima nampak lebih meriah.hehehe

J.Syazwana said... Click To Reply!

selamat hari raya maaf zahir batin. baju raya keempat dengan lima tu macam terbalik. patot cik abang pakai biru muda raya keempat. and biru tua raye kelima. ke korang mmg sengaja nak nampak lain sikit? hihihi

Bunda_nora said... Click To Reply!

SALAM LEBARAN DARI BUNDA...

lizz said... Click To Reply!

Selamat hari raya mila...waa sweetnyer bergambo raya..

Nadia Johari said... Click To Reply!

SELAMAT HARI RAYA MILA

Nik said... Click To Reply!

wah..byk jugak koleksi baju raya yea. cantik2 semuanya

::EIDA:: said... Click To Reply!

selamat hari raya milaaaaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...