Terima Kasih Sudi Like

Wednesday, November 13, 2013

Makan Besar di Restoran D'Warisan, Teluk Batik

www.tips-fb.com

Salam

Ni cerita Hari Raya Haji hari tu, ye aku tau lama dah kan tapi ni tak lama sangat berbanding Percutian Krabi ,yang tu lagi lama sampai tak tahu jaman bila aku nak buat sambungan entry tu hakhakhak...Percutian Krabi tu dia punya cerita paaaaaaaling complicated aku rasa berbanding akaun yang aku buat hari-hari kau tahu ???? *takleh gambarkan complicatednya *

Raya Haji tahun ni aku tak beraya di Johor seperti selalu, selalu balik Johor kan ? Kali ni tak aku balik nun ke Utara iaitu di Perak, rumah sebelah bapak aku, sebenarnya balik ke Perak ni bertujuan, dalam setahun 1 2 kali je balik Perak maklumlah Johor ke Perak jauh tuuuuu~tujuan balik ni pun sebab menguruskan sedikit hal persiapan perkahwinan abang aku yang bakal berlangsung tak lama lagi, dia dapat orang Utara.

Satu family balik ke sana kecuali adik aku yang no 3 dia tak dapat cuti kena kerja, kecian ko kan ? Momantai lepas ni ko takkan tertinggal lagi. Kalau aku cuti ko pun cuti, lepas ni aku kan bos kau haha...

Dah sampai Perak memang panjang langkah memasing termasuk mak bapak aku, yelaaaa bukan senang nak balik Utara, ate sekali balik kau merayap jela. Makan besar kot dekat sini. Yang aku konon takde duit tiba je sana tiba-tiba berduit memboronglah jugak laki aku siap geleng kepala nasib kau lah bang oiiii dapat bini macam saya ~

Sampai je Kuala Kangsar wajib singgah makan dekat kedai kat Lembah Sungai Sayong tu, menu wajib mee hailam atau mee goreng basah. Terbaik beb ! Lepastu letak pulak dengan kuah cili jeruk, heiiii tengah menaip ni kecur air liuh aku hahaha...


Lapar pulak perut ni tengok mee goreng basah ni T____T

Dah makan, dah memborong shopping dekat Arena Square, lepas tu terus pergi ke Manong rumah adik abah yang bongsu, kami menginap disitu, menginap sangattttt, makcik ku jangan serik kami tumpang tido rumah makcik ye~ dah kenyang haruslah membutaaa...hujan lak tu celik je mata lapaaaaarrrrrrrr, abah tanya nak makan dekat mana ? makcik suggest kat Teluk Batik, kemain semua melompat macam nak roboh rumah siap-siap terus keluar. Oh ye dari Manong ke Teluk Batik makan masa 1 jam lebih tak silap aku.

Sampai Teluk Batik kalau tak beli pape adalah rugi besar sebab bukan senang nak sampai, nak harapkan aku jaman firaun belum tentu sampai so pikir-pikir kena beli juga souvenir dari sana. Nah sedikit souvenir buat diri sendiri jadilah kan dari takdeeeeeee kuikuikukui.....



Pergi jeti je, mungkin satu hari nanti dapat jejak pangkor pulak :)


Dah puas jalan-jalan habiskan duit yang ramai tu kami menternak lemak pulak di sini

Apa yang aku boleh cakap dekat sini makanan kat sini sedap ! Not Badlah tapiiiiii ada tapinya servis macam kurengggg sikitlah agak lambat. Makanan sampai dulu air kemudian lepastu lauk dah sampai nasi tak sampai-sampai, yang lain oke, harga bagi aku murah kot berbanding dekat KL ni.Puas hatilah jugak.


Siakap Tiga Rasa


Daging Masak Merah


Tomyam Campur

Ni je gambar makanan yang sempat aku snap yang lain dah selamat masuk dalam perut kihkihkih...Makan dalam 10 orang. Antara menu yang kitaorang order ialah :

-Siakap tiga rasa 2 set
-Tomyam Campur 2 set
-Telur Goreng 2 set
-Nasi Goreng Kampung 2 set
-Nasi Goreng Ayam 1set
-Maggie Goreng 1 set
-Sup Tulang 1 set
-Nasi Goreng Pattaya 1 set
-Laici Kang 5 set
-Milo Ais 1 set
-Laici 3 set
-Teh Tarik 1 set

Total Harga = RM1++.++ * maaf tak tau lah sebab bukan aku yang bayar, my abah yang bayarkan haha...*

Bagi aku murah kot sebab aku je dengan laki aku makan kadang-kadang cecah RM80.00 2 orang ni 10 orang memang murah kan ??? So korang kalau nak try makan kat sini dipersilakan

Alamat 

Restoran D'Warisan
No 12, Jalan Teluk Batik,
Kg Teluk Murok,
32200 Lumut Perak.

Tel : 05-6838391

Waktu Operasi : Mon : 7.30 am - 1.00 am
                          Wed - Sun :7.30 am - 1.00 am





♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

10 comments:

Mimie said... Click To Reply!

biar btul mila??murahhhhnyeeee

Nadia Johari said... Click To Reply!

hari ni kita sama entry..pilih restoran maknan..hahhaa..mila dekat teluk batik saya dekat jeram

Mun said... Click To Reply!

hmmm baru je balik dari lumut...tapi xsempat nak menyinggah ke mana-mana.. huk huk

lizz said... Click To Reply!

Murahtu..lepasni cooti2 boleh la gi sana mkn2..terlio ngk tomyam tu sedapnyer...

careno said... Click To Reply!

bestnyer dpt lepak mkn2 dgn family...

writer said... Click To Reply!

Sedap nya... jadi kepengen pula makan nih ...
Salam kenal dari
Catatan Penulis di internet

Unknown said... Click To Reply!

percutian yang bermakna adalah bersama family:) tahniah :)

licha said... Click To Reply!

sedap nya. haritu tak sempat nak pergi teluk batik. konvo kat seri iskandar :)

PinKy MoMMa said... Click To Reply!

last pergi sini masa adik belajar kt uitm seri iskandar tu..pastu tak jejak2 dah kat lumut ni huhuhu..mcm sedap jer daging tu..gulppp

::EIDA:: said... Click To Reply!

eh eh murah pulak rasanya. nnti kite g pulau pangkor boleh singgah sini. ehhhh? lallalalaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...