Salam
Dah masuk hari yang ke- 3 ( 24.6.2013 )
Masuk hari ke tiga masih dengan aktiviti air nya, pergi Krabi tak main air rugilah, so kitaorang pergi snorkeling di 4 island. Pakej yang ni kami naik long tail sebab semalam dah naik speedboat hari ni nak rasa kelainan naik long tail pulak. Hari ni punya pakej siap ada kayak selama 1 jam yeay !!!
Macam biasa breakfast dan tunggu van pick up kitaorang semua ke Ao Nang Beach, kami naik dari sana. Sampai je terus isi maklumat dekat kertas yang diaowang bagi, Tujuan maklumat diisi sebagai insurans jika berlaku apa-apa perkara semasa berada di pulau.
Apa-apa kita sarapan dulu
Tu diaaaaaaa Syafiq menunjukkan cara-cara pakai sunblock kot hahaha, pemakaian sunblock penting tau kalau buat aktiviti outdoor
Dah siap isi segala ready to goooo~ eh bukan nak pergi dah tapi nak bergambar hahaha. Kan benda wajib tuuuuu~
Dah kenapa Yaya sorang je patern lain lompatnya haha....
Lelaki kalau suruh melompat memang style la kan ~
Serius aku cakap naik long tail ni memang mencabar gila, kalau speedboat boleh tahan laju long tail ni slow sikit slow satu hal hei rendahnya boat ni bila ombak besar datang langgar long tail ni kecik besar kecik besar usus perut aku -.='. Mabuk jugaklah tapi tak muntah. Long tail ni dia tak digalakkan berdiri sebab nanti boat tak seimbang tergolek pulak boat tu. Kesan naik long tail ni bila ko dah balik hotel nak mandi pun terasa-rasa macam ko atas long tail terhuyung hayang macam tu sekali tau penangannya hebakkkk tak ???
1st destinasi stop dekat Phranang Cave, situ masuk toilet je kena bayar 10 THB sorang mahal kan ? pastu beli air tin 20THB, kat situ cuma 45 minit je jadilah kan dapat tengok monyet berlonggok-longgok dekat situ, jinak jugak tak liar pun.Nak jalan jauh lagi takut kena tinggal pulak sebab masa yang diberi pun tak lama so teruslah ke long tail.
Next pergi Poda Island kat sini kitaorang lunch, lepas makan kita buat kayak. Group kitaorang je yang buat kayak group lain snorkeling. Kayak amek masa 1 jam.
Lunch time jangan kau mimpi nak makan ada meja ada kerusi bersila sudaaaa~
Ready nak buat kayak time ni
Takutnya hanya Allah je yang tau -.=' bila naik kayak dekat laut tak sama dengan tasik tau. Ombaknya lagi tenaga kena pakai banyak.
Kayak ni memanglah best tapi penat sebab kena kayuh, nasib baik 1km je kalau 7km pitam aku rasaaaaa Dahla tak pandai berenang laki aku asik nak ketengah je makin lama makin jauh ketengah aku dah kecut perut dah sampai gaduh² dibuatnya.
Muka penat mengayuh, agak-agak boleh kurus 18kg tak berkayak muahahaha....
Bila berkayak ni bukan ekut suka mengayuh dia kena sama-sama kalau kiri-kiri kalau kanan-kanan org depan kena bagi arahan sebab orang belakang yang nampak orang depan. Kalau degil memg tak bergeraklah kayak ko tu.Kalau tak seiring kayuhan tu kita akan jadi lebih penat sebab tak seragam
Guide group kayak kitaorang ni namanya Mr Dome, dia bawak kitaorang pergi satu pulau dimana pulau ni dulu ditutup sebab memberi laluan untuk pengembaraan filem ' Castaway '.
Nie salah satu tempat dalam filem 'Castaway',
Masing-masing posing bersama pengayuhnya.Ada macam atlet tak? Ada pulak atlet kayak ahahahaha...
Next kami melalu dekat Chicken Island, kenapa namanya Pulau Ayam ? sebab bentuknya macam ayam kot huhuhu....Hari ke dua snorkeling ni aku langsung tak turun untuk snorkeling. Entahlah rasa macam malas je nak turun dari boat, kita kan tak pandai berenang nanti lemas susahkan orang so decide baik takyah turun.
Kat Chicken Island ni lagi banyak ikan berbanding Phi Phi Island, Tapi ikannya satu jenis jela takpe la kan dari takde huhu....
Tulah bentuk long tail yang kami naik, agak-agak korang tak seram ke ~
Kalau buat aktiviti air beg waterproofing diperlukan untuk simpan hp, wallet dan camera
Last destinasi adalah Tup Island, tempat paling ditunggu dimana kat sini terdapatnya pulau bersambung. Menariknya pulau bersambung ni kita boleh berjalan kaki sahaja atas pasir untuk ke pulau sebelah itupun kalau air surut, kalau air pasang korang takkan dapat seberang ke pulau sebelah.
Time diaowang seronok amek gambar sana sini kami laki bini pergi beli air tin dekat gerai berdekatan
Total Perbelanjaan :
Pakej 4 island with longtail 800THB 2 orang convert duit M'sia = RM83.60
Kayak 2 orang 500THB = RM 52.30
2 Air tin 80THB ( mahal ) = RM 8.40
TOTAL = RM 144.00
5 comments:
haaaa filem castaway rupanya.. mesti mcd yang bagitahu ni... heehhehe.. aah laa mila mcd pergi beli air . korang je yg pergi kan? dgn sheila? ida yaya nory gile gambar kat bawah. hehehhehehe
sonoknya mila.ai is jeles!
Wah .. nampak bagus pengalamannya ..
oooo nama filem tu "castaway" yer...baru nory taw...oh lupa Mcdee kan handal bab2 nama filem ni...hehehe
Assalam,
nk tny pakej 4 island tu beli kat mane?
boleh booking dri malaysia x??
email ke no telefon ke??
ad ke??
mohon share...
Post a Comment