Terima Kasih Sudi Like

Wednesday, April 29, 2015

Coway Water Purifier Memudahkan Kerja Seharian Dirumah.

www.tips-fb.com

Salam

Aku dah lama dengar pasal menatang Coway Water Purifier ni, tapi masih kurang pengetahuan pasal kegunaan dan kebaikannya sehinggalah aku berpindah ke rumah baru, barulah tergerak hati nak pakai. Itupun banyak sebabnyaaaaa~

Sekarang pun kualiti air pada paip tak terjamin kebersihannyaa, banyak sangat klorin, dengan berkarat macam air teh kata koo  T_____T. So kami decide untuk minum dan memasak kami beli dekat mesin air tu, ala yang 1 liter RM0.20 sen tu. Masa tu baru-baru kawin, lagipun duk berdua je takpela beli air tu, rumah pun tingkat 1 je larat je laki aku tu nak bawak setakat dua tiga tong air tu. Orang kata apa masih gagah perkasa hahaha...tapi gagah tak gagahla 2 tahun mengangkut air muahaahaha...Masa tu tak mampu la nak beli penapis air yang harga ribu riban, yelaaa orang tua- tua kata baru nak hidup. Yang mampu beli air kat mesin air jela.

Lepas 2 tahun aku pindah rumah yang lebih dekat dengan opis. Sepanjang duk kat rumah baru ni ingat okela kan air nyaaaa rupanya sama je hmmm hmmm hmmm, air dia berkarat sangat-sangat xdaya aku nak cuci pinggan nak masak  guna air kuning2 nilaaaa~ Boleh dikatakan setiap kali nak guna air.air keluar kotor dulu lepas tu barulah jernih.

Lagi satu rumah aku tingkat 4 tau ni aku bayangkan dulu yang negatif dulu sebelum positif, dulu tingkat 1 bolehlah naik tangga sebab 1 tingkat je pun. ni tingkat 4 kalau lif rosak kena angkut air yang bertong-tong mau tak terkeluar otot-otot nihaaaaa...Laki aku pun sekarang berkerja diluar kawasan kadang-kadang balik lambat setiap hari kalau stok air abes siapa yang nak g beli takkan aku??? matilah nak...macam alasan je kan nak pakai Coway haha..hakikatnya banyak senangkan keje aku kot.



Villaem CHP -08AR jenis table top.


Takpela kalau kena bayar sebulan RM125, tapi dalam banyak hal dia memudahkan kerja aku. I LOVE COWAY. Aku amek secara installment je mudah sebab takdelah terasa sangat nak bayar tiap-tiap bulan berbanding kelebihan menggunakan Coway ni.Apa yang kita akan dapat bila guna secara installment ni adalah free maintenance, service setiap 2 bulan sekali, dan tukar 6 filter setiap 6 bulan sekali serta cover rosak luar dan dalam. Ia juga 0 interest 0 deposit dan 0 guarantor.






Aku amek yang jenis ni sebab dia ada 4 fungsi dimana ada butang untuk Cold, Ambient, Hot dan Warm. Hanya pusingkan je button tu ke arah jenis suhu yang kita mahukan secara automatik suhu bertukar.Buat yang ada anak kecik kadang2 merayap ke dapur, nak dibuat cerita main benda alah ni jangan risau, untuk button air panas tu selagi tak tekan butang push air panas takkan mengalir keluar, ini bermakna kebimbangan terkena air panas terjaminlah sikit. Kira macam unlocked la button air panas tu, kena buka lock baru air panas keluar.

Line yang berwarna merah dan biru tu adalah sukatan liter air di dalam tangki, kalau kata kita dah gunakan banyak liter dan air dah abes digunakan. lampu akan menyala pada low water maka air sedang dipenuhkan semula. Jumlah kandungan air pada setiap suhu adalah  Hot (1.2L) Cold (3.7L) dan Ambient (6.4L)


Kalau tetiba tetamu serbu kerumah secara berjemaah korang xpayah risau dah nak kelam kelibut buat air. Coway ni dah siap air panas tinggal tekan punat je tadah. siap ! macam tu jugak air sejuk, kadang2 kita dari luar panas-panas haus kan, balik rumah amek cawan tadah je dah lega tekak. eh mudah gilaaaaa, senang keje aku ni hahaha, suami pun boleh bantu kita apa. Kadang nak minum air panas kan tapi nmpk macam isteri tengah kusyuk layan drama TV3 sambil sila panggung fefeling macam heroin dalam watak *aku la tueeeee sebenanrnya*, Para suami pergi je dapur buat air panas sendiri 3 in 1 sahaja. terus dapat gelaran suami mithali hikhikhikhik...

Sekarang ni semua benda yang melibatkan air aku guna air Coway je, nak bilas, nak masak nasi nak rebus apa2 semua guna air ni, dalam peti ais dah takde air untuk disejukkan, so jimat ruang bole letak benda lain.Nak buat air panas, sekejap je siap xpayah nak tunggu panaskan ke apa. Takde lagi dah cerek aku berlubang sebab selalu sangat masak air je hari-hari haha. Nak masak magie pun senang kalau dah lapar malas nak kotorkan dapur dengan periuk masak je magie cup setel *dasar malas ya amat*. Bila ada coway ni memang banyak senangkan aku sebabnya laki aku boleh buat sendiri, yela dia balik lewat kadang2 aku buat air dah sejuk bila dia balik so dia boleh buat sendiri kan if nak air panas.

Air Coway ni confirm-confirm la dijamin bersih dan halal sebab filternya melalui proses pembersihan dan penapisan sebanyak 6 peringkat bagi memastikan kebersihannya terjamin, jadi kita memang memerlukan air yang bersih dalam badan. 70% dalam badan kita mengandungi air, cuma bayangkan klu air yang kita minum tu tak selamat dan  kurang bersih kemungkinan untuk dapat penyakit tu senang. So aku syorkan korang-korang yang memang menjaga kesihatan tu gunalah air dari Coway ni, Kita sama-sama mencegah dari merawat.


Xperlu pasang lampu, nak air tekan je, jimat elektrik sikitlaaaa hihi..

Aku memang berpuas hati lah dengan Coway ni, bukan aku je guna malah family aku pun guna jugak. Kalau kata dah ada Coway ni pun masih malas lagi nak buat air panas, baik potong tangan jelaaaa..Mungkin ramai yang ingat Coway ni adalah mahal, memangla tak mampu kalau beli seketul tapi kita ada inisiatif lain kalau korang berminat nak cuba.Aku pun dulu ingat Coway ni mahal gila tapi bila mereka terangkan bole installment aku rasa mampulah sedikit, lagipun tak rugi pun sebab kita menggunakannya. Anggap jela kita guna kita bayar !

Eh, eh aku bukan dealer atau agent jual Coway tau, aku cuma share je dengan korang je betapa bagusnya bila ada Coway, mana tau korang pun menghadapi masalah macam aku kan, heeeee~

Nak tau lebih lanjut atau maklumat yang lebih terperinci pasal Coway ni, korang boleh contact dengan Su 012 - 5090556  tanya je apa-apa yang korang nak tau pasal air Coway ni, bukan takat air ni je Coway ada jual barangan rumah yang lain jugak. Aku memang ambil dengan Kak Su ni, mak mertua aku yang duduk dekat Johor pun aku amekkan dengan dia, senang bila kita dah kenal orang tu, apa-apa yang tak faham boleh refer dia.


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

7 comments:

Nieyla Nadia said... Click To Reply!

Singgah pagi...
memang byk jimatnya kan..

Anonymous said... Click To Reply!

Dr hari tu lagi nk pasang benda ni..tp x bkesempatan

Sheila Salim said... Click To Reply!

Assalamualaikum mila. walawehh macam best je kalau guna ni. hehehe

najiahs said... Click To Reply!

macam best je nie.insyaAllah de rezeki nk try gak..

KeMBaLI™ said... Click To Reply!

info yang bagus...stakat ney pernah minum coway adalah kat ofis..sebab durang guna menatang ney lar..memang memudahkan..tapi yang akak nyer lar memang superb..dar lar berlampu-lampu meriah..nak g dapur malam-malam dar tak takut sebab ditemani coway hehe...salam singgah

mahfudzoh syazwani said... Click To Reply!

Salam. Saya nk tnya, air paip mmg kna on 24 jam ke cmna? Pastu ada efek x kat bila air bulanan? Sbb xkan sampai seharian tank tu xpenuh kan.. Meter air still jalan ke cmne?

Dunia Mrs. Pejan said... Click To Reply!

As'salam sis mahfudzoh.. saya cody (coway lady).. air paip x jln 24hour.. jgn risau penapis air coway ada sistem jimat elektrik dan jimat air.. kalau tangki penapis air coway dah penuh dia akan automatik stop.. mengikut pengalaman saya sndiri yg guna coway, tak pernah lg saya bayar bil air sbb saya tinggal di selangor, bil bwh RM20 x perlu bayar.. penapis air coway sgt2 jimat dan sgt memudahkan.. jika berminat sis blh contact saya 0172668174 Farah.. special free gift/diskaun lumayan akan saya berikan pada pelanggan coway yang beli/rent under saya.. harap jawapan yg saya dapag membantu sis membuat pilihan yang tepat.. terima kasih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...