Terima Kasih Sudi Like

Monday, September 26, 2016

Cat Cafe in Johor Bahru

www.tips-fb.com

Salam

Cerita basi bulan March hari tu, tapi macam tak biasa dengan tuah tanah kedaung ni baru sekarang nak up entry la. Kebetulan suami bercuti sebab nak menghadiri perkahwinan kawan baik dia kat JB. Alang-alang dah sampai JB mestilah nak berjalan kat tempat best.Apa org cakap tu, sambil menyelam minum air gituuuuu~ 

Kat JB ni memang banyak tempat yang menarik sebenarnya lebih-lebih lagi tempat makan. Tapi disebabkan kekangan masa dan kami ke JB balik hari je jadi sempat lawat cat cafe yang disuggestkan oleh kawan suami kita tu jela,Next time In Sha Allah kita jenjalan lagi. Aku pun memang dah lama teringin nak pegi cat cafe ni. Nak tengok haiwan paling cumel dimuka bumi.


Masa aku pergi hari tu on weekend so kadar bayaran dikenakan RM6 per person selama 1 jam. Dalam tu korang boleh main sepuasnya nak gomol ke nak cium ke dengan kucing-kucing yang cumel boleh je nak selfie wefie ikut suka xde sape nak marah dah bayar kan, tapi jangan ko gusti dera pukul pulak kucing-kucing tu.



mata mana mata????


Ni abang long kawasan bapak garang kot !



Letih sangat rupanya lapoooo ke?


Model berbulu, muka tu haishhh


Muka toyeeee lempang kang


Ni jenis kucing hutan, macam leapord kan?


terkejut aku masa 1st time ingatkan anak anjing rupanya kucing takde bulu hahaha


Manjalah sangatnya


Kadar bayaran yang dikenakan :

Monday- Thursday : RM 5 ( 1 Jam Pertama )  (+ RM 4) ( 2 Jam seterusnya) dan ( + RM 3) untuk jam seterusnya, dan RM 25 untuk sepanjang hari.

Friday- Sunday, School Holiday, Public Holiday : RM6 ( 1Jam Pertama ) (+ RM 5 ) ( 2 Jam Seterusnya ) dan ( + RM 4) untuk jam seterusnya, dan RM 30 untuk sepanjang hari.

FREE entry untuk kanak-kanak yang berusia bawah dua tahun dan mestilah diawasi oleh ibu bapa.

Kalau korang nak hantar kucing korang untuk grooming kat sini ada disediakan perkhidmatan grooming dengan harga RM25 selama  1 jam

Makanan dan minuman luar tidak dibenarkan masuk ye korang. So make sure jangan bawak makanan dan minuman dari luar.




Anak-anak kucing ni diletakkan dalam satu bilik yang khas tak campur dengan dewasa. lagi geram tengok gelagat anak kucing ni tapi kita tak boleh pegang.hanya tengok je


Details untuk Cat cafe ini adalah seperti berikut :-

Alamat              : 1st Floor, U Mall Taman Pulai Utama, Johor Bahru 
                            (Near MBO Cinema ) 
Waktu Operasi : 10.00 pagi - 10.00 malam
No tel               : 016-7066132 / 019- 7994667
Facebook         : Persian in the House
Instagram         : tengkuela09
Email               : tengkunorlelatengkuismail@yahoo.com



♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

7 comments:

Julia Johari said... Click To Reply!

Seronoknya rumah kucing dia cantik...kucing pun comel2 gerammmmmmmmmmmmmmmmmm yeeeeeeeeee

Noor Maizan said... Click To Reply!

Ni kalau saya masukk ni tak keluar-keluar dah. hahah

ezy.fia said... Click To Reply!

alahai comel2 je kucing..
yg xde bulu tu terkejot jgk kite tgk.. hihi

Aty Fared said... Click To Reply!

besh nya kalau dapat bawak anak2 ke sini.. anak2 akak semua suka kucen.. murah gak lah tu.. kat sini ada gak.. tapi agak mahal.. dan memanjang penuh jer.. nak kene booked sebulan-2 awal..sebab tak ley masuk ramai2 sekali gus.. huhu

Nory Zoulkefle said... Click To Reply!

comeyynya abg long kawasan tu.......gebuuuu badan dia

nuyui a.k.a miss YUI said... Click To Reply!

kalau dkt lama dh terjah..

Fatina said... Click To Reply!

ya Allah comel comelnya kucing kucing semua, geram tengok :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...