Terima Kasih Sudi Like

Friday, October 7, 2016

Sambut Birthday Suami di Leezo Restaurant

www.tips-fb.com

Salam

Oooommmmgggg tak percaya aku makin rajin update blog kahkah... Dan rupanya banyak jugak perkara yang manis,masam, pahit kelat sepanjang aku berhijrah ni. Apa yang pasti aku happy dan tenang sekarang ni, NO MORE TEARS...

Tak pasti apa semangat yang datang buatkan aku kental gila nak update segala mak nenek peristiwa yang berlaku sepanjang hampir setahun aku menyepikan diri dalam dunia blog. Harap diberi ketabahan dan kekuatan untuk menghupdate segala cerita.

Intro je dah berjela, sebelum lari tajuk aku nak kembali ke pangkal jalan yang lurusssssss. Cerita 6 bulan yang dah berlalu, sekali lagi cerita basi damn ! damn ! tapi tak kira nak update jugak xfedulikkkk~

Birthday laki bulan 3 hari tu, kitaorg pegi makan je takde apa yg special pun cuma dah lama tak makan meriah sejak pindah so hari tu ingat nak pegi celebrate.

Aku ada satu tabiat kalau nak pegi tempat makan untuk celebrate something special aku akan buat research. Yelaaaa alang-alang hari special tempat kena special tapi kena dengan duit aku yang tak berapa ramai tu. Dekat johor ni, aku memang tak tahu langsung apa-apa atau mana-mana tempat makan yang rare or sedap makanannya. Kalau dulu balik kampung aku selalu pergi Square One dengan BP mall je kalau nak melantak favourite place pun dekat foodcourt je. La nie bila dah stay Johor haruslah aku cari cafe-cafe yang rare dan sedap dekat sini.

Orang Batu Pahat mesti pernah dengar  dan tahu LEEZO RESTAURANT kan? kira famous amous la kat Batu Pahat ni, tapi dia ada 2 cawangan satu berdekatan dengan aeon big tu LEEZO RESTAURANT satu lagi dekat Parit Raja yang tu LEEZO CONTAINER. yang ni sesuai kalau nak celebrate besday party sebab tempatnya luas dan paling best ada container nampakla view tu cantik sikit  Aku pergi yang dekat Aeon Big sebab dekat dan senang.


Memang pencinta makanan sangat laki aku ni, jaranglah makanan tu dia kata tak sedap even telur dadar yang aku goreng kahkah. Keje bahagian perhotelan benda-benda ni memang makanan dia, tetap tak rasa jemu aishhhh~ laki aku makanlah apa pun secara automatik kita pun nak rasa jugak sebab tengok dia makan tu menyelerakan. Jadi jangan hairanlah kalau kami sama-sama membesar bagaikan Juara ! Muahaha...


Meatball tu sedap, gambar muka aku abaikan candid laki aku, motif tayang fon tu? arwah dah Note 11 aku tu sayang gilaaa, arwah baik orangya haha...


Antara menu yang disediakan adalah western food dan asia food.Tapi tekak aku ni kalau makan dengan laki aku dia automatik tukar western mengade sangattttt!!! Aku pun pandai makan western setelah kawin dengan laki aku kot ! kalau tak sebelum tu chicken chop pun tak kenal haha...

Dessert dia memang best dan menarik 



tengok gambar pun boleh terliur, ape pesen ntah -.='


Nak wish birthday suami pun dah basi sebab cete dah lama berlalu, tapi masa birthday dia hari tu aku adalah bisik-bisik berdoa *sambil tadah tangan* semoga dia sentiasa dimurahkan rezeki diberikan kesihatan supaya boleh bekerja dan menanggung keperluan isteri dia yang cumel ni, jangan pening kepala sangat ye.



DETAILS LEEZO RESTAURANT / LEEZO CONTAINER

FACEBOOK                  : https://www.facebook.com/leezorestaurant
INSTAGRAM                : leezorestaurant
BUSINESS HOUR        : 5 P.M - 12.15 A.M
OPEN                             : Tuesday - Sunday ( Monday closed )
FOR BOOKING            : 019- 756 6080 / 019 - 7701040







♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

2 comments:

Nieyl said... Click To Reply!

Happy birthday !
wah!bestnya..sedap² makanan nya...

Noor Maizan said... Click To Reply!

Tumpang terliur. hahaha , gulp. uniknya eskrem kapit roti burger gitu...menarik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...