Salam
Ahad lepas lepas tak ingat tarikh malas nak tengok calendar, aku suami, abah dan mak mertua serta adik ipar dan biras jenjalan dekat Forest City, ni adalah planning dari adik ipar aku. kami ngeko je, bab berjalan jarang nak tolak haha... memandangkan laki aku time tu 2 minggu strait cuti sabtu dan ahad (AL). Kitaorang pergi balik hari je memandangkan Batu Pahat dengan JB tak jauh sangat
Nak ke Forest City, Gelang Patah kena ikut lebuhraya Link ke-2 menghala ke Tuas, tapi belok ke kiri menuju ke Gelang Patah / Tanjung Pelepas. Nanti akan ada signboard menuju ke Forest City. Lebuhraya tu masih dalam pembinaan jadi tak siap sepenuhnya tapi kita masih boleh menggunakan untuk ke Forest City. Apa yang best sepanjang melalui kawasan tersebut korang akan jumpa bunga warna-warni disusun ditepi-tepi jalan lepas tu ada pakej security guard tabik hormat dekat semua kenderaan yang lalu.
Masa tu aku tak tau pun Forest City ni ape kebendanya. Lupa nak google... 1st time datang aku tak buat research haha.... Yang aku tau bila dah sampai tempat tu hijau je semua cantik, menarik kau memang dabomb!
Nak terang pun aku tak pandai tapi korang pergilah sendiri tengok memang cantik hoiii nak bergambar sampai lebam pun boleh terpesona nau-nau. Apa yang aku tau sikit-sikit Forest City adalah kawasan laut yang telah ditambak dan dibina untuk warga antarabangsa terutama warga singapura dan china sebagai secondhome mereka dengan konsep sebuah bandar hijau ala-ala hutan tropika
Ada jugak mall tapi masih belum beroperasi sepenuhnya,masih banyak lot yang belum dibuka. kitaorg park kereta dalam mall masih tak kena bayar lagi. kalau nak makan sini susah sikit sebab kan baru lagi so tak banyak tempat makan. kalau ada pun non halal aku rasa -.='. So time tu yang ada pun cuma Papa Rich sahaja. gigih makan dekat situ. orang memang full la kat situ. Dah situ je yang orang Islam boleh makan.
Ada hotel jugak dekat sini. Hotel phoenix dekat sangat dengan mall So yang nak stay dekat sini pun boleh. Aku pelik jugak mula-mula mana semua orang pergi sedangkan sebelum aku masuk dalam mall banyak gila kereta, beribu tau macam ada pesta muda-mudi je tapi bila masuk mall nan hado ramai pun orang.
Rupa-rupanya diaowang berpesta dekat sini patutlah dari jauh aku dengar riuh semacam. Ada pool rupanya. tak sure kena bayar ke apa, tapi rasa kena bayar mana ada dalam Malaysia ni free, Selagi dibawah pimpinan Pak najib kahkah.. selautan umat manusia ni riuh rendah.sini rupanya mereka berkumpul. Pool tu aku nampak macam tuk kanak-kanak, mak pak aku tak sure boleh join sekaki ke tidak. Sebab kami takde anak kecil so takdelah pergi terjah. Kami just bergambar jela.
Banyak sangat view yang menarik korang boleh bergambar, sebab dekat sini ada arca-arca binatang macam singa laut, ketam, ikan nemo dan lain-lain.
Gambar pun tak banyak gambar laki bini pun takde, Laki aku tak berapa sihat, panas gila time tu payung tak bawak makanya takdelah bergambar sakan just duduk tempat yang redup. Sebagai isteri yang mithali aku pun ikutlah laki aku takkan aku nak pegi bergambar sensorang pulak takmolah.*redha dalam pasrah daku berserah, . adik ipar aku je dgn suaminya bergambar. Aku, suami dengan abah dan mak mertua cari tempat duduk,
Dah habis sesi bergambar sampai lebam, kitaorang pun berangkat pulang. korang tau time kitaorg dah nak keluar, banyak gila kereta yang nak masuk ke Forest City ni, beratur panjang sampai stuck, berbatu-batu jem, siap ada tu patah balik sebab tak sanggup nak redah. Fuhhhhh, nasib baik kami dah nak balik haha...So aku sarankan kalau nak pergi sini, pergi awal pagi lagipun tak panas sgt. Kalau taknak makan dekat situ bawak bekal.
Next destination kitaorang terjah Restoran Kacang Pool Haji, dah alang-alang sampai JB kenalah jalan-jalan cari makan, kacang pool ni aku pernah rasa sekali dekat shah alam, kira ni kali kedua. sedap gila pekat kuahnya. memang terbaik. Oh ye, buat orang putrajaya yang nak rasa kacang pool haji ni boleh rasa sebab dah ada cawangan dekat Putrajaya.
Sekian abis sudah cerita short vacation yang last minute planning huhu, Segala kos makan, minyak dan tol ditaja oleh adik ipar aku. Terima kasih tau tau semoga dimurahkan rezeki selalu boleh jenjalan lagi. Harap mak abah sihat dan kuat untuk berjalan.
Nak terang pun aku tak pandai tapi korang pergilah sendiri tengok memang cantik hoiii nak bergambar sampai lebam pun boleh terpesona nau-nau. Apa yang aku tau sikit-sikit Forest City adalah kawasan laut yang telah ditambak dan dibina untuk warga antarabangsa terutama warga singapura dan china sebagai secondhome mereka dengan konsep sebuah bandar hijau ala-ala hutan tropika
Kalau boleh nampak ada pantai buatan manusia, nun disana tu Singapura.
Ada jugak mall tapi masih belum beroperasi sepenuhnya,masih banyak lot yang belum dibuka. kitaorg park kereta dalam mall masih tak kena bayar lagi. kalau nak makan sini susah sikit sebab kan baru lagi so tak banyak tempat makan. kalau ada pun non halal aku rasa -.='. So time tu yang ada pun cuma Papa Rich sahaja. gigih makan dekat situ. orang memang full la kat situ. Dah situ je yang orang Islam boleh makan.
Ada hotel jugak dekat sini. Hotel phoenix dekat sangat dengan mall So yang nak stay dekat sini pun boleh. Aku pelik jugak mula-mula mana semua orang pergi sedangkan sebelum aku masuk dalam mall banyak gila kereta, beribu tau macam ada pesta muda-mudi je tapi bila masuk mall nan hado ramai pun orang.
Rupa-rupanya diaowang berpesta dekat sini patutlah dari jauh aku dengar riuh semacam. Ada pool rupanya. tak sure kena bayar ke apa, tapi rasa kena bayar mana ada dalam Malaysia ni free, Selagi dibawah pimpinan Pak najib kahkah.. selautan umat manusia ni riuh rendah.sini rupanya mereka berkumpul. Pool tu aku nampak macam tuk kanak-kanak, mak pak aku tak sure boleh join sekaki ke tidak. Sebab kami takde anak kecil so takdelah pergi terjah. Kami just bergambar jela.
Cantik kan landskap dekat sini
Tengok laki aku, kemain sangat, masa ni security tak nampak lagi kami ambil gambar, lepas tu adalah bebudak nak bergambar kat situ terus kena tiup wisel hahaha..kesian tak sempat ambil gambar. Sebenarnya rumput dekat situ tak boleh pijak tapi kami selamba badak je posing-posing.
kreatif gila buat pokok macam tu.
Banyak sangat view yang menarik korang boleh bergambar, sebab dekat sini ada arca-arca binatang macam singa laut, ketam, ikan nemo dan lain-lain.
Gambar aku dekat arca nan hado jadi aku tempek gambar adik ipar aku dengan keizinan hokeh takde cilok2 punya |
Panas tak hingat dunia, tu mak dengan abah mertua kita, sempoi tau ikut anak-anak berjalan, syukur masih sihat |
Dah habis sesi bergambar sampai lebam, kitaorang pun berangkat pulang. korang tau time kitaorg dah nak keluar, banyak gila kereta yang nak masuk ke Forest City ni, beratur panjang sampai stuck, berbatu-batu jem, siap ada tu patah balik sebab tak sanggup nak redah. Fuhhhhh, nasib baik kami dah nak balik haha...So aku sarankan kalau nak pergi sini, pergi awal pagi lagipun tak panas sgt. Kalau taknak makan dekat situ bawak bekal.
Next destination kitaorang terjah Restoran Kacang Pool Haji, dah alang-alang sampai JB kenalah jalan-jalan cari makan, kacang pool ni aku pernah rasa sekali dekat shah alam, kira ni kali kedua. sedap gila pekat kuahnya. memang terbaik. Oh ye, buat orang putrajaya yang nak rasa kacang pool haji ni boleh rasa sebab dah ada cawangan dekat Putrajaya.
Sekian abis sudah cerita short vacation yang last minute planning huhu, Segala kos makan, minyak dan tol ditaja oleh adik ipar aku. Terima kasih tau tau semoga dimurahkan rezeki selalu boleh jenjalan lagi. Harap mak abah sihat dan kuat untuk berjalan.
4 comments:
wahhh bestnya tempat ni...cantik...
cantiknya, harap nanti sampailah sy ke sana,nak bergambar jugakkk.
paling tak tahan tengok kacang pool terliurrrrr
follow sini #974
keep in touch and follow back :D
Datang sana hanya untuk bergambar je ke 😅
Post a Comment