Salam korang semua !
Aku kalau
ada rumah nanti, In Sha Allah kalau ada rezeki , perkara pertama yang aku akan
survey adalah kitchen cabinet. Time tu diharapkan poket aku berkepuklah dengan
duit untuk bina kitchen cabinet idaman aku haha~
Walaupun aku
takdelah terror mana nak memasak tapi impian untuk memiliki KC tu sangat
tinggi, setinggi puncak Gunung Everest ko tau ? Cuba bayangkan tinggi kan ?
Jangan main –main impian aku tu !
Jadi skank
apa salahnya aku survey-survey dulu walaupun rumah takde lagi -.=’. Planning tu
penting ye korang, sebab kita hanya merancang Tuhan yang menentukan segalanya,
kemain ayat aku puitis sangat tu.
Ahad hari tu
aku berpeluang untuk menjengah satu kedai yang memang pakar dalam pembuatan
kabinet dapur di area Semenyih. Nama kedai Intech
Kitchen Sdn Bhd . diaowang ni menawarkan servis built in dan custom made kitchen cabinet and wardrobes direct
from factory dan berpengalaman dalam bidang buat KC ni selama 15 tahun.
First aku
masuk showroom, aku rasa mcm sebuah rumah yang banyak dapur ko tau, setiap
contoh dapur berlainan konsep, ada yang konsep modern, kotemporari,klasik dan oriental ,Ko nak KC macamana, bagaimana semua ada, macam aku, ni first time aku g showroom berkaitan rumah, so macam
terkesima tapi chill la kan takkan nak tunjuk teruja mcm monyet mendapat bunga.
#spesismudahteruja
Semua contoh
design dapur dekat showroom tu awesome beb !, ada tu white theme ada tu green
theme cantikkkkk~ acely paling aku teruja nk tgk kitchen cabinet ni adalah
patern bahagian dalam laci haha…Aku suka banyak laci atau partition sebab aku
bole simpan macam-macam stok makanan, macam poket doraemon tu, dan bila banyak
laci takdelah semak sangat pemandangan
atas cabinet tu.
Style sangat laci V-shape ni wey ~
Semua wanita
berkahwin dan mak-mak automatik akan suka kitchen cabinet, kira bff diaowang la
ni until jannah haha~ tengok cantik dan rasa mampu poket, tanpa survey terus
nak letak seketul design macam tu dekat rumah. Korang tahu ke material yang
digunakan tu ? Sesuai tak dengan
environment rumah korang tu, haaaa, yang ni aku rasa x ramai yang tau
termasuklah aku.
Kadang kita
serah bulat-bulat pada kontraktor yang buat, asal cantik sudah. No ! tak boleh
macam tu atlest korang kena survey jugak amik tau, sebabnya kitchen cabinet ni
nak pakai seumur hidup, korang kan masak hari-hari ye dak ? mestilah nak tahan
lasak. Kalau boleh cari company yang memang pakar dalam bidang KC ,macam Intech
Kichten Sdn Bhd ni,. Bukan sikit-sikit duit tau makan belas-belas ribu lain lah
kalau korang cop duit tiap tahun tukar KC baru. Jadi buatlah pilihan bijak,
biar berbaloi duit yang korang laburkan demi seketul KC idaman hati.
DOOR ( Pintu Kabinet )
Melamine, 3g
glass door, acrylic door, 4g glass door, solid nyatoh door
.
TABLE TOP ( Pernukaan kabinet )
Woodtop, concrete top, solid surface top, granite top, quartz top.
Banyak kan jenis material
KC ? Tau ke macamana rupa material tu ? Apa perbezaannya apa bagusnya apa kurangnya setiap material tu? yang tu korang sendiri kena rajin-rajin kan diri survey buat research sebab aku pun tengah nak kenal pasti benda alah tu Aku first time dengar dan baru nak amik port
pasal ni, so dah alang-alang singgah showroom KC aku nak belek tengok, rasa
jenis-jenis material supaya nanti senang bila aku nak buat nanti dah tau nak
jenis material yang macamana. Dan bajet yang diperlukan. Sempatlah mak kumpul
duit nak oiii
Glass Door
Melamine
Nyatoh Door
Nampak kan sikit sebanyak jenis-jenis KC yang ada dekat Intech Kitchen Sdn Bhd, kalau korang nak lebih details wajib datang sini, staff diaowang akan guide dan bagi penerangan yang lebih jelas pasal KC. Yang penting korang dah tau nak konsep KC macamana nak buat dekat rumah korang tu, nanti diaorang boleh suggestkan material yang sesuai utk digunakan.
Kalau tanya aku, jenis material yang mana aku suka, dah tentu aku akan jawab suka material glass door, sebab nampak modern sesuailah dengan konsep yang aku inginkan. Konsep modern, ciri-ciri yang ke arah elegant dan mewah. Wah taste kau ni tak nak kalah, Duit mana duit ???
Oh ye lagi satu paling penting aku nak sangat bar kaunter atau island. Benda tu paling penting kalau buat KC sebab situ akan jadi port gosip mak jemah. Jadi kalau beli rumah nanti aku akan tengok keluasan dapur,cukup tak nak letak seketul island atau bar counter. Ni angan-angan dulu, tapi kalau suatu hari nanti jadi kenyataan Alhamdulillah ~
Amik berkat dekat KC idaman mana tau tetiba dapat seketul haha~
Kenalkan ini Mrs Jessica, atau kitaorg panggil jess dia bersama husbandnya Mr Jeff adalah owner kepada Intech Kitchen Sdn Bhd. Masa ni Mr Jeff takde sebab ada urusan diluar dengan client. Korang yang tengah survey KC tu berminat nak datang tengok showroom Intech Kitchen Sdn Bhd boleh tengok details yang aku bagi dekat bawah ni.
DETAILS INTECH KITCHEN SDN BHD
Website : www.intechkitchen.com
FB Pages : Intech Kitchen Sdn Bhd
Instagram : intechkitchen_cabinet
Alamat : Intech Kitchen Sdn Bhd
47, Jalan Mega 1A, Taman Industri Mega,
43500 Semenyih.
Contact Person : Jessica - 012-6670706
Jeff - 012-6252528
4 comments:
Mila, kalo macam ni memang rambang mata.. mahu tido 4 hari 4 malam asyik mimpi dapo cantik ni jer tauuu
Cantik cantk kabinet dapur yg di jual kan Mila
woww, memang cantik laa.. unik & simple design die
Nice kitchen ni.
Post a Comment