Terima Kasih Sudi Like

Wednesday, February 6, 2013

Melaka- part 1

www.tips-fb.com

Salam

Bagi yang bekerja di sekitar Kuala Lumpur jumaat aitu mesti korang cuti kan ? sebabnya hari Wilayah yeay ! Aku pun cuti jugak, so dah cuti tiga hari tu memg aku planning nak pergi bercutilah. Planning ni dah lama bulan 12 lagi,perginya bulan 2 , aku memg suka wat planning awal2 sebab taknak kelam kabut, lagipun ada masa untuk kira-kira dan survey tempat percutian tu.

Gigih cari-cari hotel ko tau, search tu search ni siap mintak tolong kawan blogger bagi link hotel 
mana best mana cantik mana murah padahal aku ke Melaka je pun heee~~. Tapi aku kalau nak cari hotel mesti nak cantik warna-warni bagai nape ntah -.='. Mungkin sebab aku rasa tempat tidur tu yang paling best dari semua ekekekekek... Lagi satu aku nak hotel aku tu nanti berada dekat dengan tempat2 yang aku nak lawat.

Korang tau kat Melaka tu rupanya banyak gila hotel oke ! jangan risaulah kalau xbooking awal2..aku ni semangat booking bulan 1 takut full, rupa-rupanya sederet hotel tempat aku menginap tu bersepah sana-sini hotel dan motel ye -.='.

Hotel yang menjadi pilihan hatiku adalah Venus Boutique Hotel. Kenapa aku pilih hotel ni ? sebab ia terletak betul-betul ditengah bandar Melaka tu, lagipun xsusah nak cari, dari fly over kita boleh nampak dah hotel ni. Hotel ni berdekatan dengan Dataran Pahlawan, Mahkota Parade, Jonker Walk.

Kalau rasa nak exercise jalan kaki pun boleh ke Mahkota Parade ye. tu yang bestnye hotel ni, harga pun aku rasa berpatutan, kira mampulah bagi orang-orang macam aku ni hehe...Harga untuk bilik standard bagi 2 orang kat hotel ni selama 3 hari 2 malam cuma RM280 jerk.

Dalam banyak-banyak hotel, aku suka hotel ni sebab tema hotel ni warna ungu, ungu terang tu, kalau dah bangunan pun cantik ape tah lagi setiap bilik yang disediakan. Memg  tak mengecewakan :)

Bilik standard  untuk 2 orang
Coffee table 
Bilik air

Ada pengering rambut jugak, 
Jugak disediakan shampoo, sabun, shower cap dan berus gigi.

Yang bestnye dalam bilik air tu disediakan tempat untuk sidai kain, so xyah risau baju kotor ke, baju basah ke ? tuala lembap korang boleh je sidai kat dalam bilik air tu.

Dalam banyak-banyak hotel yang aku pergi rasanya hotel ni disediakan suis paling banyak, so xpayah ko nak bergaduh dengan laki ko pasal nak charging ke, nak charge bateri ladtop ke ? nak masak air ke? ada 3 suis disediakan. Pakai setiap sorang oke. Biasa encik Suami kena bawak plug tambahan kalau pergi hotel ni, yela banyak benda guna kuasa elektrik kan ?

 Cuma apa yang kurang memuaskan kat sini adalah sistem wifi lembap giler, sangat lembapnye mengalahkan siput b**i. Line 3G pun kejap ada kejap takde * macam biskut chipmore * Sabar jelah aku ni..



Tepi tu meja untuk sape-sape nak online, aitu aku ada nampak orang online pasang you tube lagi, kemain laju je running, asal kat bilik aku lembap giler, confius jap ! Haaa..basikal tu kotlah sape-sape nak sewa ronda2 bandar Melaka nak exercise ke, kadar bayaran hanya RM20 per day.

Kepada sape-sape yang nak p Melaka jenjalan boleh booking hotel ni, aku bagi link terus website hotel ni, mungkin harga lagi murah dari agensi yang mengiklankannya. Just email dan tanya harga untuk pakej yang dinginkan :)

Talk to my hand : Lepas check in rehat sekejap, petang tu kami terus berjalan hehe...


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Monday, February 4, 2013

Photoshoot di Agro Farm

www.tips-fb.com

Salam

Baru je balik dari bercuti 3 hari 2 malam di Melaka pre-honeymoon la kengkonon!. Best Oiii, naik keje terus lemau segala-galanya lemau oke ! Penat + panas kat Melaka tu terasa lagi..tapi puas hatilah bercuti kali ni. Entry percutian nanti-nanti aku update ye still terasa kelemaunya lagi hadoiii..-.='


Kotlah korang masih ingat bulan 12 hari tu aku ada cakap nak buat photoshoot kan ? gigih aku buat props comey-comey belaka tapi satu pun aku xpakai haha..sediihhh betul la..tapi takpe abg dgn tunangnya je pakai props tu pun dah kira oke :)

Ni entry photoshoot outdoor untuk abang tersayang kataaaa kOooo...Acely aku yang gedik sangat nak berphotoshoot bagai, dah alang-alang abg aku bertunang so aku sponsor sekali, photoshoot ni 2 jam makanya abg aku shoot 1 jam aku shoot 1 jam heee~~~


Softcopy aku belum dapat lagi, ni aku amek dari FB abang man OP yang bertanggungjawab shoot gambar kami yang awesome ni ! Nanti dah dapat softcopy aku upload sampai lebam korang tgk. Ada yang nak ckp kami masih dalam mood pengantin baru ke ? erk? hahaha..pitammmmm~

Puas hati kot ambil abang man ni...

Dahla orangya sempoi, sporting abes beb, aku yang malu-malu tapir ni dah hilang malu dibuatnya

Abang man ni biasa shoot orang utara jaa xpasti selatan dia buat job ke tak...so pada korang yang  bakal melangsungkan perkahwinan tahun ni boleh hire abang man ! aku yakin pasti korang berpuas hati punyalah !

Nasib baik aku kawin kat Johor kalau aku kawin kat Perak dah confirm² aku hire abang man punya.

Love this picture ^____^

Sape-sape yang nak hire or nak tanya harga pakej gambar yang abang man shoot korang boleh je add FB abang man ni er....FB Suazman Mahmud

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...