Terima Kasih Sudi Like

Monday, December 16, 2013

Pengalaman Bercuti di Krabi, Thailand - Phi Phi Island

www.tips-fb.com

Salam

Jangan pelik tetiba aku muncul ye, sekarang gigih nak abeskan entry pasal Krabi sebab ada percutian lain bakal menanti heeee~

Imbas kembali entry hari pertama di Krabi






Hari ke dua - 23 Jun 2013

Hari kedua kitaorang buat aktiviti air, jam 7.00 pagi dah turun ke lobi utk breakfast sebab pukul 8.00 pagi dah nak gerak ke Noppharatara Beach naik tuk tuk dari Aonang Orchid Resort *dalam pakej Phi-Phi Island disediakan *


Di ingatkan sebelum buat aktiviti di pagi hari, pastikan korang breakfast dulu dekat hotel. Add on siap-siap sebab kalau tak confirm takkan sempat nak breakfast dekat kedai luar.

Sebelum nak buat aktiviti update IG dulu kihkihkih....

Tepat jam 8.00 pagi tuk tuk datang amek kitaorang dan terus pergi ke Noppharata Beach. Dekat situ  akan ada speedboat yang ambil kami untuk pergi ke Phi-Phi Island. Sementara tunggu speedboat datang kami pun apa lagi berposing sakan sampai lebam ni, tak hirau pun org tengok fedulikkkk janji kami happy.

Muka memasing yang nak pergi main air



yihaaaaaaa


Yang perempuan boleh tahan jugak mane nak kalahhhhh, agak lompat tirus tu boleh tinggi gamaknyaaaa


Sedondon buah kedongdong

1st kami di bawa ke Bamboo Island perjalanan pergi sana lebih kurang 45 minit. Kemain laju speedboat tu bila langgar ombak besar macam nak terbang aku rasa, berdebar² tapi cool je siap pakai spec hitam lagi.Kena pakai walaupun tak panas dalam boat tu sebab senang nak mentido orang tak nampak hikhikhik....

Ada peristiwa time sebelum sampai Bamboo Island ni, aku baru nak terlelap tiba² dengar macam buah jatuh kot teanjat gegurl rupa-rupanya ada seorang laki dia mabuk laut dan terus muntah kecian bininya abes kena muntah suaminya tu takpe tahan lagi ni dengan aku aku sekali terkena percikan muntah dia -.='. Takpe dimaafkan nak buat macam mane dah mabuk laut kan. Sek baik aku tak mabuk laut kalau tak aku muntahkan balik kat dia hahahaha jahatttttttnya aku !

Sampai Bamboo Island kitaorang cuma mandi-manda sambil snorkeling je, Takde apa-apa pun cuma laut very the cantik u olsssss 1 jam dekat sini.


Muka aku masam mencuka tahan panas, baru 1 jam dah hitam melekut kulit -.='

Next destination pergi Phi Phi lay, dekat sana ada Viking Cave tak boleh turun cuma ambil gambar dari atas bot je, Heiiii ya Allah cantiknya pemandangan.




Subhanallah, air laut biru kehijauan tuuuu~

Kemudian pergi Phi Phi Lagoon, mandi lagi nama pun aktiviti air mesti mandi je setiap masa. Sepatutnya kitaorang pergi Maya Bay tapi terpaksa batal sebab ombak besar sangat tu yang digantikan ke Phi Phi Lagoon tapi cantik jugak dkt situ.

Jangan tak tau dekat sinilah aku lemas kehkehkeh~ Bodoh tau tak tahu berenang tapi nak berenang kan dah lemas. Nasib Baik takde pape. Ceritanya macam ni, orang lain semua dah terjun tinggal aku dengan Yaya adalah 2 3 orang lagi je yang belum terjun, nak terjun tapi takut-takut sekali guide tour suruh aku 'jump' 'jump' gelabahlah aku tu, aku pun terjunlah sekali kau amek tenggelam kot hampir separuh baju jaket pun tak dapat tampung berat aku dah macam nak lemas aku rasa aku capai tali dengan orang depan aku, nak nangis pun ada, laki aku masa tu mane ntah tengah syok berenang agaknya, biar je aku terkontang kanting nasib baik ada Syafik dengan Yaya  tolong imbangkan badan. Wuuuuaarrrgggggghhhhh bila tak pijak dasar aku rasa gelabah gila tu yang boleh lemas tu 10-15 minit dah oke sikit tapi masih takut, aku tak berani nak pergi jauh so mengekor jela kawan-kawan pergi mana.


Muka orang lemas tu tapi berlagak cool, ini semua poyooooo~


Ni dah oke sikit bolehla nak posing haha...



Cantikkan tempat ni, air lautnya gunung-ganangnya tapi tempat ni 'keras' oiiiii

Dah puas mandi perut dah bunyi rentak Zapin Melayu, jom kita lunch ! makan tengahari termasuk dalam pakej ea. Kitaorang makan dekat Phi Phi Don, jangan risau makanan ni HALAL area situ jugak ada jual souvenir, disebabkan tak dapat pergi Maya Bay jadi kami beli FM Maya Bay sahaja.


Menu tengahari aku, kenyanglah jugak



FM Maya Bay 60THB



Dah macam pasukan bola sepak aku tengok gambar ni

Aktiviti terakhir adalah snorkeling di Shark Point ( Hin Pae ), nama je Shark tapi takde jerung , kalau bertuah jumpalah tapi confirm² kau mati dekat situ huhuhuhuh...Kat sini ombak kuat, aku dah lemas² tadi pun turun jugak berani kan ? dalam takut-takut pun ku gagahkan jua sebab kawan ^_____^


Sejuk mata memandang cantik giler walaupun ombak agak besar !

Time dekat sini memang aku pegang tangan kawan memang tak lepas takutnya jangan cakap berapa kali tertelan air masin, nak nangis dah tapi tak nak naik hahaha...gigih Zul dengan Nory stabilkan aku, dalam air kalau rasa gelabah nak lemas jangan cakap diam je supaya air tak masuk mulut, tapi tau jelah aku lagi nak lemas lagi mulut tu membebel mana tak masuk air hahaha...TQ tau korang tolong kita yang nak lemas ni hahaha....

Balik tu da sampai pantai jangan lupa beli frame gambar korang tau. ada macam meja jual2 frame tengoklah kot-kot muka korang ada.


masam gila orang dalam gambar ni, gaduh ke apa haha....


Beginilah jadinya kalau gambar candid hasilnya muka aku masam mencuka huhuhu...ni tengah fokus tengok hp tu yang gitu je...lain kali korang jalan pimpin tangan baru sweet ^______^ Frame ni kitaorang bayar guna duit Malaysia RM 10.00 je.

Total perbelanjaan :

FM Maya Bay 60THB convert duit M'sia = RM6.30
Frame Phi Phi Island = RM10.00

TOTAL = RM 16.30






♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Wednesday, November 13, 2013

Makan Besar di Restoran D'Warisan, Teluk Batik

www.tips-fb.com

Salam

Ni cerita Hari Raya Haji hari tu, ye aku tau lama dah kan tapi ni tak lama sangat berbanding Percutian Krabi ,yang tu lagi lama sampai tak tahu jaman bila aku nak buat sambungan entry tu hakhakhak...Percutian Krabi tu dia punya cerita paaaaaaaling complicated aku rasa berbanding akaun yang aku buat hari-hari kau tahu ???? *takleh gambarkan complicatednya *

Raya Haji tahun ni aku tak beraya di Johor seperti selalu, selalu balik Johor kan ? Kali ni tak aku balik nun ke Utara iaitu di Perak, rumah sebelah bapak aku, sebenarnya balik ke Perak ni bertujuan, dalam setahun 1 2 kali je balik Perak maklumlah Johor ke Perak jauh tuuuuu~tujuan balik ni pun sebab menguruskan sedikit hal persiapan perkahwinan abang aku yang bakal berlangsung tak lama lagi, dia dapat orang Utara.

Satu family balik ke sana kecuali adik aku yang no 3 dia tak dapat cuti kena kerja, kecian ko kan ? Momantai lepas ni ko takkan tertinggal lagi. Kalau aku cuti ko pun cuti, lepas ni aku kan bos kau haha...

Dah sampai Perak memang panjang langkah memasing termasuk mak bapak aku, yelaaaa bukan senang nak balik Utara, ate sekali balik kau merayap jela. Makan besar kot dekat sini. Yang aku konon takde duit tiba je sana tiba-tiba berduit memboronglah jugak laki aku siap geleng kepala nasib kau lah bang oiiii dapat bini macam saya ~

Sampai je Kuala Kangsar wajib singgah makan dekat kedai kat Lembah Sungai Sayong tu, menu wajib mee hailam atau mee goreng basah. Terbaik beb ! Lepastu letak pulak dengan kuah cili jeruk, heiiii tengah menaip ni kecur air liuh aku hahaha...


Lapar pulak perut ni tengok mee goreng basah ni T____T

Dah makan, dah memborong shopping dekat Arena Square, lepas tu terus pergi ke Manong rumah adik abah yang bongsu, kami menginap disitu, menginap sangattttt, makcik ku jangan serik kami tumpang tido rumah makcik ye~ dah kenyang haruslah membutaaa...hujan lak tu celik je mata lapaaaaarrrrrrrr, abah tanya nak makan dekat mana ? makcik suggest kat Teluk Batik, kemain semua melompat macam nak roboh rumah siap-siap terus keluar. Oh ye dari Manong ke Teluk Batik makan masa 1 jam lebih tak silap aku.

Sampai Teluk Batik kalau tak beli pape adalah rugi besar sebab bukan senang nak sampai, nak harapkan aku jaman firaun belum tentu sampai so pikir-pikir kena beli juga souvenir dari sana. Nah sedikit souvenir buat diri sendiri jadilah kan dari takdeeeeeee kuikuikukui.....



Pergi jeti je, mungkin satu hari nanti dapat jejak pangkor pulak :)


Dah puas jalan-jalan habiskan duit yang ramai tu kami menternak lemak pulak di sini

Apa yang aku boleh cakap dekat sini makanan kat sini sedap ! Not Badlah tapiiiiii ada tapinya servis macam kurengggg sikitlah agak lambat. Makanan sampai dulu air kemudian lepastu lauk dah sampai nasi tak sampai-sampai, yang lain oke, harga bagi aku murah kot berbanding dekat KL ni.Puas hatilah jugak.


Siakap Tiga Rasa


Daging Masak Merah


Tomyam Campur

Ni je gambar makanan yang sempat aku snap yang lain dah selamat masuk dalam perut kihkihkih...Makan dalam 10 orang. Antara menu yang kitaorang order ialah :

-Siakap tiga rasa 2 set
-Tomyam Campur 2 set
-Telur Goreng 2 set
-Nasi Goreng Kampung 2 set
-Nasi Goreng Ayam 1set
-Maggie Goreng 1 set
-Sup Tulang 1 set
-Nasi Goreng Pattaya 1 set
-Laici Kang 5 set
-Milo Ais 1 set
-Laici 3 set
-Teh Tarik 1 set

Total Harga = RM1++.++ * maaf tak tau lah sebab bukan aku yang bayar, my abah yang bayarkan haha...*

Bagi aku murah kot sebab aku je dengan laki aku makan kadang-kadang cecah RM80.00 2 orang ni 10 orang memang murah kan ??? So korang kalau nak try makan kat sini dipersilakan

Alamat 

Restoran D'Warisan
No 12, Jalan Teluk Batik,
Kg Teluk Murok,
32200 Lumut Perak.

Tel : 05-6838391

Waktu Operasi : Mon : 7.30 am - 1.00 am
                          Wed - Sun :7.30 am - 1.00 am





♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...