Salam
Yela tau, paham dalam ramai-ramai aku yang paling lambat up entry pasal percutian Krabi kan ? Biarlah lambat asal selamat, boleh cakap gitu haha....bukan taknak taip lelaju tapi kekangan masa babe ! diulang kekangan masa. Tapi i will try my best yaaaaaa :)
Oke pasal hotel, kalau nak diikutkan bab-bab hotel ni aku paling menitik beratkan hiasan dlm bilik hotel terutama katil. Haaaa jangan nak sengih bagai errrr aku pang karang. Yela katil, aku tak suka katil kayu. tapi kalau kata ko pergi ramai-ramai ko jangan nak banyak songeh taknak hotel ni taknak hotel tu sedangkan ni percutian budget secara berjemaah kalau ko taknak pening kepala terpaksa booking membooking ko kena pasrah jerk apa yg diaowang tetapkan.
Aonang Goodwill Hotel adalah pilihan terbaik antara semua hotel, kira menepati citarasa kami semua lah walaupun katil dia kayu tapi kukuh babe ! haha.... Yaya jangan nak sengih sangat bila baca er, taulah awak 'tak dapat' masa kat Thailand kahkahkah...
Ni masa nak check in, cuba perhatikan ukiran seni kayu Thailand, unik kan ? diaorang memang suka ukiran kayu so no wonder lah katil pun kayu haha....
Ni tempat makan
Ni tempat lepak, ambil angin atau udara, boleh jugak dijadikan tempat buang angin juga sebab mengekalkan konsep open air hahahaha....
Juga disediakan perkhidmatan sewa motor, tapi selama berada disana 4 hari 3 malam kami-kami semua tidak berkesempatan pun meronda-ronda menggunakan motor ni sebab kami kan ramai lebih mudah guna tuktuk je kot, lebih cepat, mudah dan jimat.
Tuktuk nilah yang berbakti selama berada di sana. Aonang Godwill Hotel ni terletak di kawasan yang sangat strategik dimana mudah untuk korang tahan tuktuk sebab hotel ni letak kat tepi jalan je.
Simboliknya kalau negara Thailand mesti ada anak gajah atas katil, ko tengoklah tu anak gajah tu duduk melenok macam patah pinggang je atas katil tu.Kecian ! haha...
Bapak gajah pakai payung ko hadooo ?. Ia perhatikan anak gajah atas katil tu :p
Part bilik air ni Eida paling suka sebab ada bathtub katanya nak berkubang gasakkkkklah kan, aku ? memang tak sempatlah nak berkubang sebab banyak benda nak buat kang kejap-kejap orang tu call kejap-kejap orang ni call sampai bergaduh dengan laki aku suh cepat takut kena tinggal. Paling sadis nak berak pun bunyi telefon berdering tak boleh tengok aku senang kannnn ~
Aku suka gak bilik air hotel ni sebab sabun dgn shampoo dia agak banyaklah berbanding hotel-hotel yang pernah aku pergi. Aku memang bawak sendiri barang mandian tapi tak puas guna sebab kecik cenonet je dah ada yang banyak depan mata lagipun ko bayarkan abes tu tak reti-reti nak guna ke ~
Heiii jangan tak tau shampoo dia dibuat dari buah kedondong tau. Yang dalam balang warna hijau tu. wangi jugaklah aku tibai je janji rambut tak melekit. Hari-hari main air hari-hari jugaklah aku shampoo guna benda alah tu. Rambut aku dah kejong ko tau tambah dengan kusut masai kena air masin T______T
Harga untuk 4 hari 3 malam termasuk breakfast adalah RM258 murah kan??? Kitaorang amek sekali dengan breakfast sebab kebanyakkan aktiviti dibuat di awal pagi memandangkan takkan sempat untuk cari makanan luar.
Eida booking hotel ni melalui Agoda.com, double jimat katanya.
Website : http://www.aonanggoodwill.com
Email :aonanggoodwill@hotmail.com
Total perbelanjaan :
4 hari 3 malam termasuk breakfast = RM258
14 comments:
macam tak percaya akak dengar harga..berbaloiii sangat rasanyer..bila la nak smpai krabi ni huhu
Assalamualaikum mila, sekali je hadi dapat rokok situ. haahhaha bini dia tak suka bau rokok dalam bilik. menganggu ketenteraman hidung katanyaaa. hahahhakkks ;p
Bestkan bilik ni, nory sempat berendam kat bath tub hari pertama je, hari seterusnya bendera merrahh...heheheh
budget sangat
suasana bilik hotel pun nmpak selesa dan cantik..tq sharing this
Tetiba teringin nak merasa pannnggg akak tuuu, kihkihhhh Kalau eiqa pun pilih bilik, katil jugakkk, ahahhaa Tp klu berjemaah mcm tu eiqa okay jee. :D
memang murah hotel dan cantik sangat
hohoh..
RM 400 je untuk 4 hari..
mmg bleh g honeymun ler kt cni kelak.
dah tu, katil kat umh mila besi ye? za suka yg kayu.. kohkohkoh.. gile ko yaya nak mendapat, adik dia nk sorok mana.. :P
cantik bilik hotel dia...sana sini penuh gajah........
murah dan cantik, bersih.. berbaloi2...
mcm mana die buat bentuk gajah tu..hhehe
nk tya la korg book pkai agoda tu byr pki credt card ke pakai paypal? sbb bile sy klik paypal ade cas la pulak...rm217 untuk cas paypal lom harga hotel lg
murah-murah...bolehlah g sana nanti :)
rm258 untuk seorang ke?
Post a Comment