Terima Kasih Sudi Like

Thursday, July 11, 2013

Pengalaman Bercuti di Krabi, Thailand - Night Market Krabi Town

www.tips-fb.com

Salam

Ni entry last untuk hari pertama kitaorang sampai, perghhhh.... ingat-ingat balik kemain banyak entry untuk hari pertama je sedangkan 4 hari 3 malam nieeeee pengsannn bangun balik duh !~

Yang mana baru follow blog aku ribuan terima kasih diucapkan harap jangan bosan baca setiap entry aku er,

Nie entry-entry sebelumnya kalau ada yang belum baca lagi :-


Balik ke hotel terus mandi siap-siap untuk ke Night Market Krabi Town, xsempat nak berehat pun terus keluar untuk aktiviti di malam hari. Pergi sana kami semua naik tuktuk, mesti ada yang tanya kenapa tak sewa motor ? Sebab entah erk ? kenapa tak sewa korang ? tapi kalau aku, aku pun taknak sewa motor pergi Krabi Town tu sebab jauh wey kang sesat acaner dahla tak tau jalan negara orang pulak tu baik naik tuktuk senang cuma bayar sorang 100THB pergi balik, aku laki binik 200THB 


Krabi Town ni jauh jugak, heiii suma tempat aku rasa jauhla takde ke yang dekat sikit. Dalam tuktuk ni kitaorang tak tidur buntang je mata memasing mungkin sebab aircond pakai angin semulajadi tu layan keindahan bumi ciptaan Tuhan.

Driver tuktuk ni macam tau-tau je kami suma kaki gambar sampai lebammm boleh pulak dengan sportingnya berhenti satu port baekk punyaaaaa apa lagi semua kemain bergambar sakan u ollssss~


Kadang-kadang tu datang jugak sengal kami laki bini  HARAP MAAF di atas kesulitan haha....





Kemain tegak aku duduk tu sebab nak cover lemak yang tepu kihkihkihkih


Tengah jalan pun boleeeee

Dah sampai Krabi Town kitaorang ingat nak makan dulu sebab dah kebulur tahap dewa, yela tadi lunch nasi kan banyak lekat celah gigi so laparlah driver tuktuk tu dengan baik hati tunjuk gerai nasi ayam halal dekat-dekat situ. Lagi baik hati siap tunggu kitaorang abes shopping kat Night Market Krabi Town tu tau. Dia akan hantar kitaorang balik ke hotel. Baik kan ? so tak payah takut berapa lama kat Krabi Town tu.


Nasi ayam ni harga 40THB, sedap sangat ! sebab sedap aku laki bini siap order dua pinggan sorang, nampak tak nafsu gajah kitaorang haha..xcukup lagi tu siap tapau  satu lagi bawak balik,kira 5 pinggan semua jadi 200THB tak memang kitaorang dari Malaysia memang nak abeskan duit yang 'ramai' tu makan nasi ayam ni je bhahahaha...so jangan nak pelik sangat eih ~hahaahahaha...Minuman kat kedai ni cuma air masak sahaja itupun free sedap jugak kuikuikuikui *kalau lapar apa semua sedap :P *

Lepas tu baru masuk Night Market , ia sama je macam pasar malam kat Malaysia cumanya ada sesetengah barang takde jual kat negara kita, pasar malam Thailand lebih kepada souvenir-souvenir gitu, kira macam uptown laaaa


cantik kan ? dibuat dari sabun lepas tu jadi bunga ~ wangi tau.


Casing phone, berkenan betul aku tgk tapi tak beli takut budget lari -.='


Siap ada budak main alatan tradisional, kita boleh bagi duit, laki aku siap bagi syiling M'sia hohoho....



Kalau datang Night Market Krabi Town tolong beli pancake ni sebab kami-kami semua rasa antara 3 kedai pancake yang kami beli, dekat pasar malam nilah paling sedap dan murah. Sedapnya sampai la ni aku menaip ni terasa di tekak eh puasa milaaa oiiii....nak rasa mende dia nie -.=' TQ Eida sebab belanja kami semua pancake banana chocolate yang sedap ni. Satu pancake ni harganya 30THB


Aku tengok Yaya beli minuman ni aku pun nak beli jugaklah, minuman ni berkisarkan buah-buahan yang diblended bersama air gas, aku beli smothie strawberi blended with green  fanta. Harganya 450THB. Manisnya jangan cakaplah sampai kepala haha....tak digalakkan minum selalu.

Kemudian shopping barang-barang souvenir lain 


Tote bag 130THB


3 fridge magnet batu 100THB
3 keping sticky FM setiap satu 100THB x 3 = 300THB


Keychain pensil 100THB


Baju Krabi, Thailand 2 helai 300THB

Kemudian laki aku beli sedikit jajan untuk dikunyah kalau lapar dalam bilik hotel nanti dekat 7E. Abes  362THB Kalau dekat Thailand nak beli simcard kena sebut fonsim baru diaorang paham kalau tak mengangalah sampai kesudah nak paham ayat ko. Laki aku beli sebab nak calling dengan mak abah kat M'sia aku tak beli pun simcard sebab wifi kat situ bersepah. 

Balik dari Krabi Town pergi ke Ao nang pulak sebab nak cari pakej Phi Phi Island keesokkannya, deal baek punyaaaaa last price kitaorang dapat 1100THB seorang, jadi aku laki bini 2200THB pakej ni termasuk lunch buffet, transport dan peralatan snorkelling .

Kitaorang amek pakej dengan Ao Nang Orchid Resort & Spa, sebelah kedai tu ada jual beg kalis air, beg tu bagus digunakan masa aktiviti air untuk simpan barang-barang macam hp, wallet camera daripada terkena air. Laki aku beli warna biru. Belikan T-Shirt Muay Thai 200THB untuk adik ipar Sempat lagi shopping haha...


Beg water proofing  5 liter  300THB

Sampai hotel kami bagi extra 20THB dekat driver tuktuk sebab sanggup tunggu berjam melayan kerenah kami yang macam-macam ragam tu.

Total Perbelanjaan :
Tuktuk dari Hotel ke Krabi Town pergi balik 2 orang  200THB convert duit M'sia = RM20.90
Extra tips driver tuktuk 20THB convert duit M'sia = RM2.90
4 pinggan nasi ayam 1 tapau 200THB convert duit M'sia = RM20.90
1 ketul tote bag 130THB =RM13.60
Makan / Minum kat 7E 362THB =RM37.80
Smothie Strawberi 450THB =RM4.70
Beg Water Proofing 5 liter 300THB = RM31.35
T-shirt Muay Thai 200THB = RM20.90
FM & Keychain 500THB = RM52.25
Baju Krabi, Thailand 300THB =RM31.35
Pakej Phi-Phi Island 2200THB = RM229.90
TOTAL = RM 466.55





♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

14 comments:

Innanie Ariffin said... Click To Reply!

seronoknya tgk kakak jala-jalan krabi... btw, tgk bunga sabun tu geram!!!!

amir rofie said... Click To Reply!

Nice.. lawa tote bag tu. Murah lak tu. Phi Phi Island package tu kalau di Ao Nang beach rasanya dia letak harga 1800 baht (harga pada brochure) tapi itu belum nego. Mungkin boleh dapat murah lagi. You dapat harga tu ok la kot. Next entri please.. (pressure pressure).. hehehe.. :)

MizzTina said... Click To Reply!

mcm cupcake lak..cntik

zeera lily said... Click To Reply!

ok, dah siap bg kos.. ni mmg nk menggalakkan kite g..hehe..

careno said... Click To Reply!

Best best... nak tunggu next episod plak ni... cpt2...

Sheila Salim said... Click To Reply!

Assalamualaikum. goo mila. next entri. ramai dah mohon tu :)

PinKy MoMMa said... Click To Reply!

hey adik mila..itu FM tuktuk pink tu kasi jual sama akak pink boleh tak? akak pink nak beliiiiiiiiii!

please..please...muka sedih giler nak FM hahaha..PM akak kt pesbuk..serius ni! nak beliii!

nadia farahida said... Click To Reply!

miloo yaya tengah marathon bw niii T____T

Masya said... Click To Reply!

cantiknya semua gamba² kat pulau ni .... cantiknya... erkelu nak komen, asyik nak cakap cantikkk jer...

Lizzie Yasmin said... Click To Reply!

kenapa semua orang story pi Krabi.. huhu,... dengki tau..

Mimi Azirah said... Click To Reply!

alahai sweetnye pic yg 1st tuh

::EIDA:: said... Click To Reply!

amboi romantika kaw dekat Romantik Road tu yee. hee ~ aummmm

Remy hazza said... Click To Reply!

budget percutian yg super duper best...boleh buat budget utk sapa2 yg nak kesana........

Nadia Johari said... Click To Reply!

kene kumpul duit banyak nk p sne

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...