Terima Kasih Sudi Like

Tuesday, July 9, 2013

Pengalaman Bercuti di Krabi, Thailand - Elephant Trekking

www.tips-fb.com

Salam

Kitaorang check in awal dari sepatutnya nasib baik pihak hotel bagi 3 bilik dari 2 bilik untuk check in awal so apa lagi memasing kongsi-kongsi bilik hotel tukar baju untuk aktiviti pertama iaitu Elephant Trekking. Gigih tak gigihla baru je sampai tak sempat nak lurus dan bengkokkan kaki kitaorang dah start buat aktiviti, masa tu kan emas jangan dibazirkan begitu saja.

Untuk aktiviti Elephant Trekking, Emerald Pool dan Hot Stream kami amek pakej dengan hotel sendiri. Yelaaaa baru sampai kan tak tahu kat mana ada jual pakej tu lagipun kejar masa jadi terus decide amek dengan hotel je senang. Harga untuk seorang bagi pakej ni siap dengan makanan tengahari, mineral water dan transportation ialah 1000THB per person, jadi aku dengan laki aku 2000THB.


Ready nak jumpa kaum kerabat gajah



Sementara nak tunggu van amek kitaorang, bergambar sampai rosak dulu !

Before van amek kitaorang depan hotel, laki aku beli 2 botol mineral kecik berharga 20THB. Perjalanan nak ke tempat Elephant Trekking tu agak jauh la jugak, asal tayar bulat bergerak je semua bantai tido pantang weiii bergerak je tido amek peluang cas tenaga mengantuk kan ? Semua pakat tak tidur lagi dari Malaysia kalau dapat pun tidur-tidur ayam so bila dapat peluang tido kemain lagi tak nak lepas.

Sampai je tempat gajah, memanglah kemain jakun tengok gajah lepas tu berderau darah tengok besarnya gajah-gajah kat situ, takut pulak aku tengok. Agak-agak kalau pijak aku ni mau ramping je pinggang aku kan ? hikhikhik...Sebelum naik tu aku dah pesan dah kat gajah tu, aku speaking omputih kauuuuu, entah dia paham ke tak ? eh dia ? mcm manusia bantai jelaaaaa~ aku cakap 'hello elephant, please be nice to us yaaaaa.....'

Sepanjang perjalanan merentas desa dari Utara ke Selatan gajah yang diberi nama Pree Prai to behave je adalah dua tiga kali tuan dia lepuk dia sebab taknak dengar cakap. Kecian pulak aku tengok, heiii waaa tak boleh tengok gajah kena lepukkk dengan kayu ape ntah dia macam sabitlah lebih kurang~ waa marah balik tuan dia waa cakap hei u don't lah ! nak cakap panjang-panjang aku tak reti speaking aku cakap don't jelaaaaa..kemain budak tu acah-acah nak pukul Pree Prai angin pulak aku, cuba dia aku lepuk sakit tak ? 




Nampak tak muka bahagia dapat naik gajah dalam hati hanya Tuhan je yang tau kalau buatnya gajah ni datang sawan meroyan tak tentu pasal. Aku siap baca doa Al-Fatihah tau pastu hembus-hembus kat gajah tu haha.

Gajah sebenarnya tak tahu tau keadaan fizikal dia adalah besar sebab ditutupi oleh telinga yang besar. Cuba kalau dia tau dia besar ko ingat dapat ke ko nak naik badan dia pusing-pusing desa jangan haraplah NEVER !!!! kata omputih, wahhh speaking kemainnnnn ~ dia pijak-pijak lagi ko adaaaaaa..dan aku perasan kebanyakkan gajah yang kami semua naik adalah betina. Nampak tak kenapa tak guna gajah jantan, ate gilaaaa kau kalau guna yang jantan kalau ko duk lepuk-lepuk 99 kali dengan kayu cota kau tu aku rasa ko tak sempat besar ko dah meninggal kena pijakkkkk, kena paham gajah jantan ni baran sikit so better guna betina.



membontoti bontot kawan erk .......?!@


Semak mana entah Pree Prai ni bawak kitaorang


Oh, kami bertiga sebab kami naik gajah last sekali so adik yaya dengan kami



kau tengok, kau tengok kemain gajah pun pandai posing siap angkat hidung lagi, ko boleh ? yang si mustakim dah cuak takut gajah sembur air dari hidung


Amboi cumel la gitu angkat-angkat hidung tu, cucuk kang. kang. kang.

Gajah yang bawak kitaorang ni sempat lagi dia buat taik,tuan dia panggil taik tu poo.poo. heiiiii tau tak taik dia tu besar gila, besar macam muka kau haha..elok je dia jalan-jalan lepas tu berterabur taik dia siap ada bunyik lagi plurppp..plurppp..plurppp aku toleh belakang kemain laju jatuh taik dia bulat-bulat kat tanah. lawak gilerrrrr. Pree Prai awak dah makan banyak lepas tu sesuka hati berak merata-rata ye. tak senonoh tau.


Ini cara gajah bila dia ucapkan terima kasih pada kita. See bijak kan mereka mungkin dah diajar dari kecik.


I love U Pree Prai

Kitaorang ada bagi sedikit tips dalam 50THB dekat budak dalam gambar tu ape ntah nama dia tak tanya pulak , dia suka ajuk cakap aku tapi takpe waaaa xkisah sebab dah tolong  amekkan gambar kitaorang dengan Pree Prai kan~

Total perbelanjaan :

Pakej Elephant Trekking, Emerald Pool, Hot Stream : 2000THB convert duit M'sia =RM209
Air mineral kecil 2 botol :20THB convert duit M'sia =RM 2
Tips guide : 50THB convert duit M'sia = RM5
Total: RM216.00





♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

16 comments:

Pykaa Pdott said... Click To Reply!

Wahh bestnya . Trngin nak naik gajah tuh jgkk . Ape pon nak wish selamat mnyambut rmadhan ea sis ;)

Ratu Hatiku said... Click To Reply!

Bestnya...bila la dpt ke sana erk.. Apapun cantik gambar2 nie.. :D

PinKy MoMMa said... Click To Reply!

milaaaa..komen sini sambil mata ngantuk2 hahaha..ni smua kena dgr cerita roti bakar tu smalam LOL

akak tak tau lah naper gajah akak tak berani nak naik klu compare to kuda huhu..kena cuba jg klu ada peluang ke sini :)

Puan Ida said... Click To Reply!

ai
saya ida newbies blogger
saya baru je follow blog ni
jemput follow blog saya ye
umielman.blogspot.com

Sheila Salim said... Click To Reply!

Assalamualaikum mila. hahaha lawak tengok poo poo gajah kan. besar muka, ngeri tengok. hahahhaha. rindu naik naik gajah lagi >__________<

nuha ahmad said... Click To Reply!

aku taknak komen. tapi cermin mata kau stylo sangat. PINJAM. k bye.

Nory Zoulkefle said... Click To Reply!

deyyy pasal taik besar muka pon ada ek..
ahahahaha....

ieza ashaari said... Click To Reply!

tersepit mustakim... kohkohkoh..

ko mila suka2 wat teori sendiri knp xguna gajah jantan kan.. :P

amirofie said... Click To Reply!

Hehehe.. sempat lagi pree prai tu melabur. Awat tak ambik gambar poo poo dia. Tak pernah tengok lagi poo poo gajah. Anyway.. pengalaman ni payah nak dapat kat Malaysia.

Unknown said... Click To Reply!

best nyer naik gajah...... hu3.....jeles nie.....

lizz said... Click To Reply!

Waa bestnyer...seronoknyer naik gajah tu...selamat berpuasa yek..

Masya said... Click To Reply!

bestnya mila, pandai gajah tu yer.. buat ucap terima kasih mcm tu...

Anonymous said... Click To Reply!

Best nya ! Bila ntah bley sampai krabi . Asyik sampai hatdyai jaa :(

Kekzamanis said... Click To Reply!

Wah! Seronoknya dapat naik gajah.. Tapi tu bukan hidung, tu namanya belalai.. Kohkohkoh.. ;)

nadia farahida said... Click To Reply!

miloo, sorryyy adik tumpangggg :P

Nadia Johari said... Click To Reply!

untng semua dah bersuami..auww..jeles sy

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...