Terima Kasih Sudi Like

Wednesday, July 10, 2013

Pengalaman Bercuti di Krabi, Thailand - Emerald Pool + Hot Stream

www.tips-fb.com

Salam

Lepas je aktiviti Elephant Trekking van bawak kami ke Emerald Pool, dari hotel nak ke tempat gajah memang jauh, ni dari tempat gajah nak ke Emerald Pool double jauh. Ko nak tunggu apa lagiiiii tidur lah kan dah semua jauh-jauh tempatnya...

Perkataan 'jauh' tidak berhenti di situ sahaja, sampai kat tempat Emerald Pool bukannya ko turun van je tempat tu kat depan kau, tak bukan nehi khabi nehi ko kena jalan lagi 800 meter baru sampai, ape ? jangan nak buat muka terkejut erk ? Ye 800 meter kena jalan, guna kaki hokeh !!!! Pergi balik dah 1600 meter giler kentang bakarlah !~ abeslah lelemak yang aku bina selama ini terbakar, sebab tu aku jalan paling depan dan sangat laju antara semua i frust beb ! aku pasrah je * memang dah tau dah tempat ni memang kena jalan jauh sikit untuk sampai tapi tak suspek detect jauh sangat nie -.= * 

Lapar dah satu hal tapi tour guide kitaorang xbagi makan lagi dia suruh pergi berendam dulu oke fine ! buat muka 14 sen semua melangkah demi langkah untuk ke Emerald Pool


Muka orang lapar tak dapat makan T_____T


gigih menapak 800 meter semata-mata nak mandi air kolam warna hijau torquise



tak nak sesat ikut papan tanda tapi kalau aku confirm sesat sebab tak paham ! so posing je lebeyyyy~


No smoking area




 dah sampai jommmmm kita berkubang


Kat luar nampak cantik jerk tempat ni tapi bila masuk je dalam air berkeladak, rumpai, lumut, batu, kayu suma ada air pun tak berapa jernih. Mungkin lepas hujan atau ramai sangat makhluk Tuhan mandi tu air berkeladak.



Kemain love-love dalam air padahal macam nak lemas dah tahan nafas !


Dekat Emerald Pool ni tour guide bagi masa 2 jam je tapi kalau tolak tambah darab bahagi berjalan sejauh 1600 meter pergi balik untuk  ke tempat ni tinggal berapa minit jerk nak-nak jenis macam kitaorang ni 4 5 langkah amek gambar 4 5 langkah amek gambar memang ko mandi 5 minit jela lepas tu 2 jam tamat hahaha...

Lepas mandi suma perut dah macam bunyi buaya laparnya, buaya kauuuu~haha....so sorang satu amek bungkusan makanan, polisterin dia bapaklah besar tapi makanan kat dalam tengokkkkk sedihhhhhhhhh~ ni lekat celah gigi jela dahla kitaorang stok-stok makan 2 3 pinggan sekali hadam boleh pulak bagi seciput macam tu, mane nak kenyang tapi sedap woOOO..



Lauk dia tersangat lah pedas sampai menitik air mata ku tahankan jebat ! Tapi memang terbaek lepas tu pekena air kelapa makkk aiiiii marveloussssss~ Air kelapa ni 40THB, jangan tak tau laki aku siap beli dua kali ice-cream kat gerai yang ada tu mahal kot harga sebiji ice-cream *guna biji kan ? suka hati lah labu * 70THB.

Perut dah kenyang mata dah mengantuk memang elok benolah kan tayar ligat pusing bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Hot Stream terus kami bantai tido berjemaah dengan baju yang basah, pergi mandi-mandi ni kami tak bawak baju bawak tuala jerk gasaakkkkklah kan basah kerusi van tu, ada aku kesah ?



Setiap tempat yang kami jejak 'wajib' bergambar ramai-ramai, dengan pelbagai aksi dan gaya, mutu keunggulan tu sangat penting ye cik kak cik abang suma ~




Hot Stream ni macam air panas lah tapi bukan panas sangat sampai melecur tu suam-suam jerk. Tapi kalau rendam kaki atau badan lama-lama kat sini rasa macam nak tido je. Aku Yaya Sheila tak mandi cuma rendam kaki je sebenarnya malas nak basahkan baju lagi kang kecian tempat duduk van tu basah lagi alasan kan ? Dah letih dan melekit satu badan pun ye bayangkan dari Malaysia tak berehat terus gamble buat aktiviti.


Tapi Eida dgn Nory tenaga diaorang luar biasa sikit, hyper aktif aku rasa masa kecik, lani bawak sampai ke besar berjangkit diaorang boleh posing-posing dekat air terjun tu. buat muka duck face la buat muka mintak lempanglah. takpe korang janji bahagia kan ? hari kanak-kanak sedunia mungkin it's okey haha...



Binik dah hyper aktif gitu aku pahamlah yang aku tak paham dah kenapa laki diaorang jugak berjangkit hyperaktif nya sumpah tak paham -.='. yelaaaa mungkin masa kecik bapak garang tak bagi melompat bergayut sana sini kot kan bila dah tua tongkeh jadi gitulahhhh ~ k fine ! Tengok andy tu dia perhatikan jerk si zul tu duk bergayut macam orang utan sat lagi turn dialah tu jadi orang utan. Ada je terpampang signboard ' NO JUMPING ' tapi biasalah kanak-kanak ribena ni buat-buat tak nampak je. Laki aku, syafiq dengan Hadi jadi pemerhati je. tenaga nak simpan katanya haha.

Sebelum gerak balik ke hotel singgah gerai makanan kat situ beli minuman vitamilk jagung dengan bebola 80THB. Abes sudaaaa aktiviti untuk hari pertama, balik mandi-mandi malam tu kitaorang terjah Krabi Night Market, next entry errrrr..aku rasa nak pitam dah ni menaip T_____T.

Total perbelanjaan :

Air Kelapa 40THB convert duit M'sia = RM4.20
Ice-cream 2 biji  140THB convert duit M'sia = RM14.60
Vitamilk + bebola 80THB = RM8.40
Total = RM27.20



















♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

12 comments:

Eiqa Almond said... Click To Reply!

Atotottooo~
Sweetnya main love2x dalam air, hehhee :P
Nak jugakk nak jugakkk.!

MizzTina said... Click To Reply!

waaaaa...bestnya...bestnya...

ameris said... Click To Reply!

ada tak tertelan air kolam tu mila?

Sheila Salim said... Click To Reply!

Assalamualaikum mila. heee sheila tak perasan pun board no jumping tu. hahahaha

Ratu Hatiku said... Click To Reply!

Bestnya... Suka plak tgk gmbr Mila yg menahan napas tu.. hihihi romantik gtu.. :D

Cik Puan Rara said... Click To Reply!

lepas tu x salin baju ke mila? pakai baju basah2 tu eh?

Nory Zoulkefle said... Click To Reply!

aduiii mengekek2 aku baca entry ko ni mila...
kanak2 pon kanak2 lah...
hhahahaha

Mimi Azirah said... Click To Reply!

bukan main seronok mak jemah semua bermandi manda ye

zeera lily said... Click To Reply!

wahhh... knp best2 tmpt die..
ni yg nk g ni..hee..

nadia farahida said... Click To Reply!

xleh blaaaaaa muka dalam airrr
ingatkan aku je macam badak sumbuuu
hahahhaaa

Remy hazza said... Click To Reply!

cantik2 tempat yg dilawati......... bila ler remy nak sampai sana kan...

Nadia Johari said... Click To Reply!

ok tak masuk dalam air tu..mcm tak cukup nafas je..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...