Salam
Lagi dan lagi huhuhu....tengah rajin kan ? jangan tegur tau diam-diam je baca. Tak suka baca tekan butang pangkah dekat atas yang paling kanan tu.
Entry lepas Aktiviti air di Phi Phi Island.
Balik dari Phi Phi Island, takde maknanya nak berehat bagai masa tu kan emas mane boleh dibiarkan begitu sahaja rugi woOOOoo dekat hotel discuss dengan Nong pasal pakej untuk esoknya pakej 4 island dan kayak, riki riki harga dapat 400THB seorang untuk 4 Island with long tail dan 250THB seorang untuk kayak. Total untuk dua orang adalah 1300THB
Dah siap-siap mandi apa semua,turun dekat lobi dan planning beramai-ramai pergi cari kedai makan untuk mencekik, lapar bukan main lagiiii. Kedai makanan yang menjadi pilihan adalah Chaba Thai Kitchen And Seafood Restaurant. Ni restoran HALAL sebabnya owner ni orang Kedah, Tak payah nak tergeliat lidah speaking omputih naaaaa.
Mencari kedai makan untuk diserang oleh kami
Datang Krabi boleh singgah makan dekat sini HALAL tau
Actually dah lama xbuat entry lupa pulak air apa T______T
Siakap tiga rasa
Tomyam Kong
Ni pun tak ingat huhu...tapi sedap !
Telur dadar
Kaw-kaw makan ! total makan dekat sini 760THB. Dah setel makan pergi Ao Nang Town pulak yeay !. Kitaorang naik tuktuk masa datang tadi. Sorang pergi balik 40THB. Ao Nang Town ni lagi banyak souvenir berbanding Krabi Town, harga boleh tawar lagi.
Masa jalan-jalan nak pilih souvenir tu terjumpa gerai jual pancake apalagi semua, pantang wey, pantang nampak pancake dah kenyang tapi nak rasa jugak pancake. Aku order banana chocolate 40THB
Rasa not bad lah lagi sedap dekat Krabi town
Laki aku beli redbull 10THB, dekat Krabi redbull adalah air paling murah tau, jangan tak tau cuba dekat Malaysia mahal kemain -.='. Kemudian topup phone nak call mak mertua dekat Malaysia heeee~ orang sana panggil topup adalah popup, popup dalam 110THB
Mari tengok hasil tangkapan yang berjaya dibuat masa dekat Ao Nang town
Lampu tidur comey tak??? lampu ni dibuat daripada tempurung kelapa tau, aku beli yang duduk sebab nakkan dia stabil kalau yang berdiri tu tak berapa nak stabil !
Beg wang syiling
Baju adik beradik,Ieza dan suami ( Nas Arab )
Selipar, tiada gambar !
Cap tu untuk abah, aku pesan dekat Eida suruh dia belikan, tapi aku rasa aku xbayar lagi duit cap ni dekat dia haha....
Beg tu besoknya baru aku beli.malas nak crop masuk je sekali hahahaha...
Dah puas tawaf satu Ao Nang Town kitaorang pun balik ke hotel naik tuk tuk 2 orang kena 40THB. Sampai je hotel boleh pulak laki aku teringat yang barang dia tertinggal dekat kedai last masa kitaorang beli baju . Nak tak nak kenalah patah balik, masa ni geng suami jela yang ekut, geng isteri lepak dekat lobi sembang-sembang tunggu suami balik Sempat pulak laki aku beli seluar pendek 240THB masa pegi amek barang tertinggal tu. Tepat pukul 12.00 malam masing² pulang ke sangkar huhuhu...
Total Perbelanjaan :
Tuktuk pergi balik Ao Nang Town utk 2 orang 80THB convert duit M'sia = RM 8.40
Tuktuk pergi amek barang tertinggal utk 3 orang 60THB = RM 6.30
Makan Chaba Thai 760THB = RM 79.40
Pancake banana Chocolate 40THB = RM 4.20
Lampu tidur 300THB = RM 31.40
Beg Syiling 250THB = RM 26.10
Selipar 50THB = RM 5.20
Baju Dragon utk kawan mcdee 200THB = RM 20.90
6 helai t-shirt 840THB = RM 87.80
Redbull 10THB =RM 1.00
Topup 110THB = RM 11.00
Suar Pendek mcdee 240THB = RM 25.00
Air Mineral 10THB = RM 1.00
Coke tin 60THB = RM 6.30
TOTAL = RM 314.00
7 comments:
haaa tak bayar lagi ehh? aiyokk... HAHA
miloooooo, duit yaya pon milo belum bayar kahkahkahhh tipuuu jeewwww :P
wahhh syoknyer p krabi...
wah detail perbelanjaan...bagus nie...
perh seronoknya...emm tgk belanja yg guna pun takda la byk sgt...wish can go there one day! :)
laparr plak aku tengok gambar2 makanan tu...gulpp!!!!
cantik la lampu tido tu ....
Post a Comment