Terima Kasih Sudi Like

Thursday, December 19, 2013

Pengalaman Bercuti di Krabi, Thailand - Spa di Dara Massage

www.tips-fb.com

Salam

Kalau ada yang terlepas nak baca entry percutian Krabi aku ni dari mula korang boleh klik link Krabi, situ semua cerita dari hari pertama sampai Krabi sampai hari ketiga. So jangan risau ye ! oke entry before ni kitaorang buat 4 island dan kayak, balik dari buat aktiviti tu kami pulang ke hotel siap-siap untuk keluar makan lewat petang hihihi...


Untuk hari ke tiga di Krabi ni kami pilih makanan dari Restoran Sareefah, tak jauh pun dari hotel jadi kitaorang jalan kaki beramai-ramai mencari restoran tu. Kalau dari hotel kami dia sebelah kiri jalan. Apa yang penting restoran ni HALAL jugak ;).


Fried Rice Chili Paste with Chicken 60THB, Ice Lemon Tea 40THB


banana pancake with chocolate 25THB

*makanan laki aku tak tangkap gambar pasal kami duduk asing suami geng suami isteri geng isteri senang nak bergosip kehkehkehkeh*

Kali ni aku catat dalam phone apa yang aku makan, aku order Fried Rice Chili Paste with Chicken 60THB, Ice Lemon Tea 40THB , Oren juice 40THB , Fried Rice Tomyam Seafood 70THB  dan Crab Omelette 100THB. Menu wajib adalah banana pancake with chocolate 25THB muahahaha, 3 hari dekat Krabi 3 harilah tibai makan pancake sedap Ooooo...Total semua adalah 335THB



Lepas makan jalan balik ke hotel, plan nak buat massage pulak ! Aktiviti yang ditunggu oleh semua orang, 3 hari berhempas pulas bermain air, melompat apa suma badan mesti sakit-sakit dan letih jadi makanya marilah beurut time yahoooo~ Untuk massage aku pilih oil massage 250THB, laki aku pilih thai massage 250THB. Urutan selama 1 jam ea.


Massage time !gelap muka aku time ni, berjemur je bila minum Ephyra jadi cerah kembali ;)

Selesai 1 jam sesi urut mengurut jangan kau harap kami akan balik hotel, wang yang masih 'banyak' berbaki di tangan, eh banyak kauuuuuu haha~ padahal berapa je tinggal , gigih ni berjalan ke kedai berhampiran tengok kalau-kalau ada yang berkenan nak bawak pulang ke Malaysia hari last kan rugilah xabeskan duit yang ada esok nak pulang dah.

Yang berjaya dirembat oleh aku adalah :-


Beg burung hantu 150THB


keychain anak gajah 100THB keycain pensil 100THB


Beg balik kampung 150THB

Dah puas shopping balik hotel naik tuk tuk Kolid kena 40THB memasing tak larat dah nak jalan kaki. Sampai hotel geng suami suma naik atas mentido yang geng isteri ni masih stay lagi dekat bawah cit cat cit cat sampai kul 3 pagi. Kul 3 baru naik atas kemas barang apa suma pukul 5 dah check out untuk pergi Airport. Naik je van terus semua bantai tido krohkrohkroh....

Total Perbelanjaan :
  
Makan di Restoran Sarefah 335THB 2 orang convert duit M'sia : RM 35.00
Oil Massage 250THB = RM 26.10
Thai Massage 250THB = RM 26.10
Solution Lense Mcdee 60THB =RM 6.30
Tuk tuk Kolid 40THB = RM 4.20
Beg balik kampung 150THB = RM 15.70
Keychain Gajah 100THB = RM 10.50
Keychain Pensil 100THB = RM 10.50
Beg burung hantu 150THB = RM 15.70

TOTAL = RM 150.10

* tak sabar dah nak kira perbelanjaan untuk percutian Krabi ni, sebab sampai hari ni aku sendiri tak tau berapa habis T________T. stay tuned yaaaa~




♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

7 comments:

Nory Zoulkefle said... Click To Reply!

alaaa ruginya nory tak beli tote bag macam korang tu...nak jugakkk...hehe

::EIDA:: said... Click To Reply!

hahahhaa nory rugi!! mila ida paksa kan.. haha sekali ngan yaya. hahahhaha.. memang best beg balik kg tu... semua boleh sumbat! kuikuikuii

licha said... Click To Reply!

seronoknyaaa... :) hihi.. best la singgah blog ni baca entry pasal krabi.

y i e n said... Click To Reply!

bestnyer dapat bercuti kat tmpt org :)

NinaAz said... Click To Reply!

banana pancake!!! yummy!!!

mia izzati said... Click To Reply!

comeynye beg burung antuuu tu...

Unknown said... Click To Reply!

Assalammualaikum .
bestnya dapat tengok tempat orang.
target mcm nak pergi jugalah.
heeee

kalau rajin mai la kujungi blog yanie : http://mommyelzavitamin.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...