Terima Kasih Sudi Like

Wednesday, January 22, 2014

Percutian Langkawi : Pengalaman Naik Train

www.tips-fb.com

Salam

10-01-2014

Kali ni aku bercuti naik train sebabnya plan bercuti ni secara mengejut, kalau booking tiket flight confirm mahal kan, so pilihan kedua adalah naik train. Seramai lima orang yang join trip bercuti ni. Biasa aku pergi dengan geng blogger kali ni aku pergi dengan geng sekolah rendah. Memandangkan geng sekolah rendah aku ni rata-rata belum berkahwin maka encik suami terpaksa saya tinggalkan huhu...kejam kan ? Kecian suami saya tapi takpe bulan 5, In Sha Allah kita cuti bersama hokeh darling :)


Tiket kitaorang. Sila berada 30 minit awal kalau tak nak kena tinggal :p

Naik dari KL Sentral dan turun di Arau. Aku dari rumah mak aku naik lrt Melati  berhenti dekat Sri Rampai jumpa maya dan terus ke KL Sentral. Tambang LRT RM2.40. Sampai KL Sentral awal lagi so kitaorang tapau mcd nak makan dalam KTM la konon-konon dah borak-borak tak ingat dunia, last aku punya burger, kentang suma buang tak lalu makan. Ada jugak aku order dengan maya ayam goreng beli dekat Sogo 2 ketul. Seketul je abes. 

Kalau naik train of cozlah makan masa yang sangat panjang iaitu lebih kurang 11 jam ada delay bagai. Ekutkan 11 jam tu mestilah bosan kan tapi kitaorang takde maknanya bosan sembang-sembang so takdelah rasa lama tidur pun satu dua jam je lena yang lain bergosip je lebih huhuhu...


Aku pilih katil bawah, harga RM 54. Fiza katil atas harga RM 48 harga tak sama katil bawah dan atas ye


Maya katil bawah, Ayu katil atas. Lagi sorang Safa dia naik flight sebab dia dah booking time promo haritu.


Inilah keadaan coach kami .

Kitaorang dapat katil hujung sekali berdekatan dengan toilet. Katil hujung memang best sebab tak melalu katil-katil orang lain tapi tak best sebab dekat dengan pintu untuk ke tandas. Bila orang buka dan tutup pintu tu boleh teanjat kita.bising tau T____T. Kalau 10 kali orang pergi tandas 10 kali kita terperanjat matilah kita cam gini -.='. 

Tandas train bagi pendapat aku bolehla. masih boleh digunakan sebab tekanan air kuat. Yang tak best goyang-goyang tak feel tau haha...Nasib baik perut tak meragam cuma nak buang air kecil je. Dalam tandas ada tisu. Aku tak tau kat mana kafe dan surau. Tak jalan mana-mana pun dah malam kan so duduk diam-diam dekat katil. Solat pun atas katil, pengalaman baru nie huhu..

Ada orang cakap dalam train sejuk so korang kena bawak baju sejuk atau stokin tapi masa aku dalam train haritu tak sejuk mana pun. Tapi spare jelah mana tau tiba2 sejuk kan ?.

Sampai Arau dalam pukul 9.00 pagi lebih kurang kemudian kami terus dapatkan teksi ke Kuala Perlis. Dari Arau ke Kuala Perlis amek masa lebih kurang 30 minit. Tambang teksi adalah RM 24.


Beli tiket feri dewasa RM18 budak ( 3thn-12thn ) RM13

Dari Kuala Perlis nak ke Langkawi kalau naik feri lebih kurang 1 jam perjalanan. Sempat jugaklah buat tahi mata. Sebenarnya kami semua dah kebuluran tapi nak tunggu sampai Langkawi sebab Safa dah tunggu kat Jeti untuk makan sama-sama. Kereta sewa pun tunggu kat Jeti jugak. Kami booking kereta siap-siap dari KL  supaya senang tak nak pening kepala bila tiba sana. Oh ye kalau korang pergi Langkawi masih tak dapat kereta sewa jangan risau banyak je orang-orang yang buat perkhidmatan kereta sewa ni. Kena pandai tawar la. Macam kitaorang ni ada 5 orang so sewa Avanza Auto untuk 2 hari dalam RM200 je. Harga bukan musim cuti sekolah kalau cuti sekolah mungkin berbeza. Minyak isi sendiri haha...Masa kami terima kereta ni kami isi minyak RM30



Avanza kami di Langkawi kereta masih baru.Puas Hati !

Kalau korang nak pergi Langkawi nak sewa kereta dengan Cikgu Megat pm aku eh.eh untuk dapatkan no hpnya. Oh ye selain dari perkhidmatan sewa kereta Cikgu Megat ada buat pakej Island Hoping sekali. So dah alang-alang petang tu kami memang nak buat Island Hoping so deal sekali. Setel dah untuk pakej Island Hoping. Kita pergi cari makan.

Tempat makan pun cari dekat-dekat dengan hotel je. Nak check in hotel tak boleh lagi masih awal. So cari tempat makan.


Merata jalan cuma tempat makan Mimi Seafood je yang ada jual nasi berlauk. Tapi kan tapi mahal gilaaaaa dia cas makanan kita orang. Takdelah sedap mana pun biasa je, mungkin sebab kami ni bukan orang Langkawi dia ketuk kaw-kaw duit kita mencik ! Mahal tapi aku tengok ramai gila orang mungkin kedai dia je kot yang ada jual nasi berlauk yang banyak. Dialek bahasa macam siam macam Kedah ntah aku pun tak tau. Tapi nak cakap makanan dia mahal la dengan ikan tak buang sisik. Sakit hati. Dah lapar kan makan jelaaaa


Kita amek lauk ni dengan order air tembikai laici je makcik tu ketuk duit kita sampai RM18. gilaaaa mahal T____T

Blacklist kedai ni hahaha...Dalam pukul 1 terus gerak ke tempat Island Hoping. Island Hoping next entry ye.Tunggu tau.

Kira-kira perbelanjaan :-

Tambang LRT = RM2.40
MCD =RM8
Tiket Train Langkawi = RM54
Tambang Teksi dari Arau ke Kuala Perlis = RM26 / 4 Orang = RM6
Tiket feri darri Kuala Perlis ke Langkawi = RM18
Kereta Sewa 2 hari 1 malam =RM200/ 5 orang = RM40
Minyak kereta = RM30/5 = RM6

TOTAL = RM 134.40



♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

22 comments:

Fatimah Nabila said... Click To Reply!

syok jugk klu wat reunion cmni..adventure tuh..

careno said... Click To Reply!

hah? Nasik cenggitu pun 18 hengget... kalau 10 org mkn dah 180... kaya mokcik tu...

Izwa Kamaruddin said... Click To Reply!

wahhh mcm syok je!

nadia farahida said... Click To Reply!

yeayyy milo dah updateeeeee :))
gooo milo gooooooo. yaya dah katam yang ni. nextt entry pleaseeee :P

Nory Zoulkefle said... Click To Reply!

makkk aihhh betul2 cekik darah sampai rm18 hengget....
apa yg sedapp sgt tu...huhuhuh

yolanda diego said... Click To Reply!

mmg cm backpackers. best jgk cuti2 naik train ni ye

dalila said... Click To Reply!

ooo..island hopping ade tghari ye..ingtkan pagi je..

Masmira Masri said... Click To Reply!

adoii stressnya tgk akak holiday huhuuu

Julia Johari said... Click To Reply!

Jimatttt betul dik...akak rasa sgt beruntung dpt baca kisah real naik train utk ke langkawi semurah ini...kalo Qi tuh dh besar umur 4 ke 5 tahun tingin nak naik train...sonokkkk ye

Mimie said... Click To Reply!

hohoiiiii...mahalnya....rm18???dah la nama sama ngan kita mimi...asih...tp akak xcekik darah tau mila..

::EIDA:: said... Click To Reply!

erkk.. tak sejuk? apesal ida sejuk kemain? hahahhahahhaha..

mila tahu kalau kita kencing kat toilet, mane perginya air kencing kita? hihhihii

Anonymous said... Click To Reply!

Saya pula terkena degan seoran nama SOBRI.. 0124455406 & ayahnya pula 0174531140. bg RIO AUTO minta terus RM160 utk 2 hari. ok la... minyak E! malam tu terus isi minyak penuh RM89.20 check in. Pg esk nak grk kete x blh start. dh dkt sejam br bg kereta ganti WIRA MANUAL!! janji dh siap repair nak call. sms tnya keadaan dkt kul 5 br bgtau kete dh siap... sy x amik & sy nk trs swa WIRA MANUAL tu je.. So minta refund duit minyak dalam RIO tu...dh bertalu sms br nk jwb yg bestnya byr RM50 je!!!!!! atas alasan duit dh byk abis sebab repair fuel pump RM700. bila jumpe berdepan pun sy ulang lagi... masih bt mka selamba... call pula bapa dia... boleh plak bapa dia ckp kita sesama Islam x pyh la nk gaduh2 anak saya ramai kawan!!! WTH!!!! RIO biru no KV 4667 C hati2 lah korang.

Unknown said... Click To Reply!

best baca part naik train tu.. haha..tandas tu penting sgt. comel je mila tulis.. nak try gak la naik train nnt balik langkawi..

jemput ke blog Kay. www.efkayvitashoppe.blogspot.com

Anonymous said... Click To Reply!

Mila boleh x pm no phone cikgu megat tu..tenkiu..

Anonymous said... Click To Reply!

nak nom cikgu megat tuu

ella ismail said... Click To Reply!

sis blh tak wsap sy no cikgu megat tu. tqvm :)
0122471370

Unknown said... Click To Reply!

Saya baru nk p

Unknown said... Click To Reply!

Best nyer

Anonymous said... Click To Reply!

Best

Anonymous said... Click To Reply!

Salam, boleh wasap sy x no cikgu megat tu +60137689809

Mohd Nazri Jalil said... Click To Reply!
This comment has been removed by the author.
Unknown said... Click To Reply!

G langkawi sewa hotel mne tu Mila..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...