AHAD 4 Disember 2016, aku pergi MAHA 2016 atau nama panjangnya Malaysia Agriculture, Horticulture, & Agrotourism. tak paham lagi google translate naaa...hikkkssss...pergi ramai-ramai satu bas. Kalau aku saja pergi memang takla. Tak sanggup nak redah lautan manusia, jem lagi panas lagi berlecak ketiak kita.
Aku pergi pun under Peladang, mak abah aku ahli peladang jadi diaowang invite sape nak pergi boleh turut serta. tiket bas disponsor dan diberikan elaun makan dan minum.Aku dengan adik bongsu aku pun ngikut jugak kebetulan ada kekosongan tempat duduk. Ada tujuan sebenarnya kenapa aku nak ikut.hihi...
Bertolak dari Batu Pahat pukul 3.30 pagi, diulang 3.30 pagi tau. gila pepagi buta berkumpul dekat dewan peladang. Kitaorg kena sampai awal pagi dekat MAEPS, Serdang untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.
Sampai sana lebih kurang kul 8.30 pagi rasanya. itupun kenderaan dah banyak oke, sebab weekend kan. Budak dah start cuti sekolah lagi. So kalau sesiapa nak pergi MAHA tu pergi awal-awal parking pun masih tak penuh.
Aku nak ikut p MAHA sebenarnya nak jumpa budak nila, haha...anak buah aku aryan. rindu sangat kat dia selalu tengok gambar dengan video je so alang-alang dah turun kl aku suh mama dan babah aryan bawak aryan jumpa makngah dia hehe..Adik aku dua orang duk kl jadi kitaorang berjumpa kat MAHA jela. nak tunggu balik kampung tak tau lagi bila.
Dah jumpa atuk, nenek, makngah dan acu budak ni suka diagah senyum je, lepas tu ngantuk tido. orang lain semua sarapan nasi lemak dia bantai mentido atas meja, nasib baik time tu belum panas lagi. kecian budak-budak nak tido kalau panas membahang.
adik aku no 4 pun gigih datang bawak geng sebab nak jumpa mak abah huhu...
Sekejap je tido, dah bangun dah ini budak tetiba je naik bas haha..kitaorang kat MAHA ni macam tak tau hala tuju ikut suka je nak g mana-mana, tengok peta pun macam tak paham, orang beratur naik bas, kami pun ikut tapi pergi mana tak tahu haha..dah tu orang turun, kitaorg turun jugak. pastu beratur naik bas balik. kelakar !
Gambar-gambar kat atas ni aku ambil dari dalam bas rapid je, yang mana sempat je sebab bas jalan laju jugak tak berhenti pun. bas bergerak dari point A terus point B tanpa henti. klu nak turun tempat dalam gambar tu mungkin kena naik bas lain kot.Luas gila MAHA 2016 sampai aku pening.
Dalam banyak-banyak tempat aku cuma masuk FAMA - Castle of Fruits sebab paling dekat diantara semua. kira dari tempat beratur bas tu jalan kaki je masuk sini. Mari kita tengok apa ada dalam tu.
Dah kata castle of fruits dalam tu memang semua buah-buahan la, masuk je korang akan nampak orang jual durian belanda, dan jus. Sedap jusnya aku beli 3 botol-RM10 tapi gambar takde lupa tangkap. pure air durian belanda. lepas tu akan nampak bingka jagung ni penuh satu meja. banyak gila disusun mungkin nak buat book of record ke ntah tak tau.
Segala macam buah-buahan tempatan ada jual dalam tu, aku beli buah naga, 2 biji RM5 hihi. ais krim buah ada, ubi rebus, jagung rebus macam-macamlah.
Tempat lain aku tak pergi malas sebab panas hoii..aku stay dekat area food truck je 2 3 jam sementara menunggu pukul 3 untuk gerak balik. Bila dah panas-panas cam tu minum air jela yang mampu nak mkn pun macam malas plus ramai gila orang. Tapi sempat je order cendol durian special cup besar RM10 air A&W ice-cream vanilla RM7.90. keropok lekor, 5 ketul RM2 buah nenas, air mangga. nampak banyak gila minum air lepas tu azab nak g tandas. beratur kat tandas setengah jam tunggu turn -.='
Lebih kurang pukul 4 kami dah nak bertolak balik, keadaan lalu lintas yang memang sesak, nak masuk jem nak keluar pun jem, so pandai-pandai korang adjust time k. better pegi time weekdays la kot tak crowded sangat.
Tips ke MAHA 2016
-Datang awal pagi, parking masih kosong.
-elok pakai t-shirt sebab confirm ketiak akan berlecak punya, panas tak ingat punya!
-bawak payung
-pakai sandle, sneakers atau sport shoes, jangan mimpi nak high heels bagai
-bawak portable kipas untuk anak kecil
-elakkan beli air atau makanan dekat tempat parking, sebab harga lebih mahal berbanding dalam kawasan MAHA.
- kalau tak paham, tak tau tengok peta nak tanya apa-apa soalan, korang tanya pada bebudak yang pakai bid hijau, diaowang sedia membantu.
Oke sekian cerita MAHA 2016 untuk korang. bai!
♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥
Related Posts : Jalan-jalan,
jalan-jalan cari makan,
Travel
5 comments:
tk brp gigih nk ke maha hehe..thn2 sebelum ni bertugas ...thn ni tk bertugas
Mila... Banyaknya buah-buahan.. Nyum nyummieee
Assalamualaikum. Huwaaa impian berkecai nak g maha. Anak2 tak sihat. Jauh pula rasa nak pergi.. dah la harga situ murah2 barang organik. Huwaaaa nangis dibucu katil
wahh bestlah dapat ke MAHA..tak berkesempatan nak pergi
aida x gi castle of fruits. rugi nyer !!!!
Post a Comment