Salam,
Entry lepas Tiket Flight, Hotel dan Kereta Sewa
Sambungan cerita, dekat KLIA 2 sebelum
departure kitaorang timbang dulu beg sebab risau takut lebih 7kg, sek bek
ngam-ngam je phewwww lega~ Cuma xlega time balik sebab mesti extra 7kg punya
muakakaka..xpe balik je pk. So xde nak check in pape tgk jam awal lagi so
kitaorg decide makan dekat kfc sebab tu je paling dekat dgn departure hall.
KL-Penang Cuma 1 jam 5 minit je tak dan ko nak
tidur pun sembang gosip membawang kejap udah sampai haha…. Tiba je airport
penang kereta sewa pun dah sedia tunggu, kira waktu ngam-ngam time lunch perut
dah tunjuk tanda kelaparan terus kitaorang menuju ke Restoran Deen nasi Kandar.
Bajet macam bercuti waktu orang bekerja tak
ramai orang la kat kedai nasi kandar ni kan, tekaan ko meleset sebabnya ko
sampai-sampai pun kena beratur haha..lama jugakla beratur 20 minit ada aku
rasa,tapi demi merasai kenikmatan nasi kandar yang orang canang-canang tu, ku
gagahkan jualah beratur. Nasib berbaloi memang sedap gila kuah-kuah yg dicampur
tu, harga pun bolehla takde mahal sangat takde murah sangat, Cuma aku mintak
telur sotong takde pulak dah habis ke atau hari tu memang tak masak so aku
mintak telur ikan + ayam goreng berempah dengan sayur
Lepas makan terus menuju ke hotel utk check
in. Tapi malangnyaa bilik satu je dah siap satu lagi belum siap so aku dgn laki
aku tumpang bilik fiza utk solat dan siap-siap sebab pukul 3.30 petang kitaorg
nak keluar lagi.
Dalam museum ni korang boleh bergambar, jangan
risau kalau takde sape nak tangkapkan gambar korang nanti ada orang yg tlg
ambilkan.
Alamat : No 10, Lebuh Penang, 10200 George
Town, Penang.
Waktu Operasi : 9 pagi – 6 petang
Harga Tiket : RM 15.00
*Tolong pakai kasut yang mudah tanggal dan mudah pakai
balik atau senang selipar je sebabnya kebanyakkan tempat nak bergambar tanggal
kasut
dap satu kali haha...jenuh suruh diri tegak tapi aku tetap rasa senget hebak kan tak jatuh pun |
RESTORAN SUP HAMEED
Ramai cakap
kalau dtg penang sup ni kena cuba, so marilah kita cuba, lepas g museum singgah
sini makan petang, so order roti dengan sup daging sahaja lagipun masih kenyang
makan nasi kandar.
Serius memang
sedap kuah dia pekat, daging lembut macam ayam tak yah beria kau nak gigit
sekuat hati bagi lumat, kuah dia sedap panas-panas cicah dengan roti terbaik !
No 5, Penang
Road 10000 Penang *hadapan Hotel M’sia Georgetown
Contact No :
04 -2294851
Lepas tu kami
balik ke hotel untuk berehat malam dalam
pukul 8 malam kami ada aktiviti lain pulak yang menanti.
AVATAR
SECRET GARDEN, TANJUNG TOKONG
Kalau rasa nak fefeling avatar inilah tempatnya, cantik
tempatnya dipenuhi lampu yang bertukar warna bergantungan pada pokok. Tempat ni
kena naik tangga sikit. Kalau hp canggih lagi cantik gambar Nampak macam real.
Warna lampu bertukar-tukar so boleh tangkap gambar dengan berlainan colour
lampu.
Dekat sini kitaorg
parking luar dekat rumah-rumah orang tu, tapi sebenarnya korang boleh masuk
dalam sikit lagi sebab memg disediakan tempat parking. Aku tak tahu so parking
luar janji ada parking oke je. Menapak pun tak jauh sangat. Bayaran parking RM5
ada orang jaga kereta kat situ, penduduk dekat situ kot.
nampak deretan kereta tu, korang parking situ oke, macam aku parking luar jauh sikit jalan hihi..gambar ni di ambil dari atas dekat pokok-pokok berwarna tu |
Masuk dekat avatar tu kena bayar RM1 sorang. Ada orang
kata tempat ni tak berapa sesuai utk baby sebab ada tokong besar berdekatan
situ. Macam keras jugaklah. Tapi depends on masing-masing punya kepercayaan.
Cantik kan ? nampak real fantasy sangat ! |
Masa untuk makan malam, time tu lebih kurang pukul 10 aku
rasa, so kalau ikut itinerary kitaorg nak pegi makan pasembur dekat Padang
Kota. Tapi bila sampai macam banyak kedai tutup, so tak banyak pilihan la,
terus order dekat Gani Famous Pasembur
Aku 1st time rasa, tapi seriesly memang sedap
gila. Aku ingat pasembur ni macam rasa yong tau fu tau haha…Bila dah rasa sedap
nak arwah !!!! Kuah dia ada rasa pedas sikit manis sikit lain dari yong tau fu.
Dan sekarang aku rasa menyesal dan bersalah sebab makan sekali je, nak makan
lagi wuarghhhhh.. entah bila nak pergi penang lagi.
Tips : kalau taknak terkujat dengan harga yang mahal nak
arwah tu, korang jangan ambil seafood oke !
Selesai sudah aktiviti untuk hari pertama di Penang, so
hari kedua #kemanakitaharini korang kena tunggulah ye. Kalau angin rajin aku
datang aku update lelaju. Kalau slow je macam siput ba alip ba ya korang tunggulah sampai berjanggut
ye oke terima kasih I lap u haha…
KIRA- KIRA PERBELANJAAN :
Breakfast KFC (2 org) : RM20.00
Minyak kereta : RM25.00
Lunch Restoran Deen Nasi Kandar (2 org ) :
RM21.20
Tiket Penang 3D Art Museum (2 org) : RM30.00
Makan Restoran Sup Hameed : RM8.00
Tiker
masuk Avatar Secret Garden (2 org) : RM2.00
Parking kereta
dkt Tanjung Tokong : RM5.00
Makan pasembur
kat Gani Famous Pasembor : RM12.00 ( kongsi )
ABC dan air :
RM10.00
TOTAL = RM 133.20
1 comments:
Deen Maju dapnyaaaa hahahaha tringin plak tetiba =D
Post a Comment