Terima Kasih Sudi Like

Thursday, April 26, 2018

TEMPAT MENARIK UNTUK DILAWATI DI PENANG (DAY 1)

www.tips-fb.com


Salam,


Sambungan cerita, dekat KLIA 2 sebelum departure kitaorang timbang dulu beg sebab risau takut lebih 7kg, sek bek ngam-ngam je phewwww lega~ Cuma xlega time balik sebab mesti extra 7kg punya muakakaka..xpe balik je pk. So xde nak check in pape tgk jam awal lagi so kitaorg decide makan dekat kfc sebab tu je paling dekat dgn departure hall.

KL-Penang Cuma 1 jam 5 minit je tak dan ko nak tidur pun sembang gosip membawang kejap udah sampai haha…. Tiba je airport penang kereta sewa pun dah sedia tunggu, kira waktu ngam-ngam time lunch perut dah tunjuk tanda kelaparan terus kitaorang menuju ke Restoran Deen nasi Kandar.

RESTORAN DEEN NASI KANDAR



Bajet macam bercuti waktu orang bekerja tak ramai orang la kat kedai nasi kandar ni kan, tekaan ko meleset sebabnya ko sampai-sampai pun kena beratur haha..lama jugakla beratur 20 minit ada aku rasa,tapi demi merasai kenikmatan nasi kandar yang orang canang-canang tu, ku gagahkan jualah beratur. Nasib berbaloi memang sedap gila kuah-kuah yg dicampur tu, harga pun bolehla takde mahal sangat takde murah sangat, Cuma aku mintak telur sotong takde pulak dah habis ke atau hari tu memang tak masak so aku mintak telur ikan + ayam goreng berempah dengan sayur


yang paling banyak tu aku punya hahaha...ayam kongsi dengan laki besar kot tak abis makan


Lepas makan terus menuju ke hotel utk check in. Tapi malangnyaa bilik satu je dah siap satu lagi belum siap so aku dgn laki aku tumpang bilik fiza utk solat dan siap-siap sebab pukul 3.30 petang kitaorg nak keluar lagi.

PENANG 3D TRICK ART MUSEUM



Dalam museum ni korang boleh bergambar, jangan risau kalau takde sape nak tangkapkan gambar korang nanti ada orang yg tlg ambilkan. 

Alamat : No 10, Lebuh Penang, 10200 George Town, Penang.
Waktu Operasi : 9 pagi – 6 petang
Harga Tiket : RM 15.00

*Tolong pakai kasut yang mudah tanggal dan mudah pakai balik atau senang selipar je sebabnya kebanyakkan tempat nak bergambar tanggal kasut





dap satu kali haha...jenuh suruh diri tegak tapi aku tetap rasa senget  hebak kan tak jatuh pun



RESTORAN SUP HAMEED

Ramai cakap kalau dtg penang sup ni kena cuba, so marilah kita cuba, lepas g museum singgah sini makan petang, so order roti dengan sup daging sahaja lagipun masih kenyang makan nasi kandar.



Serius memang sedap kuah dia pekat, daging lembut macam ayam tak yah beria kau nak gigit sekuat hati bagi lumat, kuah dia sedap panas-panas cicah dengan roti terbaik !


No 5, Penang Road 10000 Penang *hadapan Hotel M’sia Georgetown
Contact No : 04 -2294851

Lepas tu kami balik ke hotel untuk berehat  malam dalam pukul 8 malam kami ada aktiviti lain pulak yang menanti.

AVATAR SECRET GARDEN, TANJUNG TOKONG

Kalau rasa nak fefeling avatar inilah tempatnya, cantik tempatnya dipenuhi lampu yang bertukar warna bergantungan pada pokok. Tempat ni kena naik tangga sikit. Kalau hp canggih lagi cantik gambar Nampak macam real. Warna lampu bertukar-tukar so boleh tangkap gambar dengan berlainan colour lampu.

 Dekat sini kitaorg parking luar dekat rumah-rumah orang tu, tapi sebenarnya korang boleh masuk dalam sikit lagi sebab memg disediakan tempat parking. Aku tak tahu so parking luar janji ada parking oke je. Menapak pun tak jauh sangat. Bayaran parking RM5 ada orang jaga kereta kat situ, penduduk dekat situ kot.


nampak deretan kereta tu, korang parking situ oke, macam aku parking luar jauh sikit jalan hihi..gambar ni di ambil dari atas dekat pokok-pokok berwarna tu


Masuk dekat avatar tu kena bayar RM1 sorang. Ada orang kata tempat ni tak berapa sesuai utk baby sebab ada tokong besar berdekatan situ. Macam keras jugaklah. Tapi depends on masing-masing punya kepercayaan.



Cantik kan ? nampak real fantasy sangat !


GANI FAMOUS PASEMBUR




Masa untuk makan malam, time tu lebih kurang pukul 10 aku rasa, so kalau ikut itinerary kitaorg nak pegi makan pasembur dekat Padang Kota. Tapi bila sampai macam banyak kedai tutup, so tak banyak pilihan la, terus order dekat Gani Famous Pasembur



Aku 1st time rasa, tapi seriesly memang sedap gila. Aku ingat pasembur ni macam rasa yong tau fu tau haha…Bila dah rasa sedap nak arwah !!!! Kuah dia ada rasa pedas sikit manis sikit lain dari yong tau fu. Dan sekarang aku rasa menyesal dan bersalah sebab makan sekali je, nak makan lagi wuarghhhhh.. entah bila nak pergi penang lagi.

Tips : kalau taknak terkujat dengan harga yang mahal nak arwah tu, korang jangan ambil seafood oke !

Selesai sudah aktiviti untuk hari pertama di Penang, so hari kedua #kemanakitaharini korang kena tunggulah ye. Kalau angin rajin aku datang aku update lelaju. Kalau slow je macam siput ba  alip ba ya korang tunggulah sampai berjanggut ye oke terima kasih I lap u haha…


KIRA- KIRA PERBELANJAAN :

Breakfast KFC (2 org) : RM20.00
Minyak kereta : RM25.00
Lunch Restoran Deen Nasi Kandar (2 org ) : RM21.20
Tiket Penang 3D Art Museum (2 org) : RM30.00
Makan Restoran Sup Hameed : RM8.00
 Tiker masuk Avatar Secret Garden (2 org) : RM2.00
Parking kereta dkt Tanjung Tokong : RM5.00
Makan pasembur kat Gani Famous Pasembor : RM12.00 ( kongsi )
ABC dan air : RM10.00

TOTAL = RM 133.20



♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

1 comments:

Siti Yang Menaip said... Click To Reply!

Deen Maju dapnyaaaa hahahaha tringin plak tetiba =D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...