Terima Kasih Sudi Like

Monday, April 30, 2018

TEMPAT MENARIK UNTUK DILAWATI DI PENANG (DAY 2)

www.tips-fb.com


Salam


Hi korang kalau masih ada yang belum baca entry sebelum-sebelumnya boleh klik link biru tu ye. Oke sambung untuk hari kedua di Penang. #Kemanakitaharini untuk hari ke 2? Pagi-pagi lagi dalam pukul lapan pagi macam tu kitaorang dah get ready untuk breakfast.Tempat ni memang paling famouslah kalau time breakfast. Dia kena goyang dulu baru bole makan eh !

ROTI CANAI TRANSFER ROAD

Rata-rata kalau orang yang travel ke Penang mesti wajib makan dekat sini sebabnya roti canai dia unik sikit bagi aku lah. Kat sini pun famous dengan roti telur goyang, marilah bergoyang eh! eh! marilah bergoyang eh eh…eh engkau over pulak kan ?


Ane, roti canai kuah banjir satu ! Siap ! Sekali amek kauuuuu memang banjir dia bagi lepas tu tertonggok seketul ayam dalam pinggan kau. Aku ingt ayam tu dia potong kecik-kecik tau sekali segedabak besau dia bagi. Roti canai dia memang tak dinafikan sedap dan lembut memang kenyang sehari lah.

Lepas tu aku order roti telur goyang. Masa makanan tiba tu, orang sekeliling dah tengok semacam dah sebabnya kita 3 orang tapi order makan macam 6 org punya makan Ada aku K? kata memang datang penang nak makan kan apa lagi makan puas-puas lah.

Alamat : NO 56, Jalan Transfer Road, Georgetown 10050 penang
Waktu Urusniaga : 7.00 pg – 1.00 tghari

Seterusnya kita ke mana? Perut dah selamat di isi memang kenyang gila puas hati. So next destination adalah :-


PENANG HILL

Aku risau masa g penang tak dapat pegi Penang Hill tau, sebab aku ada baca post Kak Neena (blogger) time tu bulan 11,2017 dia pegi tutup under construction sebab Penang baru lepas banjir. So aku kena cari aktiviti lain untuk gantikan kalau x dapat p penang hill tu.Kemudian tak lama lepas tu ada sorang lagi kawan aku dekat FB nampak dia update dia g Penang Hill time tu bulan 2,2018 so aku tnya lah, fuh legaaa Penang Hill dah dibuka semula.



Acely laki aku bukan main suka lagi dapat g penang hill, rupanya impian dia sejak belas tahun yg lalu huhuhu…Tak sangka pada hari birthday dia kita sambut nun tinggi di atas bukit bendera bang oiii..sweet angat-angat bini awak ni tau. Saya mampu sambut dekat bukit ni je bang, In Sha Allah ada rezeki mana tau sambut dekat gunung kinabalu ke kan hikhikhik…


Bukan selalu tepek gambar berdua, sesekali bagilah can siked ....

 
Ni bff kita since darjah 1 oke !, bila aku cakap ada tiket murah, nak tak gi Penang ? dia terus on haha...

Sebenarnya kita g Penang Hill tu kan bukan ada pape pun, kita sebenar-benarnya Cuma nak rasa ice kacang lily je hahahaha..Tengok macam menarik beno rupanya warna-warni kita suka mengoda sgt tau ! kata food hunter kan so mestila try semua.





*Tips : Disarankan datang pepagi sebab tak ramai lagi orang, bawakla topi ke, kipas tangan ke sebab panas lit lit dekat atas sana walaupun baru pukul 11 tengah hari. Walaupun bukit tu tinggi tapi tak rasa sejuk pun.

Alamat : PERBADANAN BUKIT BENDERA PULAU PINANG
                Jalan Stesen Bukit Bendera 11500 Air Itam, Pulau Pinang

Kaunter Tiket : 6.20 am -10.30 pm
Jadual Train   :  6.30 am – 11.00 pm ( berlepas setiap 30 minit )
Tiket Masuk : RM 10.00 seorang
Instagram/FB  :mypenanghill


WONDERFOOD MUSEUM

Jam menunjukkan pukul 11.30 lebih kurang, masih awal lagi kalau nak lunch sebab perut masih kenyang akibat penangan sarapan pagi tadi. So kitaorang decide pergi wonderfood museum dulu. Apa yang ada dekat museum ni??? Semuanya replica makanan tapi jenis gergasi. Nampak macam real beb! Series tak tipu tau !!! Tak caya meh layan gambar-gambar yang ada.












Alamat : NO 49, lebuh pantai,10300 Georgetown Penang
Tiket Masuk : RM 15.00
Instagram : wonderfoodmuseum
Facebook  : Wonderfood Museum Penang

RESTORAN KAPITAN

Lunch untuk hari kedua kitaorang memilih Restoran Kapitan. Dari blog-blog yang aku baca, antara menu yang best adalah Briani Claypot dan Ayan Tandoori. Acely banyak lagi menu yang sedap dan famous tapi masa aku pegi tu tersangatlah panas bak ang lepas tu kena jalan kaki bapak jauh sebab parking takde tu yang sampai tak boleh pikir so decide menu Briani Claypot itupun kongsi sebab rasa macam banyak, kongsi pun tak habis ko tau. Tak taulah sebab kenyang lagi ke tau panas sangat sampai makanan tak habis huhu…



Alamat : NO 93, Jalan lebuh chulia, Georgetown penang

Lepas makan kitaorang balik ke hotel untuk solat dan berehat sebentar untuk meneruskan aktiviti pada belah petang pulak.


STREET ART PENANG

Sebelum g street art tu kitaorang singgah kejap dekat Market Chowrasta untuk beli jeruk pak ali untuk mak abah, adik beradik dan mertua. Tak lupa souvenir untuk kawan-kawan kita jugak. Tak boleh beli banyak sebab tak add on luggage lagipun dah check in sesiap so terbatas untuk borong satu kedai hikhikhik..Selamat duit hahaha...

JERUK MADU PAK ALI
PINK LADIES ENTERPRISE (MARKET CHOWRASTA)

ALAMAT : 423 & 425, JALAN PENANG 10000 GEORGETOWN PENANG
WAKTU URUSNIAGA : ISNIN-KHAMIS ( 9.00 PG- 8.00 MALAM ) JUMAAT- AHAD
                                        ( 8.30 PG – 8.30 MALAM )
WAZE : JERUK MADU PAK ALI JALAN PENANG

Lepas tu baru pegi street art. Cuaca boleh tahan jugakla berkicap ketiak kita wak, tapi demi meneruskan misi gagah jugakla mencari mural-mural untuk bergambar. Mural dekat penang dia bukan duduk setempat kita kena pandai cari. Kalau ada peta senanglah mencari,lagipun jalan kaki wey tak daya nak pegi jauh. So mana ada tu jela dan tangkap gambar, janji ada sekeping dua keping jadilah nak…







MEE SOTONG HAMEED PATA

Untuk makan petang kitaorang nak cuba mee sotong pulak. Aku kalau mee ‘kureng’ sikit lagilah sambal sotong yang jenis kurita tu. Tapi mee sotong ni memang sedap gila wey~~ Tak tahulah resepi dia macamana tak sama macam mee goreng biasa tu, perah dengan limau lagi terangkat kesedapannya.

Yang buat mee tu sedap sambal sotong dia tu, lagi satu mee sotong mesti kena order dengan coconut shake baru boleh shake-shake u ollssss~



Alamat : NO 6, Kota Selera Padang Kota Lama (Medan Espelanade) ( pukul 8 malam tutup )

*seeloknya jangan datang lewat sebab kekadang belum pukul 8 malam mee sotong dah habis !


Oke itu sahaja itinerary untuk hari kedua, malam kitaorg tak keluar sebab perut kenyang di isi memacam sepanjang hari, so lepak sahaja di bilik mengemas apa yang patut untuk ready check out esok harinya.

KIRA- KIRA PERBELANJAAN :
Breakfast roti canai  transfer road (2 org) : RM16.00
Roti Telur Goyang (2 org) : RM8.00
Air : RM3.00
Tiket Penang Hill (2 org ) : RM20.00
Ice Kacang Lily (2 org) : RM24.00
Tiket Wonderfood Museum (2 org) : RM30.00
 Lunch Restoran Kapitan (2 org) : RM17.70
Shopping dekat Jeruk Madu Pak Ali : RM63.20
Mee Sotong Hameed Pata :RM 16.50
TOTAL = RM198.40


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

2 comments:

Eita Pengedar Shaklee Pontian Johor said... Click To Reply!

aduihhh bestnya makanan tu,jumpa entry ni time siang hari bulan ramadhan pulak tu..alahaiiii...

Siti Yang Menaip said... Click To Reply!

heheh CT duduk Penang 27 tahun tak penah pergi kedai Mee Hamed Pata tu. line sentiasa panjang so malas. penahla dah sampai =D

btw salam kenal. CT follow sini =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...