Terima Kasih Sudi Like

Saturday, January 25, 2014

Percutian Langkawi - Malibest Resort

www.tips-fb.com

Salam

Entry sebelum 


Balik dari island hoping kami terus check in dekat Malibest Resort. Hotel yang menepati ciri-ciri kami semua hihihi....Tapi rata-rata orang kat situ pun cakap Malibest Resort memang best. Dah selesai check in kami menuju ke bilik kami. 

Kemain jauh bilik kami, dengan bawak beg beratnya dengan sakit kakinya akibat island hoping tadi.Cramp tau kaki naik tangga kat Tasek Dayang Bunting tu, lepas tu naik tangga lagi ke bilik nasib baik tak tinggi sangat kalau tak aku tinggal je kaki kat bawah sebab tak larat bawak naik atas.

Hotel ni full dengan foreigner, rata-rata orang asing, orang Malaysia dua tiga kerat je. Sebab tu hotel ni fully booked je medang kalau ada kekosongan pun macam kamilah dapat hok hujung2 je. Yang menariknya pasal hotel ni sebab ada rumah atas pokok. hebakkkkk takkk??? 


Pintu bilik kitaorang, Teluk Nyiru, dekat hotel ni dia pakai nama pangkal Teluk


2 katil Queen




Siap ada bathtub

Overall okelah bilik besar, aircond sejuk, tekanan air boleh tahan kebersihan  tandas pun oke jerk. Ada peti ais kecik, ada ditunjukkan arah kiblat. cuma kalau korang nak iron kena request ye. Suis plug ada 4 termasuk bilik air tapi satu tak berfungsi.

Mari kita lawat kawasan sekitar.



Rumah atas pokok macam sesuai untuk yang couple, macam kitoarang ni ramai tak sesuai pulak


Petang-petang penduduk situ main bola pantai, tapi aku tengok ada je foreigner yang join main, meriah tau !



Nampak tak orang yang pakai baju hijau tu, aku rasa diaowang yang dipertanggungjawabkan menjaga kebersihan pantai ni.



Seriessss pantai Cenang ni cantik dan bersih berbanding pantai port dickson, kira keindahan masih terjagalah belum tercemar lagi. 


Kerusi tu kalau nak duduk kena bayar, RM10 tau mahalnyaaaaa duduk je pun bukan ada minuman,suratkhabar atau orang urut kaki huhuhuhu



Yang ni cafe diaowang kalau korang nak stay hotel ni, korang cari je signboard ni dari jalan mesti nampak.  Ia terletak betul-betul dekat Pantai Cenang.Nampak cafe baru nampak kaunter pendaftaran. Kalau tengok gaya hiasan cafe ni aku rasa macam tak halal je sebab cafe ni macam ala-ala hindustan hahaha...Waiter pun macam Indian je. Orang yang datang pun warga asing so memang takutlah nak makan. Tau tak sepanjang 3 hari 2 malam stay hotel ni cafe ni dokla pasang lagu bollywood je, Hoiii sedap tau lagunya rasa macam nak menari. Kuch-kuch hotai la, dil to pagal hai la Kabhi kushi Khabi Gam la layannnnnn kan je, dan dipahamkan Shah Rukhan pernah datang hotel ni, No wonderlahhh lagu bollywood je ke udara.

Harga untuk 3 hari 2 malam dekat Malibest Resort ni adalah RM400. Bahagi dengan 5 orang kami jadi sorang adalah RM80, tapi pihak hotel mintak deposit RM100 sorang baki RM20 akan dipulangkan bila check out nanti.

Kira-kira perbelanjaan :

Hotel 3 hari 2 malam : RM400/5 Orang = RM80

Aktiviti malam pulak kami terjah pasar malam ayer hangat ! next entry la yeeee ~

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

24 comments:

babYpose said... Click To Reply!

Salam, sukat malibest yg belah pantai tu bole dengar desiran ombak

dalila said... Click To Reply!

aritu nak stay cni..
tp full..frust tau..

mia izzati said... Click To Reply!

ehh cantikk pulok hotel dia..ala ala hawaii..

~N@N@~ said... Click To Reply!

perghh nk duduk pun kena byor rm10 hehee cm nie kena bawak tikar laa erk kikiki....

Julia Johari said... Click To Reply!

dik mila, cantik yer persekitaran malibest...waaaaaaaa menarik lah ada penginapan ats pokok...hehhehe

OKje said... Click To Reply!

Hujung tahun lepas gi langkawi tapi duk Helang, ni sebab redah jekan......tp kat Helang tu tak de Pantai so gi mandi kat area Chenang tu le...dekat dengan Water world...

Nory Zoulkefle said... Click To Reply!

wohooo best2...
ade bath tub lagii...
mesti ida suka ni...hehe

Suria Amanda said... Click To Reply!

Dah lama x pi Langkawi even pak cik akak ada je kat sana...

InaAchik said... Click To Reply!

mila... best tak malibest?
plan nk stay sana nanti bln 5

Mimie said... Click To Reply!

aiiii...nih yg xsbr nak gi langkawi nih...adehh

Unknown said... Click To Reply!

suka rumah atas pokok...wahh nk gi langkawiii !!

MissNadia said... Click To Reply!

cenang memang best.. N pun suka

::EIDA:: said... Click To Reply!

@Nory Zoulkefle


ida aim hotel ni dari dulu lagii. aim bilik atas pokok tu. siap aa nnti ida pergi ! HAHHAHA

licha said... Click To Reply!

alaa.. teringin nya nak pergi lagi.. hehe.. dah lama tak g langkawi

Lyaa Suriany said... Click To Reply!

Hi kak .lama tak terjah
seronok je tgk org blh cuti ramai ramai ni.

Nik said... Click To Reply!

cantik la.btol2 depan pantai.

NurulHuda Alias said... Click To Reply!

best gilerrr tgk...hehe

NM03 said... Click To Reply!

4 kali terjah langkawi, 4 kali jugak booking malibest tapi tak pernah kesampaian jugak bermalam kat situ. huhuhu....

Sheila Salim said... Click To Reply!

Assalamualaikum mila. wahh bestnya berjalan... thanks sharing info berguna. nanti boleh ke sini, in shaa Allah... hahahaa, thank mila. Nanti baby keluar, datang jenguk kita ehhh (",)

Noor Maizan said... Click To Reply!

pantai je bersih,kalau nak laut best.better PD kut. ada bnyk ketam,hikhik, siput pun mcm2 ,eheeee....air pun jernih dari langkawi.

Norma NML said... Click To Reply!

Rindunya nak ke Langkawi & stay kat Malibest..suka dgn suasana pantai cuma pandangan mata aje yg kurang oke..hehe

http://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/2011/01/langkawi-part-2-malibest-resort.html

Ann said... Click To Reply!

suke konsep yg atas pokok tu..tp memang penuh slalo, kene book awal2..

bersihnye pntai cenang, haritu p langkawi xsmpt jejak situ..Hohoh..

salam kenal:)

ibuveronza said... Click To Reply!

saya pernah stay kat sana, memang sangat enjoy dengan beach dia..
cantik bersih, luas..macam-macam aktiviti pantai boleh buat,

Unknown said... Click To Reply!

Tempat menarik Dan kawasan best. Penah stay disana sayang sekali servis agak lembab. Datang awl tapi masuk hampir pkl 3. Very bad....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...