Salam
Selamat Datang 2014
Ni adalah azam aku buat masa ni laaaaaa esok lusa tak tahu lagi, hanya nak tukar kereta baru sahaja. Yang lagi 4 tu wishlist 2013 yang masih belum tercapai so bawak kehadapan. Diharapnya azam tahun lepas dapatlah dimakbulkan tahun 2014 ni In Sha Allah dengan Izin-Nya..
Memandangkan zaman sekarang ni macam susah bebenor nak beli rumahnya, macam-macam dokumen yang diperlukan di tambah dengan harga rumah yang mahal, jika nak bandingkan dengan gaji aku yang ciput ni so aku memasang angan-angan untuk membeli kereta. Ye jangan cakap rugi beli kereta beli rumah dulu. tapi jangan risau aku dah kaji semua sudut. Sudut baik dan buruk sudah ku kaji. Kereta yang ada bukanlah tak bagus cuma kecil sahaja memandangkan sifat fizikal kami yang makin godang ini hahaha...*alasan sangat ko ni *
Rumah pun aku dah pikirkan, kita ni merancang je Allah S.W.T yang menentukan, sebelum ni bukan tak pernah aku memohon pembelian rumah, pernah tapi direject atas alasan ape entah lupa dah aku, tapi takpe aku cuba lagi tahun ni, doakan ye. Aku percaya kalau ada rezeki tak ke mana.
Yang gadget-gadget tu biasalah kan ? Konon taknak ketinggalan zaman puiiii....Nak beli boleh je tapi banyak benda lain yang lagi penting so biarlah jela jadi wishlist. Kot-kotlah ada rezeki terbeli tahun ni ko jangan tanya apa-apa tau diam je muahahaha...Aku rasa paling cantik adalah camera DSLR, walaupun skank orang bercerita pasa Go-Pro tapi bila kaji balik macam DSLR tetap dihati hihihihi...
Cahaya Mata bagi aku adalah sesuatu yang paling berharga, aku jarang bercakap pasal zuriat sebab bagi aku cahaya mata tidak ternilai harganya.Mungkin aku boleh beli benda lain aku mampu untuk memiliki sesuatu benda tapi yang 'satu' ni hanya Allah je tahu samaada aku boleh, mampu atau layak untuk memilikinya. Setiap insan yang berkahwin inginkan anak tapi sekiranya masih belum dikurniakan cahaya mata siapalah kita untuk mempersoalkannya, Kalaulah aku tahu tarikh aku mengandung sama macam tarikh aku kahwin hari tu tak payah susah-susah aku buat wishlist ye dak ? Apa-apa pun aku sentiasa berdoa pada Allah S.W.T sekiranya tahun 2014 masih bukan rezeki untuk aku memiliki seorang 'anak' Aku redha, mungkin ada kekurangan pada diri pada keluarga aku yang kena diperbaiki.
Wishlist yang last ni memg susah bagi aku, sebab tu aku letak paling bawah haha...sebab aku tau memang taklah dapat turun berat badannya oiiii...Kurang makan pun badan gemuk jugak, lemak sebati dah dalam badan takmo nak pergi langsung sayang sgt lemak dengan badan aku kan. Seksa tau tak nak cari baju Mencik !!!!.
Oke itu sahaja wishlist 2014 aku, semoga aku terus berusaha, bersemangat untuk melunaskan segala wishlist ni. Aaaaminnn. Doakan yang terbaik untuk kita ye awak-awak :)
10 comments:
yaya tiap masa tiap saat sentiasa doakan milooo. tak payah nak beli kereta sangattttt laaaaa. :P dah beli kannnn, aku tunggu esok lusa aku tungguuuuuuuuu. :))
InsyaAllah sama2 kita doakan moga dikurniakan zuriat yang soleh. wishlist jgk. ehehe
semoga trcapai wishlist mila..cpt2 bleh ank ye..amminn
insyaAllah sis. :) banyakkan berdoa ye.
Salam Tahun Baru dari bunda...
moga tercapailah impian mila semuanya amin....
Salam kenal, singgah kat sini.. :)
In shaa Allah akn tercapai wishlist mila tuh...
moga tercapai semua impian akak tu ye..
Assalamualaikum mila, semoga dipermudahkan urusan kamu. sheila sentiasa doakan kawan-kawan... Semoga dikurniakan zuriat yang comel-comel... (",)
Post a Comment