Terima Kasih Sudi Like

Monday, November 7, 2016

Pengaruh Iklan TV

www.tips-fb.com


Kebanyakan orang Malaysia ni memang suka makan, kiranya kita ni semua dikelilingi oleh makanan, jadi pepatah 'kerja untuk makan' 'hidup untuk makan' harus diguna pakai. Tak lupa juga mati sebab makan. Banyak kan makanan sekarang ni punca kita dapat penyakit.

Aku perasan pengaruh iklan dekat TV pasal makanan pun impaknya sangat besar, nampak macam tak kesah tak peduli tapi kadang-kadang terliur kan ? kan ? nak-nak time lapar suma rasa sedap, sat-sat tu jugak sanggup redah lautan api demi sebuah makanan haha....

Alaaaa...tak payah cakap orang lain aku sendiri pun mangsa pengaruh iklan, haha...boleh pulak terpengaruh tu, entah apa-apa. Contoh paling dekat di perut iklan KFC tu haaa..... Signaturenya adalah ayam, weiii ayam hari-hari boleh makan kot tapi dek kerana iklan KFC yang  perempuan makan ayam Cheezy Onion Crunch penuh ghairah tu aku terpedaya damn ! tak kuat iman betul.



Gigih ajak laki pergi makan. Dah kata suami tak boleh makan fastfood ni kena jaga makan tak boleh makan itu tak boleh makan ini tapi aku tetap nak bawak laki jugak, Kan dapat rezeki jadi kena berkongsi dengan suami. Sweet tak i kachingggg......

Not bad lah menu baru ni, sos dia sedap jugak masam-masam masin manis tapi kalau makan banyak-banyak muak pulak. Dah rasa dah so lepas ni jangan nak jakun sangat tengok iklan tu.

Eh korang dah cuba ke menu baru dari KFC tu ? 

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

8 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said... Click To Reply!

dh juga.oklah tp kedekut sgt sos nya.hahah

dorsett pink said... Click To Reply!

Saya pun terpengaruh gak ngn iklan tv - tapi iklan makanan jer lah especially pizza & ais krim baskin robin.. yyummmeh

mama tisya said... Click To Reply!

tk try sbb bc feedback rmi ckp muak hehe...pengaruh tv mmg berkesan nk2 kalo kita suka mkn2 kn tp tu la kdg2 iklan tv ni saje soh kita pi tp certain iklan tu kdg2 indah khabar dr rupa

Nadia Johari said... Click To Reply!

Dah pernah cuba..sos tak banyak..tak bubuh mcm iklan..haha

Reen Johari said... Click To Reply!

Dah.. 🙋 tapi untuk citarasa Reen, xsedap. Heh :D
Reen juga ada up entry ttg menu ni. Jemput baca

http://www.reenri.com

Noor Maizan said... Click To Reply!

Hhahaha, mai pun dah makan kfc ni. tp tulah, banyak2 nnt muak. Mai kalau ada makanan baru keluar akan cukuplah wajib merasa walaupun sekali nanti orang tanya boleh jawab 'aku dah rasa' hahahaha....

Sheila Salim said... Click To Reply!

Dah try, sedap tapi sikit sangat cheese dia kasi. Tak puas nak jilat jari2 ni hahahaha

adianiez AIDA said... Click To Reply!

Lom rasa la.
ari tu gi makan yg biasa aje.
anak ramai. So beli yg bucket aje tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...