Terima Kasih Sudi Like

Friday, November 11, 2016

Petua Nak Hilangkan Daki Pada Kolar Baju

www.tips-fb.com

Assalammualaikum

Rasa macam makcik-makcik sangat bila mana aku nak share satu petua dekat engkorang ni, sebab musabab nak share aku mengamalkan prinsip sharing is caring gitu.....tapi laki kalau sharing aku keluar taring hahaha....

Petua ni aku dapat dari mak mertua, dia yang ajar cara mudah dah cepat.....dan aku praktikkannya....Memang berkesan tau senang gila kerja aku tak payah susah-susah nak gosok nak berus jimat masa jimat tenaga muahaha...

Biasalah lelaki kan kadang-kadang berpeluh lepas tu berdaki dekat kolar baju. kalau t-shirt memang tak nampak tapi kemeja memang jelas kelihatan. macam laki aku kerja memang pakai kemeja. Budak-budak pun kadang-kadang baju sekolah tu berdaki dekat kolar kan ?

Ni petuanya.....guna sabun mandi yang saki baki tu, sabun ketul tau bukan yang liquid tu, kadang saki baki sabun tu jangan dibuang boleh tenyeh dekat kolar baju.Tenyeh tebal-tebal tapi pastikan sabun tu lembap  (macam berlendir)

Takyah rendam bagai baju tu masuk je sekali dengan baju yang lain dalam washing machine In Sha Allah daki akan hilang. Kalau ada yang tak kenal sabun ketul tu camne. Aku boleh tunjukkan haha...




Sumber encik google


Senang kerja kan, boleh goyang kaki je sambil tengok drama 'Awak Sangat Nakal' baju dah hilang daki eh..eh...Dulu jenuh aku rendam dulu bagi kotoran degil tu lembut sikit lepas tu berus lagi sampai keluar seketul muscle tau hebak tak ? Sekarang tak perlu dah aku boleh sayang dan pokpok lemak-lemak yang ada ni kahkah... Kalau yang senang yang mudah tu memang bagi je dekat aku. Dasar femalas sangat !

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

6 comments:

mama tisya said... Click To Reply!

pernah terbaca gk petua ni

nuyui a.k.a miss YUI said... Click To Reply!

mmg btol petua ni kak..

wahida said... Click To Reply!

la...baru tahu...selama ni jenuh duk sental sampai nak terkoyak kolar baju tu...grrrr...

ok ok faham dah...tq tau share petua ni...berguna sangat!

Amin Hakim said... Click To Reply!

Bagus petua nie.. boleh suruh isteri buat nie

Noor Maizan said... Click To Reply!

Berguna sangat, bukan daki je, stain lain mcm darah pun boleh guna teknik ni...

Reen Johari said... Click To Reply!

Tips yang memudahkan para isteri! Nasib bek hubby jarang guna baju kmeja yang warna leh nampak daki. Kalau ada pun, seminggu sekali..

Kes gini, reen hanya sental sikit pastu masuk mesin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...