Terima Kasih Sudi Like

Tuesday, August 7, 2012

zakat dah pun dibayar ^_____^

www.tips-fb.com

 Zakat adalah satu daripada Rukun Islam yang lima. Zakat diertikan sebagai tumbuh dan bertambah. Ianya juga bererti berkat,bersih,suci,subur dan berkembang maju.

DALIL WAJIB MENGELUARKAN ZAKAT
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kamu kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat."
(Surah An-Nur : 56)
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Ambillah zakat dari harta mereka yang berada bagi membersihkan diri dan harta mereka dan doakan mereka setelah menerimanya."
(Surah At-Taubah : 103)
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Dan di dalam harta benda mereka ada hak untuk yang meminta dan orang yang tidak memperolehi belanja hidupnya."
(Surah Adz-Dzariat : 19)

Dari ayat-ayat di atas amat jelas tentang kewajipan berzakat dan sesiapa yang mengingkari atau meragui kefardhuannya maka ianya terkeluar dari agama islam. Sejarah telah membuktikan bahawa Khalifah Abu Bakar telah memerangi orang-orang yang mengingkari membayar zakat. Mereka yang kaya dan berada juga harus menyedari bahawa wujudnya hak orang-orang fakir dan miskin di dalam harta yang mereka miliki.

Tahun ni tahun pertama zakat aku dibayar oleh Encik Suami.Eh, dah bersuami rupanya aku ingatkan masih single hoHoho -.='  Di Kuala Lumpur zakat yang dikenakan bagi setiap orang adalah RM 7.00. Before ni abg aku yang bayar memandangkan aku dengan dia duduk dan bekerja di Kuala Lumpur.Walaupun aku dah bekerja tapi seorang abang yang bertanggungjawab haruslah bayar zakat untuk adiknya ye dak ? baru macho muahaha. Korang dah bayar ke belum ^____________* ?


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

2 comments:

Nora Karim said... Click To Reply!

wah... dah merasa la en suami bayarkan zakat.. alhamdulillah... :D

Unknown said... Click To Reply!

esok baru nk bayaq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...