Terima Kasih Sudi Like

Monday, November 21, 2016

Rindu makan bersuap dari mak

www.tips-fb.com

Assalammualaikum

Bila aku baca entry Nory yang abah Iqy suap Iqy makan tempoyak, tiba-tiba aku teringat kisah dulu-dulu, mula lah nak throwback balik tetiba rindu haha...  Dulu mak selalu suap kami makan 4 beradik, masa tu adik lelaki aku tak wujud lagi lepas 10 tahun baru dia muncul. Barulah ramadhan berlima hahaaha...suka hati je guna tajuk cerita.

Biasalah bebudak ni bila dah main memang tak ingat makan, selagi tak besuap selagi tu tak makan. jadi mak aku nak bagi anak-anak makan kena suapkan. Yang aku rasa lawak bila teringat balik tu, sebab kalau suap tu kena ikut turn, macam along keluar dulu dari dalam perut so dia kena first makan lepas tu aku, angah , lepas tu kak uda, kak chik yang last.

Gigih sangat time tu sabar tunggu turn tau haha..lps tu makan nak penuh satu mulut. nak pilih lauk nak lauk tu taknak lauk ni.siap kena beratur ni nak kena suap. Mak pun layan je anak-anak dia.Masa tu mak aku dah jadi surirumah dah. Bila nasi dah nak habis mak akan tanya nak lagi tak? semua ckp nakkkkk...Sedap agaknya bila mak masak mak suapkan. Haishhhh rindunya time mak suap. Pernah dengar tak ? Masakan ibu adalah masakan paling sedap di dunia. Aku mengaku tu sebab walau telur goreng dengan kicap tetap sedap bila mak suapkan.

Seingat aku last mak suapkan sebelum aku bergelar isteri. Tapi aku suruh mak suapkan time tu konon-konon utk kali terakhir bergelar bujang lah.Sambil duk bersimpuh bergurau lah cakap.

"Mak, lepas ni tak dapatlah makan bersuap sebab dah kawin dah! jadi angah suruh suami angah pulak suap eh! haahha...*gatai....

Bukan setakat mak je yang suap abah pun pernah suapkan kitaorang. Oh, baru aku terasa abah i'ollss ni sweet jugak haha..Walaupun abah berkerja cari duit untuk kami tapi tetap ada masa untuk anak-anak. Solat jemaah sama-sama bestnyaaaa....

Makan bersuap ni aku rasa elok jugak kita terapkan , sebab hubungan adik-beradik tu jadi rapat sebab tu sekarang ni even masing-masing dah berkeluarga tetap berhubung. Siap ada group whatsapps Ahmad's family.

Bila teringat mak suapkan makan kami adik-beradik aku jadi sebak pulak sebab kalau dulu mak dengan abah boleh suapkan makanan untuk anak-anak dia,aku harap aku jugak boleh suapkan makanan untuk mak abah aku nanti. Syukur alhamdulillah Allah S.W.T sentiasa berikan kesihatan yang baik untuk mak abah.masih boleh makan macam-macam masih suka makan. Suka tengok diaowang makan.


Nila Ahmad's family, Yang tengah berdiri tu along, angah (aku ) belah kanan, uda belah kiri, kak chik kat tengah-tengah antara mak abah, tepi mak tu adik bongsu aku. Ni gambar masa sambutan hari jadi kak cik. boleh baca entry ni    3 dah berkahwin 2 orang masih bujang, baru ada dua cucu lelaki hehe...

Banyak lagi kenangan masih kecik-kecik dulu kami adik beradik, kalau time baik tu baik je, kalau dah gaduh mulut tu semua keluar sape kalah menangislah jawabnya haha.... Rindu kenangan macam tu. okela nanti aku cerita lagi kalau ada yang  teringat. Aku nak p cakap kat mak aku ni, nak mintak suapkan makanan rinduuuuuuu hihi...


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

17 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said... Click To Reply!

bila mak suap, feel dia lain skt kan kak..hehhe.

Adam said... Click To Reply!

Cerita awk tentang bersuap tu saya dah baca.

along cantik, angah memang cantik, uda lawar, kak chik cantik, mak cantik, abah handsome, adik bongsu cantik.

Norma NML said... Click To Reply!

sama la..indahnya memori masa tu....skrg terapkan kata anak pula ;)

Nadia Johari said... Click To Reply!

hahha..memang best makan bersuap..menag macm tu la, unggu turn nak makan, takut lauk habis

wahida said... Click To Reply!

adik i yang dah ada anak tu pun sampai sekarang kalau balik kampung pun masih mintak mak suapkan lagi tau...hehe...

Adam said... Click To Reply!

Mila,

Saya berpeluang berjalan ke sana, itu yg saya pergi. Kalau tak ada peluang, nampaknya memerap je lah kat shah alam ni.

Saya tau, menjadi idteri lebih teruk dari suami. Dah lah mengandung dan bersalin satu perkara yg teruk jugak.

Isteri ni sebenarnhya membuat tugas multi tasking dan mila pernah lalui nya.

Salam blogging.

(YG NI, TADI SAYA SEND DARI BLOG SAYA TAPI NAMPAK MACM TAK PERGI JE)

Nory Zoulkefle said... Click To Reply!

nory dulu masa kekecik pon macam tu, mak abah suapkan...sekrang dah ada anak, abah Iqy yang suap anak bini dia..dengan harapan kitorang dengar cakap dia, jangan melawan..Iqy kan ikut mama dia, degil takmo dengar kata kadang2 tu...hahahahahah

Noor Maizan said... Click To Reply!

Rindunya makan bersuap, selain mama, nenek pun selalu suap kitorang adik beradik. Makan nasik panas2, dengan telor mata, letak kicap and sos, berebut mcm ikan piranha masing2...

Sha Mohamed said... Click To Reply!

Best kan masakan ibu..
Akak pun memang suapkan anak makan..

Orked said... Click To Reply!

alolo.. tu la.. bile dah kawen, lagi pulak dah x tinggal sekali, macam2 rindu.

klw x tu, ade je nak bertekak, sorok towel la, berebot remote la hape (adik beradik sya la. hehe) bile masing2 ade fmly, rindu gile pulak. pdhl dlu mase gadoh, rase nak starlight je kepale sorang2 , hahahahahahahahahahaha

PCL said... Click To Reply!

senyum baca sebab pcl kekadang masih suapkan anak2 dara pcl walau yg sulung dah 19 yrs.. "rupanya anak2 masih suka makan bersuap walau dah besar".. kan

Amin Hakim said... Click To Reply!

Sekarang nie saya pulak suapkan anak.. rasa syok sangat tengok dia makan hasil dari suapan kita..

Reen said... Click To Reply!

Bila Mila cerita tentang suapan mak.. Reen pun automatik mengimbas kembali kenangan ibu suapkan kami adik beradik.

Setuju gn Mila.. Walaupun masakan simple, tetap sedap!

adianiez AIDA said... Click To Reply!

Sweet nyer stori.
nice reading it.
mkn bersuap memang sedap.
lauk mak. Mak suap :-)
Now aida suap anak2 plak. Letih !!!
3 pinggab nyuap diorang :-)

Hsna Rahman said... Click To Reply!

tetiba terthrowback sama kenangan dolu2.. bestnya kan

p/s:suka tgk potret family ramai2 yg last tu....moga bahagia terus melimpah ruah dlm family akak, Insyaallah

atiehilmi.com said... Click To Reply!

hee~ makan bersuap !!! okay.. baca entri nih rindu kat mak !!

Julia Johari said... Click To Reply!

Sama mcm abam Qi suka akak suapkan makanan dekat dia hehehe...mmg air tgn mak ni lain macam sedap kan...berselera je makan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...