Assalammualaikum
Ye, aku memang takut goreng ikan keli pun, jangan nak gelak sangat eh ! Cepuk kang haha...Ikan Keli Goreng memang kegemaran aku. Tapi kalau masak lemak cili padi lagi aku suka nau..nau...masalahnya aku takut goreng ikan keli sebab letop..letop..
Ah ! mesti engkorang cakap mengade sangat letop letop minyak tu biasalah. tapi tak bagi aku, aku tak biasa sebab letop dia tu boleh buat aku lemah jantung. Silap-silap boleh meninggal tau. Aku ni spesis mudah terperanjat tapi bukan spesis terperanjat dan termelatah. Cuma mudah terperanjat je tu tak suka tengok cete hantu, padahal takde lah penakut sangat cuma mudah terperanjat dan lemah semangat je. Samalah kes goreng ikan keli ni, Nampak tak kaitan cerita hantu dengan goreng ikan keli aku cuba related kan kah...kah..kah...
Pernah tau satu hari tu. abah aku nak makan ikan keli goreng, jadi mak aku suruh aku yang masak, heiii mak kita ni pun, tak tahu ke aku ni takut goreng ikan keli.
"Mak, angah taknaklah goreng ikan keli, nanti dia letop-letop angah terperanjat"
Ingat bila cakap macam tu ko ingat mak aku nak dengar lah kan, idaknya... mak aku saiko aku balik tau. Mak aku cakap cam ni.
"Awak masaklah tak kesian ke kat abah dia teringin nak tengok ananknya masak siapkan makanan tuk dia, jangan nanti bila abah dah tak sihat dah tak boleh makan awak baru hegeh-hegeh nak masakkan."
Saiko gila mak aku ni, makan dalam tau. Aku pun bila teringat abah aku tu tak sihat sebaklah, walau aku takut nak goreng ikan keli demi abah aku pasrah goreng. oh, anak mithali sangat aku rasa.
Goreng ikan keli ni aku rasa macam pergi berperang tau kahkahkah.... Aku masukkan ikan keli tu dalam kuali aku duduk jauh sebatu takut terpercik minyak.pastu aku guna tudung periuk paling besar yg mak aku ada jadikan perisai supaya minyak ikan tu tak meletop kena aku.
Abah aku tengok aku dia gelak besar tau sambil cakap
"Abah tak pernah dengar lagi ada orang mati goreng ikan keli, tula budak bandar sekarang.Kalau tak ajar dari kecik macam nila".Sambung gelak lagi......
Aku dah buat muka 14 sen, malas layan Eh, eh abah kita ni saja je tau mencik!!!!. Tapi bila pikir balik ada betul jugak memanglah dulu membesar kat bandar jarang makan ikan keli aku pun tak pernah tengok mak aku masak. Bila dah duduk kampung ikan keli senang dapat banyak orang bela kan. Tangkap sendiri dekat kolam,murah pun murah Kalau kat bandar nampak dekat pasaraya. kalau nak makan ikan keli pergi kedai makan je.
Sepanjang aku kawin pun aku tak pernah lagi goreng ikan keli dekat rumah sendiri sebabnya suami aku jarang makan nasi dan lauk. Kalau ada pun menu ayam je,
Ada orang tua-tua cakap yang letop-letop tu lemak ikan, jadi toskan betul-betul ikan jangan ada air. Ada tu letak tepung pada ikan untuk kurangkan letop.Aku pun tak tahu sebab tak pernah cuba pun. Yang pasti nak matikan ikan keli kena matikan dengan garam hehe..ikan keli kalah dengan air masin abah aku cakap.
Perghhhh sedapnya aku tengok gambar ni, credit to rasapizza.blogspot.com untuk gambar ikan keli masak lemak cili padi
Korang ada petua apa-apa untuk dikongsi supaya ikan keli bila digoreng tak meletop???Meh share dengan aku...
15 comments:
tu la mkn sedap ikan keli tp meletop222 bila goreng...tp slalunye kena kecikkn api...kurang skit meletop...xperng masak lemak ikan keli slalunye goren saje or wat ikan keli berlado
haha cara mak yui,
goreng pastu buh penutup. agak brpe minit buka dan tgk..ekeke. xpun guna penutup yg boleh nampak tu.
biasa letak tepung jagung untuk elak meletopp atau melekat..ikan keli ni leceh sikit..licin btul nak prosesnya..hehe
Assalamualaikum mila. Hahaha sepesen rupanya kita. Siap berperisai bagai. Ahahahhaa sama la. Sheila selalu masak keli goreng, sedap tapi tulah... bab letop2 asyik melatah aje. Skrg ni kurang sikit sebab goreng guna periuk ajaib hahaha selamat sudah ;))
even mak mai pun goreng tutup pastu lari sampai skrg, hahaha. Mai lagi la tak pernah goreng ikan keli ni. tapi fav... sedap bakar :P
ida nye style goreng ikan keli cm ni, masa minyak tengah panas tu, masukkan dua tiga asam keping, biarkan jap baru masukkan ikan keli tuk goreng.. xkan meletop punya! hehehhee
i tak pernah masak ikan keli...sbb i tak mkn ikan keli...walaupun hubby dan anak2 suka ikan keli ni, tapi disebabkan i tak makan, kalau dorang teringin ikan keli sila makan kat kedai...hahaha...kejam tak..
Kenapa simpan blog yg tak aktif.
kita pun takut masak ikan keli..meletup2 wak..hahaa
Reen xpernah goreng ikan keli.. Mueheheee selama berkahwin xpernah masak ikan keli. Sblum kahwin lg lah xpernah masak hahaha
Sedapnya tengok gambar hasil masakan Ikan Keli dia..... terliur pulak Yani.
Hahaha.. samalah kita.. nak menggoreng ikan keli macam nak berperang.. siap pakai perisai.. hehehe
Aida skang air fry je ikan keli.
legaaaaa...
xde la tragedi terkejut dek letupan nyer :-)
Abah aida x mkn juga ikan keli.
mak aida x pernah masak.
kami blaja makan time kat Uni.
Good idea :-)
Post a Comment