Terima Kasih Sudi Like

Friday, June 14, 2013

Percutian Singkat sebagai Hadiah Anniversary

www.tips-fb.com

Salam

Sepatutnya cerita ni aku buat sebelum Anniversary lagi, tapi biasalah guna ayat klise yang tuan empunya blog ni tersangatlah malas nak up entry, dia ikut mood kadang rajin kadang malas tapi banyak malas dari rajin. oke fine aku pasrah -.='. 

Cop.cop sebelum pape lagi aku nak cakap mana-mana terasa nak muntah hijau atau geli-geli baca entry Anniversary ni boleh tekan butang pangkah atas sekali tu. Aku bagitau kot xjumpa rabun kan hehe...

Hari tu cuti Wesak, 3 hari cutikan, masa nilah ambil peluang balik kampung cuti lama kan ? tapi kitaorang tak balik sebab dalam bulan tu dah 2 3 kali balik kampung so Wesak kitaorang decide berkampung kat KL sahaja.

Gila dekat kami bercuti area KL je wey tapi rasa macam jauh sebab environmentnya macam kau rasa  kau berada dekat oversea gitu.

img_8852-gal

Anggun Boutique Hotel pilihan kami, kenapa kami pilih sebab kami saja je nak pilih boleh ? haha....Jangan tak tau u olsss walaupun hotel ni terletak di kawasan yang padat lagi mampat tapi suasana dan dekorasi hotel ni tak macam pun kat bandar tau rasa macam ko berada di Kepulauan Sulu, ko pernah sampai ? Aku tak pernah jugak tapi main bedal je cakap.


Ruang Lobby


Sebelum menuju ke bilik kami kena lalu bahagian ni, cantik kan u olsss

Lepas setel check in bagai kitaorang masuk bilik, heiiiiiiiii terkejut gila-gila beruk tau bila tengok katil ada angsa-angsa. Pengsan 14 minit. Macam dapat hidu semacam jerk Anniversary kitaorang 1 minggu lagi. Hadiah Anniversary in advanced la cam gini.



Angsa bercium kihkihkih...
Bilik yang kitaorang booking tu jenis Anggun Suite. One queen bersaiz katil empat-tiang jati. Lantai kayu. Suite-suite ini mempunyai balkoni dengan pemandangan pokok-pokok yang berusia lebih 80 tahun. Sebijik macam ala-ala kampung. Kampung kat bandar beb, hebakkkkkk


Siap ada balcony


Lagi hebakkk bila ko nak online, ko boleh online terus guna TV bapak besarnye pon gila tak gila lah. Keyboard tetikus suma boleh guna dari jarak jauh ( wireless ) tapi takdelah jauh sampai bilik sebelah er. Harap maklum !kuikuikui  ko boleh je nak lending atas katil sambil online FB takpun nak main Candy Crush macam laki aku buat ~





Bilik air boleh tahan luaslah, sinki tu tak tahan macam mangkuk ada ikan je aku tengok kihkihkihkih...Kalau masuk bilik air aku tengok ada kepala paip tak kalau ada cun sebab masa aku pergi hotel kat Cherating takde paip, sumpah seranah dah aku...


Like a boss, kohkohkoh *alamak tertiru ayat yaya la pulak ! *

Sesekali feeling macam ni kan best barulah heaven kata koO~ dulu masa single mingle mana ada peluang nak cenggini, ni bila dah ada tiket halal dan sah baru rasa hidup tu lebih bermakna bersama suami tercinta ahakkkksss~ cinta sangat, intan payung mak limah kangkung :p




Pagi-pagi lagi gigih bangun semata-mata nak breakfast kat Bubu Rooftop Restoran. Apa yang specialnya kat sini, restoran ni atas sekali dalam hotel ni. Sebab apa dipanggil Bubu Rooftop, sebab bubu tergantung atas kepala korang pastu Rooftop tu sebab dekat atas bumbung hihi...Makanan pun not badlah, tak mahal tak murah standardlah kan Hotel 4 bintang kot

Aku order Chicken Porridge with Condiments, laki aku order American Breakfast. Lepas breakfast balik bilik kemas-kemas pukul 11.45 a.m kami check out.


Walaupun percutian ni singkat tapi sangat best sebab aku menghabiskan masa bersama suami, yelah dah penat-penat keje bila dapat bercuti macam ni perghhhhh manyak syokkkk ooooo...

Details mengenai hotel ni korang boleh tengok website mereka :-



Direction untuk memudahkan korang pergi hotel ni, heiiii dekat sangat tau kalau nak pergi Time Square, jalan kaki je dah sampai. Aku dengan laki aku sempat malam pertama sampai tu siap tengok movie Fast Furious 6 lagi, gigih tak gigihla haha...

Ni alamat hotel ni:-

7 & 9, Tengkat Tong Shin, Bukit Bintang, 
50200 Kuala Lumpur, Malaysia. 
email : reservations@anggunkl.com

Sebenarnya nak diikutkan banyak sangat tempat-tempat percutian untuk honeymoon ke untuk bercuti atau nak buat family day,kalau ada diantara korang yang tercari-cari untuk pakej-pakej tersebut, korang pergi http://www.sota.travel, kat website tu bukan sahaja pakej percutian tapi siap pengangkutan, hotel aktiviti sekali haaaaaa senang kan xpayah nak pening-pening pikir mane nak cari, satu website boleh combined semua. senang bukan ? semua setel.




♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

16 comments:

Masya said... Click To Reply!

hohohoho... pg sini jugak, sama2 dgn yaya ker???

nur aya said... Click To Reply!

KAK .. AYA PERNAH TGK TEMPAT NIE .. TAPI DARI LUAR JE LAHH .. BERAPE 1 MALAM KAK ? MMG KAWASAN DIA MCM SUASANA KAMPUNG KAN ..

Unknown said... Click To Reply!

oke mcm nk gi bila dh kawen ngeee ;p

m said... Click To Reply!

nampak cantik tempat ni:)

INNANIE ARIFFIN said... Click To Reply!

kak mila seronoknya bercuti!! walaupun dekat, tapi feeling dia tu best kan. tak bazir masa sangat nak pi. simple tp perfect!!! jeles kita...

ohh lupa HAPPY ANNIVERSARY kakak!!! kirim salam abg mcdee :)

Kekzamanis said... Click To Reply!

Wow! serius lawa hotel ni Mila.. Syoknya berhoneymoon ye.. =)

Nik said... Click To Reply!

wah..seronok la. besar tempat nyer. cuti dengan hubby, mana2 tempat pun best..ehe

Elie Lily said... Click To Reply!

woah! seronoknya! lama tak pergi bercuti nih! hhiihi

Mimie said... Click To Reply!

mcm pernah kulihat tpt nih tp di mana ye

::EIDA:: said... Click To Reply!

bestnyeee milo. masa bersama suami itu pening koO ~ ;p

nuha ahmad said... Click To Reply!

sampai hati tak ajak kan.
*eh ape kejadah aku nak nyemak kan hahaha

Lan Careno said... Click To Reply!

Ehhh.. brapa rate situ... mohon share info skit... tibe2 gedik nak g bercuti situ.

Unknown said... Click To Reply!

Selamat ulang tahun perkahwinan..semoga terus berbahagia hngge ke jannah.
vouge2 selalu.. :)

nadia farahida said... Click To Reply!

ehh ehhhh
nape hotel kita samaaaa :P

PinKy MoMMa said... Click To Reply!

cweetnyer couple ni..akak jeles tau hehehe..siap ada angsa kiss tu yg menambahkan mood romantika d'amor tu kan ;)

OKje said... Click To Reply!

Memang manyak syokk tu Mila walaupun mcm dekat kepulauan Sulu... Hehe
Ada peluang jalan je.... Sok dah ada anak tak dapek dah ni berduo duo hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...