Terima Kasih Sudi Like

Friday, June 21, 2013

Handbag baru lagi

www.tips-fb.com

Salam

Ye handbag baru lagi ! Jangan nak pelik sangatlah kan, biasalah wanita dengan beg tangan tu memang sejak dari azali tak boleh berenggang, mana-mana je mesti berkepit. Kawan sejati kata kOoo~

Konon kemain cakap takde duitlah, bulan ni lari budgetlah nak beli handbag baru, tup-tup ko lebih over dari kak ton kan ? Ada rezeki lebih, dapat duit terpijak or tercampak, maka aku terbelilah handbag baru. Haha tak boleh blah ayat aku 'terbeli'. Last aku beli handbag bulan Disember 2012, maknanya dah 6 bulan tak beli handbag baru, so takpela kan boleh jela beli handbag baru kihkihkih.



Again and again, Polo memang menjadi design kesukaan aku, tak tahulah kenapa sebab aku rasa dia tegap kot. Tapi kalau ko bawak handbag ko isi sampai 20kg memang handbag yang berjenama mahal macam LV tu  pun boleh putus talinya. 

Aku jenis kalau handbag berjenama ni aku tunggu sale tapi kalau saja-saja nak beli memang taklah kan, baik aku belanja laki aku 4 hari 4 malam dari beli handbag berjenama ni haaaa. Harga kalau takde less memang tercekik halkum ko tengok. Aku sendiri tak mampu ! Surender siap-siap tapi memandangkan ada sale sampai 70% takkan ko nak jeling-jeling je kan, mestilah ko terbeli, nampak ? nampak ? ayat 'terbeli' tu.



Ni handbag ke empat dari jenama kesukaan aku iaitu POLO, nak tengok yang lain boleh terjah entry ni. Haaa tetiba aku suka warna pink, lagipun takde lagi warna handbag yang terang-terang ni biasa coklat, hitam tu jelah so boringggggg kennnn~ Lagipun nak guna untuk ke pejabat kalau pergi kenduri takpela pakai terang-terang.

Bila tunjuk kat laki aku,  ' aku tanya, cantik tak bang' ? dia senyum jerk tak tahulah dia pikir ape, nasiblah kan abang dapat isteri macam saya kan ? kan ? duit tak banyak tapi nafsu shopping tu kalah macam orang gaji 40 juta damn ! -.='

talk to my hand : Menghitung detik, waktu dan ketika tik tok tik tok....







♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

14 comments:

Masya said... Click To Reply!

tahniah kerana terbeli hihihihi ....

::EIDA:: said... Click To Reply!

POLO mmg sale... hari tu ida g sogo ngn along cari hntrn kawen die. along beli gak handbeg polo.. lawa giler........................... lepas sale pun 2rat, tercekik halkum ida, mila oiiiiii

nuha ahmad said... Click To Reply!

yelahh aku yang teman ko gi beli sampai duduk duduk kat lantai tunggu ko pilih handbag hehehe

Hafiz Hafizol said... Click To Reply!

nk beg baru jugak #eh

Nory Zoulkefle said... Click To Reply!

amboiiii beg baruu...
cantekkk nya...
boleh bawak pi krabi...hehe

Sheila Salim said... Click To Reply!

Assalamualaikum mila. cantik beg. heee :)

Mysara Ab Rahman said... Click To Reply!

wah..cantik la sis! byasenyer kte org pmpuan ni nafsu mmbeli kuat sgt! hehe

Mimie said... Click To Reply!

cantiknyeee handbag baru nih....nak nak ade kaler pink....i is jeles

INNANIE ARIFFIN said... Click To Reply!

nak beg baru satu!

Unknown said... Click To Reply!

Cantik handbag! firda suka warna tu =)

cydayf said... Click To Reply!

adeh.. ayat terbeli tu xblh blaa.. :D ktepun suka polo.. tapi kasut je laa.. heheh :)

Puteri Iqa Izyan said... Click To Reply!

wahhhh cantikkkk! :D

tp kalau iqa, mmg tak minat handbag. tengok suke. tp nak beli tu tak. hehehe

Amaliena Ros said... Click To Reply!

wah cantik2..alyn pun lama dah tak beli handbag ni..

ieza ashaari said... Click To Reply!

za xsuka bw handbag.. menci ! now, terpaksa. sbb kn jd ladies2 sgt.. :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...