Salam
Jangan pelik tetiba aku muncul ye, sekarang gigih nak abeskan entry pasal Krabi sebab ada percutian lain bakal menanti heeee~
Imbas kembali entry hari pertama di Krabi
Hari ke dua - 23 Jun 2013
Hari kedua kitaorang buat aktiviti air, jam 7.00 pagi dah turun ke lobi utk breakfast sebab pukul 8.00 pagi dah nak gerak ke Noppharatara Beach naik tuk tuk dari Aonang Orchid Resort *dalam pakej Phi-Phi Island disediakan *
Di ingatkan sebelum buat aktiviti di pagi hari, pastikan korang breakfast dulu dekat hotel. Add on siap-siap sebab kalau tak confirm takkan sempat nak breakfast dekat kedai luar.
Sebelum nak buat aktiviti update IG dulu kihkihkih.... |
Tepat jam 8.00 pagi tuk tuk datang amek kitaorang dan terus pergi ke Noppharata Beach. Dekat situ akan ada speedboat yang ambil kami untuk pergi ke Phi-Phi Island. Sementara tunggu speedboat datang kami pun apa lagi berposing sakan sampai lebam ni, tak hirau pun org tengok fedulikkkk janji kami happy.
Muka memasing yang nak pergi main air
yihaaaaaaa
Yang perempuan boleh tahan jugak mane nak kalahhhhh, agak lompat tirus tu boleh tinggi gamaknyaaaa
1st kami di bawa ke Bamboo Island perjalanan pergi sana lebih kurang 45 minit. Kemain laju speedboat tu bila langgar ombak besar macam nak terbang aku rasa, berdebar² tapi cool je siap pakai spec hitam lagi.Kena pakai walaupun tak panas dalam boat tu sebab senang nak mentido orang tak nampak hikhikhik....
Ada peristiwa time sebelum sampai Bamboo Island ni, aku baru nak terlelap tiba² dengar macam buah jatuh kot teanjat gegurl rupa-rupanya ada seorang laki dia mabuk laut dan terus muntah kecian bininya abes kena muntah suaminya tu takpe tahan lagi ni dengan aku aku sekali terkena percikan muntah dia -.='. Takpe dimaafkan nak buat macam mane dah mabuk laut kan. Sek baik aku tak mabuk laut kalau tak aku muntahkan balik kat dia hahahaha jahatttttttnya aku !
Sampai Bamboo Island kitaorang cuma mandi-manda sambil snorkeling je, Takde apa-apa pun cuma laut very the cantik u olsssss 1 jam dekat sini.
Muka aku masam mencuka tahan panas, baru 1 jam dah hitam melekut kulit -.='
Next destination pergi Phi Phi lay, dekat sana ada Viking Cave tak boleh turun cuma ambil gambar dari atas bot je, Heiiii ya Allah cantiknya pemandangan.
Subhanallah, air laut biru kehijauan tuuuu~
Kemudian pergi Phi Phi Lagoon, mandi lagi nama pun aktiviti air mesti mandi je setiap masa. Sepatutnya kitaorang pergi Maya Bay tapi terpaksa batal sebab ombak besar sangat tu yang digantikan ke Phi Phi Lagoon tapi cantik jugak dkt situ.
Jangan tak tau dekat sinilah aku lemas kehkehkeh~ Bodoh tau tak tahu berenang tapi nak berenang kan dah lemas. Nasib Baik takde pape. Ceritanya macam ni, orang lain semua dah terjun tinggal aku dengan Yaya adalah 2 3 orang lagi je yang belum terjun, nak terjun tapi takut-takut sekali guide tour suruh aku 'jump' 'jump' gelabahlah aku tu, aku pun terjunlah sekali kau amek tenggelam kot hampir separuh baju jaket pun tak dapat tampung berat aku dah macam nak lemas aku rasa aku capai tali dengan orang depan aku, nak nangis pun ada, laki aku masa tu mane ntah tengah syok berenang agaknya, biar je aku terkontang kanting nasib baik ada Syafik dengan Yaya tolong imbangkan badan. Wuuuuaarrrgggggghhhhh bila tak pijak dasar aku rasa gelabah gila tu yang boleh lemas tu 10-15 minit dah oke sikit tapi masih takut, aku tak berani nak pergi jauh so mengekor jela kawan-kawan pergi mana.
Muka orang lemas tu tapi berlagak cool, ini semua poyooooo~
Ni dah oke sikit bolehla nak posing haha...
Dah puas mandi perut dah bunyi rentak Zapin Melayu, jom kita lunch ! makan tengahari termasuk dalam pakej ea. Kitaorang makan dekat Phi Phi Don, jangan risau makanan ni HALAL area situ jugak ada jual souvenir, disebabkan tak dapat pergi Maya Bay jadi kami beli FM Maya Bay sahaja.
|
FM Maya Bay 60THB
Dah macam pasukan bola sepak aku tengok gambar ni
Aktiviti terakhir adalah snorkeling di Shark Point ( Hin Pae ), nama je Shark tapi takde jerung , kalau bertuah jumpalah tapi confirm² kau mati dekat situ huhuhuhuh...Kat sini ombak kuat, aku dah lemas² tadi pun turun jugak berani kan ? dalam takut-takut pun ku gagahkan jua sebab kawan ^_____^
Sejuk mata memandang cantik giler walaupun ombak agak besar !
Time dekat sini memang aku pegang tangan kawan memang tak lepas takutnya jangan cakap berapa kali tertelan air masin, nak nangis dah tapi tak nak naik hahaha...gigih Zul dengan Nory stabilkan aku, dalam air kalau rasa gelabah nak lemas jangan cakap diam je supaya air tak masuk mulut, tapi tau jelah aku lagi nak lemas lagi mulut tu membebel mana tak masuk air hahaha...TQ tau korang tolong kita yang nak lemas ni hahaha....
Balik tu da sampai pantai jangan lupa beli frame gambar korang tau. ada macam meja jual2 frame tengoklah kot-kot muka korang ada.
masam gila orang dalam gambar ni, gaduh ke apa haha....
Beginilah jadinya kalau gambar candid hasilnya muka aku masam mencuka huhuhu...ni tengah fokus tengok hp tu yang gitu je...lain kali korang jalan pimpin tangan baru sweet ^______^ Frame ni kitaorang bayar guna duit Malaysia RM 10.00 je.
Total perbelanjaan :
FM Maya Bay 60THB convert duit M'sia = RM6.30
Frame Phi Phi Island = RM10.00
TOTAL = RM 16.30
8 comments:
haaaa milaaaaa .. kat situ mila lemas ehh. ida tak tahu pun. kalau ida tahu mila gugup, ida duk dekat ngan milaaa jeww... next time k. ehhh? next time? hahahha..
ida tahu mila nak g maneee.. kuikuikuii
bestnyer dapat gi krabi...teringin gak nak pergi tp tunggu anak2 besar dulu...
finallyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy ;))
Bestnya teringin nk pegi..sy yg duduk kedah pun xpenah pgi thai..hehe
shafiqhashim.blogspot.com
bila lah aku dpt pegi ni mila oiii~
fuhhh saspen plak nory baca cerita mila lemas...nasib baik mila tak pape kan...pasni kalau snorkeling lagi, mesti Mila dah terror dah...hehehe..
NK tnya. Hotel ambk dkt krabi town ke aonang beach? Urgent ! Tq hehe
Thanks for finally writing about >"Pengalaman Bercuti di Krabi, Thailand - Phi Phi Island" <Liked it!
Post a Comment