Terima Kasih Sudi Like

Tuesday, June 4, 2013

Tempat Paling Best Sambut Anniversary

www.tips-fb.com

Salam

Hari ni dah setahun 3 hari jadi kekasih halal Encik Suami, Alhamdulillah segala yang dirancang berjalan dengan lancarnya tanpa sebarang masalah. Tak taulah nak kata surprise macam tak surprise jerk, sebab Encik Suami macam dah tau apa planning aku, so anggap jela macam tak surprise tapi mampu buat dia terharu huhuhu...

Tempat kitaorang sambut Anniversary yang pertama adalah  dekat Flora Kafe AmpWalk, 1st time datang sini dulu kat entry ini  aku memang dah terjatuh hati dengan Kafe ni, sebab decorationnya yang penuh dengan bunga-bunga yang terjuntai, ekslusif sangat nampak mewah dan mahal gituuuu~ so aku realisasikan impian nak sambut Anniversary kat Flora Cafe AmpWalk. Alhamdulillah dengan izin-Nya tercapai sudahhhh



Makan ala-ala candle light, romantik sangat u olsss datang-datang di sambut oleh Mell ( Restoran Manager ) friendly sangat macam  dah kenal lama aku yang pendiam ni pun eh, pendiam sangat ko nie pun ! boleh meriahnya sembang taknak berhenti kemudian meja kami dihias dengan candle-candle, fresh flower, balloon, romantik kau....Siap dengan alunan muzik dari The Corrs, laki aku memang suka zaman-zaman dia kennnn~~~ Kalau korang nak sambut apa-apa majlis macam Anniversary, Besday, Baby Shower, Annual Dinner ke, better korang booking dulu sebab ianya memudahkan Flora Cafe untuk prepare apa-apa persiapan untuk korang kotlah ada nak decoration macam ni ke macam tu ke. nak ekut tema ke kan ?

Macam kami, kami pilih kepada pakej makan berhidang iaitu pakej Kemboja maksima untuk 2 orang. Menunya terdiri daripada masakan kampung, masakan melayu tau macam Nasi Putih, Asam pedas Johor-Ikan, Ayam Goreng Berempah, Daging Kicap, Sambal Udang, Sayur Kailan Ikan Masin dan Minuman. Masakan memang sedap lebih-lebih lagi daging kicap tu, kenyang sampai malammmm.

Ramai yang ingat harga dekat sini mahal, heiii tak mahal sangat kira mampu milik lagi *macam nak beli rumah pulak kuikuikui...*   Kalau ko makan Secret Recipe atau Kenny Rogers kan macam tulah harganya kat sini, lebih kurang jerk, lagi pun apa ade hal setahun sekali je pun~


Dah kenyang, now time potong kek ! kek ni aku beli senyap-senyap laki aku memang tak tau, kira surprise ni jadilah. Memang hari-hari aku balik naik moto sama dengan dia tapi seminggu sebelum Anniversary aku drive pegi keje sebab banyak tempat aku nak pergi bila balik keje so alang-alang sensorang panjang langkah sikit aku merayaplah tempah kek hihi...







Doakan kami bahagia dunia akhirat.

Kebetulan pada hari yang sama, Kak Ameris pun sambut Anniversary yang ke 5 kat sana. Happy Anniversary kak. Kalau dah blogger sesama blogger bertemu gambar tu memang wajib lah kan, sebelum aku melangkah keluar dengan perut yang kenyang sempat lagi sesi gambar-mengambar sekeping dua.



Sesiapa yang berkeinginan atau terasa nak buat something surprise untuk pasangannya boleh lah datang ke sini, Gambar-gambar ni semua aku amek kat Pages Flora Kafe, diaowang ni bukan sahaja menyediakan makanan yang super duper best tapi ada photografer lagi, kelasssss u olsssss, so takdenye ko tangkap muka laki ko, laki ko tangkap muka ko, diaowang boleh tangkapkan kenangan korang kat sini.Tapi jangan ko ingat tu termasuk pakej makan-makan sampai 2 jam ko kat situ keje bergambar jerk aku pang karang ! haha....

contact no : 03-21618010
                   017-3024112 ( Mell )

Adress      :Flora Kafe Sdn Bhd,
                  Lot G.02-06, Ground Floor,
                  The AmpWalk
                  218 Jalan Ampang,
                  50450 Kuala Lumpur

Facebook : Flora Kafe Ampwalk


REVIEW PRODUCT




Kepada penggemar inai daun asli, aku nak khabarkan pada semua yang aku ada menjualnya tau. Korang tak perlu lagi nak petik nak tumbuk sampai lumat, semua dah siap dalam bentuk kon tinggal nak pakai je, Bride to be mesti mencari-cari kan ?

Kelebihan daun inai asli ni ialah warna yang lebih tahan lama berbanding instant. Bau seperti daun inai, dah nama daun inai asli kan, yang penting tiada bahan kimia atau campuran pewarna.

Inai daun ni dia akan merah mengikut darah si pemakainya, seeloknya pakai lebih dari 2 jam untuk mendapatkan hasil yang terbaik. beli 1 kon cukup untuk 10 jari.

Berminat nak cuba boleh contact no aku 012-2531649 ( msg/ whatsapps only ) anytime 24 hours !






♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

21 comments:

Masya said... Click To Reply!

happy anniversary .. moga berkekalan hingga kehujung nyawa dan kesyurga.. amin...

zmarl (ibu) said... Click To Reply!

heppy annivesary mila...moga bahagia dan kekal abadi..

kek tu nampak sungguh mengiurkan la..

Sheila Salim said... Click To Reply!

Assalamualaikum mila. happy 1st anniversary! semoga menjadi isteri yang solehah, jgn marah2 selalu kat mcdee. hehehe. mila, nampak mila sangat comel tauuu. suka tengok! mcdee, sila jaga kakak mila kita bebaik tau.
p/s : semoga dikurniakan cahaya mata penyeri rumahtangga (^_____^)

PinKy MoMMa said... Click To Reply!

kalau akak nampak munge2 atas meja tak jadi nak makan hehehe..sweeetttt sgt..

ctmah said... Click To Reply!

As Salam Mila..
salam perkenalan n i follow u =)

happy 1st anniversary to both of u..moga kekal ke syurga =)
kite pun tengah pening nak pilih tempat nak celebrate anniversary ni..ampang ni jauh pulak dr shah alam..adehhh

Z.U.E said... Click To Reply!

wow! bestnya.. anyway selamat berbahagia mila! & happy anniversary!

Nory Zoulkefle said... Click To Reply!

mila nampak berseri2 lah....macam seri pengantin baru plak...hehehehe...
besttt giler celebrate kat sini...
untonggglah korang..heee

INNANIE ARIFFIN said... Click To Reply!

kompang dipalu...pengantin malu! ewahhh.. selamat pengantin baru kakak. takpe, kita tahu dah anniversary yang setahun, tetap nak cakap pengantin baru jugak!

semoga kekal terus ke syurga!!!!

Kekzamanis said... Click To Reply!

Wow! Romantiknya.. Happy 1st anniversary Mila! ^__^

Kekzamanis said... Click To Reply!

Cubit2 Nuffnang! ^_~

careno said... Click To Reply!

happy anniversary... nak try la mkn kat sini nnti...

MizzTina said... Click To Reply!

cantik la tmpt dia.. nt akak nk celeb anny kt ctu gak la.. nice sgt..

::EIDA:: said... Click To Reply!

happy annibesari korang! muah muah muah !

safurara said... Click To Reply!

wow bestnya mila.nt nk dtg sini gak lah.hehehe

safurara said... Click To Reply!

dear RM nya bape.u xckp pon.

Nieyla Nadia said... Click To Reply!

wah!sweet..romantik glerrr.....suke2...

OKje said... Click To Reply!

Menarik nampaknya tu Mila...tp OKje tak pernah pun sambut official cenggitu semua ... Kalau nak sambut pun cari tempat yang mana dan je hehe
Hepy Anniversary yeh!

Julia Johari said... Click To Reply!

Happy anniversary dear...waaaaaaaaahhhh tempat sambut sgt gojes...sgt menarik...pasti asben mila senyum kan...nk tiru boleh mila hehhehe mekasiiiihhh

mama3heroo said... Click To Reply!

heppy anniversary yg ke 3 thn..moga bahagia ke akhir hayat..amin..

NM02 said... Click To Reply!

tmpt ni glakmer skang. ari tu ada gak call utk tyer event beday qausar. uuuhai.... rasa tak mampu plak sebab ramai jemputan kan.

eh... hepi enibeseri ye. sori lambat wish. nampak kurus lak skang ni?? diet kah?

Nadia Johari said... Click To Reply!

fuh terbaikla tempat ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...