Salam
Seceria mana pun kita, sehappy mana pun kita, sebahagia mana pun kita, tetap masih ada perasaan sedih bukan ? mesti ada rasa kecik hati bukan ? mesti ada rasa kecewa bukan ? *byk guna ayat ulang kan* . Rasanya dalam blog ni jarang ada entry meluah perasaan, mungkin ada tapi xbanyak sebab aku bukan jenis suka kongsi masalah dengan orang lain, melainkan orang yang rapat dengan aku.
Percaya atau tidak, biasa orang yang hidupnya xpernah nak usik atau sibuk hal orang lain selalu je ada orang nak dengki. Dalam erti kata lain hidup dia selalu orang nak ambil tahu, bukan membantu tapi lebih kepada penyibuk tahap cipan bertelur.
Kehidupan yang serba kekurangan tapi masih penuh dengan kasih sayang yang melimpah ruah ni pun orang xputus-putus nak dengki, nak cemburu, cakap bukan-bukan mengata yang macam-macam. Sampaikan aku sendiri tak paham, dan masih tercari-cari apa masalah sebenar manusia-manusia ni.
"Mak aku cakap biar org buat kita, jangan kita buat orang !" tapi prinsip aku pulak
" Kau buat aku sekali, aku akan pastikan ko dapat berkali-kali "
Sadis. kejam. aku tak pedulik semua tu. Bukan sekali orang bercakap, malah seribu kali dah halwa telinga aku ni mendengar.
Kata hati berpesan sabar, sabar, sabar, tapi sampai bila ??? mana maruah aku ? yang dicanang tu keluarga aku ! darah daging aku hoiiii...
Tapi Allah S.W.T kurniakan aku sekeping hati yang sangat suci, marah memang marah dendam tetap dendam tapi mudah pulih seperti sedia kala. Alhamdulillah. Aku selalu berdoa semoga doa orang yang teraniaya ni makbul hendaknya, dan aku percaya Allah S.W.T sentiasa ingin menduga hambanya yang terpilih saja, mungkin mahu melihat sejauh mana hambanya itu tabah menghadapi dugaan yang mendatang.
Biarlah masa berlalu pergi, semoga aku kuat untuk menghadapinya.....
1 comments:
mila, nape ni? bykkn sbr ye..
Post a Comment