Assalamualaikum and Hello :)
Memasak kita lagi ye puan-puan. Beginilah kalau time cuti-cuti Malaysia kalau datang rajin aku masak tapi kalau datang time malas ko jangan tanya macam-macam aku cepuk kang :p.
Tanpa baca lebar dan terus membebel. Terus sahaja kepada pembuatan ayam masak sos tiram ni ye.
Bahan-Bahannya :
Setengah ekor ayam- gaul dengan kunyit dan goreng separuh masak
1 sudu besar kicap
3 sudu besar sos tiram
air secukupnya
2 sudu besar serbuk lada hitam
Brocolli atau sayuran lain pun boleh
* kalau nak guna daging pun boleh ye
Bahan hiris :
1 labu bawang besar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
Cara-caranya :
1. Panaskan minyak dan tumis barang hirisan sampai naik baunya
2. Masukkan ayam dan biarkan ayam hingga masak secukupnya
3. Masukkan sayur, sos tiram, kicap, serbuk lada hitam dan sedikit air
4. Masak hingga pekat, kacau rata dan siap untuk dihidangkan.
Dah siap untuk dimakan bersama nasi panas yeay !
talk to my hand : Macam best pulak TRIP ke Canada er.
8 comments:
adehhh...patut la rase lapo...dah nak masuk tghari...adehhh
rajin betul ko masak ek Mila...meh hantar sini sikit...hehehe
eyhhh..!!
sama laa lauk kite hari nie kak oitt.
hahaaha :D
senang nk wat.. mskan simple2 mcm ni ssuai utk org bujang mcm sya ni.. ha3.. :)
untung lelaki dapat isteri yang pandai masak =)
untung la cik abe tu ...
dijemput sertai segmen ini :D
ada hadiah menarik yang menanti anda :)
http://nikainaa.blogspot.com/2012/12/segmen-jom-up-follower.html
amboiii makkkk, angin datang bulan rajin masak datang menyeru eh? ;p
Post a Comment