Terima Kasih Sudi Like

Friday, December 28, 2012

Sedekah Magnet Kepada Rezeki

www.tips-fb.com

Kisah Benar  (Sedekah Magnet Kepada Rezeki)



Hari ini seharian aku tak makan . Pedih juga perut dari malam tadi lagi rasa pedih tu . Aku plan nak malan maggie kari je malam ni . Tiba-tiba ! Roomate aku mesej aku tanya nak pergi pasar malam ke tak ? Aku rasa nak pergi tapi risau sebab buka dompet cuma ada RM38 saja . Kalau pergi pasar malam tu faham-faham je . Macam-macam nak makan nanti . Aku tak tahu bila abang aku nak bank in duit pada aku . Mak cakap ” Dalam 2 atau 3 hari lagi bank in duit .” Tapi aku pergi je pasar malam memandangkan aku tak makan lagi .

Di pasar malam , memang sentiasa ada tabung-tabung minta derma sama ada untuk anak yatim , masjid atau pun Gaza . Orang kurang upaya pun apa kurangnya . Aku memang ajar diri aku supaya berkongsi rezeki dengan manusia lain . Tapi sedikit kerisauan timbul sebab duit aku tak berapa banyak , untuk tampung makan aku di kolej lagi . Tapi, aku tetap pesan pada hati , ”Alaaa, aku beli banyak2 , makan sedap2 , takkan tak boleh derma sikit . Ada banyak, bagi banyak .. Ada sikit , bg la sikit , rezeki tu kn milik Allah .. Nanti ade la .. insya-Allah ..” Jadi , aku hulurkan la RM1 pada tabung anak yatim . Kemudian ternampak tabung masjid , aku bagi lg RM1 . Kemudian ternampak pakcik buta , sayu sangat dan aku hulurkan lg RM1  

Selepas selesai beli , duit dlm dompet ada lebih kurang RM20 . Cukup untuk aku mkn selama 2hari kot..Malam itu , selesai menjamu selera yg dikurniakanNya , along aku call aku dia cakap dia bank in aku RM150 . NAMPAK TAK ?? aku ingatkan mak aku yg suruh tapi mak aku tak tahu pun along aku bank in kn duit untuk aku . Itu la namanya rezeki itu milik Allah .. Aku hanya keluarkan RM3 untuk disedekahkan tapi Allah gantiRM 150 . Cuba pikir , berapa kali ganda pemberian Dia tu .. Subhanallah ! Maha Suci Allah 

Konklusinya , JANGAN TAKUT UNTUK MEMBELANJAKAN WANG KE JALAN ALLAH .. Dermalah walau sedikit asalkan kita ikhlas .. Takkan pernah susut rezeki tu bila kita sedekah . Rezeki itu milik Allah dan Dia Maha Pemurah .. Sedekah juga membantu kita di Titian Siratul Mustaqim . Bukanlah niat saya untuk cakap sy ni baik , alim atau sebagainya tapi sebagai satu perkongsian kpd pembaca untuk membuka lagi mata kita tentang nikmat Allah yang tiada bersempadan . Semoga kita akan lebih ringan tangan untuk bersedekah selepas ini .

credit to : www.whiteymommy.com

Wahai kawan-kawan ku jika ada diantara korang-korang yang bermurah hati ingin mendermakan sebahagian dari rezeki kamu ke jalan Allah S.W.T boleh bank in ke akaun ni ye. Sama-samalah kita mencari seberapa banyak pahala selagi masih bernafas dibumi Allah S.W.T




♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

8 comments:

Izwa Kamaruddin said... Click To Reply!

rezeki dari allah...

Zura said... Click To Reply!

tima kasey mila share info...

Mun said... Click To Reply!

btol tu...

jgn kedekut..jgn berkira..

bila bersedekah... hati pon tenang.. dan akan bertambah rezeki kita yg sedia ada..

zhazmi said... Click To Reply!

tidak akan jadi miskin kalau kita bersedekah

Mimie said... Click To Reply!

betul...jgn takut bersedekah di jalan Allah....

Unknown said... Click To Reply!

yer..u r right (: tindakan yg betul tu..

nadia farahida said... Click To Reply!

babe, nadia pernah alami keajaiban macam ni sekali. sumpah demi Allah. ada sorang pakcik india datang nangis2 mintak aku tolong belikan makanan dia nak balik masak. dalam jusco babe dalam jusco. subhanAllah. teringinnnn sangatt nak share dalam blog tapi taku orang salah erti. T____T

::EIDA:: said... Click To Reply!

Rezeki itu datangnya dari ALLAH kan... ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...