Terima Kasih Sudi Like

Monday, December 17, 2012

Tempahan baju 'Kami Blogger's"

www.tips-fb.com

Salam

Sebelum ni aku ada war-war kan tentang event bersama anak yatim kan ? Kalau ada yang tak tahu boleh singgah entry ini. Buat makluman semua event tersebut telah pun ditutup penyertaan semalam setelah ditolak tambah darab dan bahagi. Penyertaan sangat-sangat mendapat sambutan. Alhamdulillah. Oleh kerana itu, kami telah menghadkan penyertaan.

Buat kawan-kawan yang telah emailkan aku untuk menyertai program bersama anak-anak yatim, aku ucapkan ribuan terima kasih. Sangat berbesar hati dengan penyertaan kalian semua.

Untuk pengetahuan semua yang ingin melibatkan diri dalam program anak yatim ni, program ini bakal berlangsung pada hari ahad 24 Febuari 2013 bertempat di rumah amal kasih bestari, kampung melayu subang. *Sila noted pada kalendar masing-masing ye takut lupa pulak heee*.

Selain dari event yang bakal dijalankan, kami juga ada membuat tempahan baju 'Kami Blogger's'. Ini bertujuan sewaktu event berjalan semua para blogger atau tak yang terlibat memakai baju yang seragam.


taraaaa....nilah baju "kami blogger's"

Baju ni tiada tulisan " kami blogger 's"

Tertera disetiap baju nama anda sendiri.

 bahagian belakang untuk blogger tertera ayat ni

Bahagian belakang bukan blogger lak tertera logo sahaja
Adakah baju tersebut sangat cantik ? ye atau tidak ? cepat cakap cantik, kalau tak aku pok karang ! Korang nak beli tak ? tak nak beli pun takpe takde paksaan sebenarnya tapi pada hari program tersebut bila kitaorang bergambar nanti korang akan kelihatan peliklah disitu kan ???

Harga sehelai baju ni bagi aku sangat murah jika nak compare dengan yang lain, kiranya mampu milik la. Sehelai cuma RM20 sahaja. Murah bukan ? Postage cuma RM6. Jadi total untuk sehelai baju RM26.Mempunyai 2 design iaitu design untuk blogger dan design untuk bukan blogger. So kepada blogger yang dah email untuk menyertai program bersama anak yatim ni, sila bagi detail perkenalan diri anda kepada aku ye .

Sebarang pertanyaan atau soalan yang korang kurang paham boleh emailkan kat aku ye di :

Lovex_lunic8819@yahoo.com atau nak lebih cepat korang like pages FB aku, nak tanya pape berkaitan event bersama anak-anak yatim or pasal baju ni pun boleh dipersila kan ? Tapi jangan tanya kenapa aku makin gemuk, aku cepuk karang !!!>.<





♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

8 comments:

Cik Puan Ryna :) said... Click To Reply!

Nak, nak !

Unknown said... Click To Reply!

wah ada event skali ngan anak2 yatim..bgsnya.teruskan usaha

MizzTina said... Click To Reply!

adessss...ngape jauh sgt?

Unknown said... Click To Reply!

saya pon nak baju tuh , wuhuuu

Citrus Azwa said... Click To Reply!

wahhh....(^_^) nice...

::EIDA:: said... Click To Reply!

Nakkk!!! hihihi

nadia farahida said... Click To Reply!

boleh tanya macam mana nak kurus tak? ;))

ct kektus said... Click To Reply!

suka yg ada lambang tu je n tak ada tuisan. nampak kemas. hehee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...