Terima Kasih Sudi Like

Thursday, January 17, 2013

Lawatan ke-2 ke Rumah Amal Kasih Bestari

www.tips-fb.com

Salam

Mungkin korang ada baca entry pasal lawatan tidak rasmi ke rumah anak-anak yatim Rumah Amal Kasih Bestari tu kan, kalau tak baca lagi atau lupa entry yang mana boleh baca SINI.

Minggu lepas sekali lagi kami pergi melawat Rumah Amal Kasih Bestari bersama dua rakan blogger lain. Kiranya blogger yang hadir pada lawatan kedua seramai 5 orang. Mereka ialah nadiaEidaNoryIeza.

~Ruang Tamu~

Kali ni kami bernasib baik kerana berpeluang untuk melawat ke rumah anak-anak yatim perempuan dewasa.Rumah mereka tidak jauh dari Rumah Amal Kasih Bestari. Dipahamkan ada  lebih kurang 10 orang perempuan dewasa yang duduk di rumah kedai ni. Susun atur yang agak kemas walaupun tak lengkap macam rumah kita tapi mereka hidup berserderhana, terima apa adanya, Aku perasan bahagian ruang tamu ni hanya ada karpet yang agak usang, tiada kipas tiada TV -.=' 

Mungkin kita boleh tukarkan pada tikar getah In Sha Allah akan diusahakan ye adik-adik. Kami lebih fokus kepada barang-barang asas sahaja tetapi sekiranya dana melebihi akan kami usahakan pada keperluan yang lain.

~Bilik Tidur ~

~ Dapur ~

Bila ditanya apa yang mereka perlukan ??? Masing2 tersipu malu, tapi jauh disudut hati mereka macam kita juga teringin juga nak itu nak ini tapi mungkin terbatas dan menggunakan apa yang ada. Aku perhatikan wajah mereka  sangat cantik, lawa, bersih tapi siapa tahu mereka berstatus anak yatim, akan tetapi takde satu pun riak wajah mereka yang menunjukkan mereka ni sunggul malah mereka sentiasa tersenyum dan ceria seolah-seolah takde kekurangan dalam kehidupan mereka.

Percayalah mereka sangat tabah dari kita semua :'(

Walaupun seketika bersama mereka, Kami dapat merasakan kesusahan mereka. In Sha Allah pasti ada yang membantu anak-anak yatim ni untuk teruskan kehidupan mereka.

Bantu kami untuk bantu mereka Amin ~~

Sesiapa yang sudi memberi sumbangan


Akaun details aku
Nor Syamila binti Ahmad
Maybank
164315329575


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

5 comments:

nurhuda said... Click To Reply!

walaupun hidup serba kekurangan tapi rumah diorang kemas je :)

::EIDA:: said... Click To Reply!

Kita serba serbi lengkap.. Mereka ? T___T

Nory Zoulkefle said... Click To Reply!

rinduuu kat adik2 ni....=)

Mimie said... Click To Reply!

sedih tgk keadaan rumah diorg nih

MizzTina said... Click To Reply!

akak pernah pegi rumah anak yatim gak dl..mmg klu tnye pape, msti diorg tunduk² malu.. comel je tgk.. pdhal mcm² yg dia nk.. kesian.. tp langsung xtunjuk kesusahan tu.. hdp bersederhana..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...