Terima Kasih Sudi Like

Tuesday, January 8, 2013

Takkan berkurang harta walaupun seringgit

www.tips-fb.com

Salam

Aku percaya walaupun RM 1 takkan berkurangnya harta korang, walaupun RM 1 takkan jatuh miskinnya korang, walaupun RM 1 takkan mati kelaparan dan kehausannya korang, yang penting niat kita, nawaitu kita. JANGAN TAKUT UNTUK MEMBELANJAKAN SEBAHAGIAN HARTA KE JALAN ALLAH S.W.T. In Sha Allah akan sentiasa dilorongkan rezeki buat hambanya yang ikhlas membantu.

Ahad 06-01-13 aku dengan nadia dan ieda ada buat lawatan tidak rasmi ke rumah amal Kasih Bestari. Nama dah lawatan tidak rasmi maknanya kedatangan kami tidak dimaklumkan pada Ustaz Din. Tapi kira bernasib baik masa tu Ustaz Din memg ada kt rumah tu. Kedatangan kami disambut baik oleh beliau.



Untuk pengetahuan korang hanya ada 2 orang sahaja tenaga pekerja disini yang menjaga anak-anak yatim yang berumur antara 7 tahun hingga 12 tahun. Ustaz Din dan kak Zu adalah orang yang diamanahkan untuk menjaga anak-ank yatim tersebut.

Cuba tengok dan perhatikan keadaan sebenar rumah ini, dan korang pikirkan adakah ia selesa untuk anak-anak kecil ini membesar -.='


Ini ruang tamu rumah mereka, tapi bukan sahaja ruang tamu ia merangkap tempat belajar, menonton televisyen, tempat membaca dan bermain. Tapi aku paling sedih bila dapat tau disinilah juga tempat mereka tidur ramai-ramai. Bentang tilam di situ memandangkan bilik tidur mereka terlalu sempit dan panas.




Inilah bilik tidur mereka, see hanya terdapat 2 katil double decker, boleh bayangkan tak bagaimana diaowang tido dalam keadaan bilik yang sempit ni. Sebenarnya ini bukan bilik tidur tapi adalah dapur. Kemudian ada seorang hamba Allah yang baik hati menghulurkan dana untuk membuat dapur yang lebih besar, jadi tempat ni pulak dijadikan bilik mereka.


Ruang dapur yang baru dibina untuk keselesaan mereka. Yang bertudung labuh warna hitam tu adalah kak zu, orang yang menguruskan anak-anak yatim.


Kebetulan kitaorang sampai dah masuk waktu zuhur, jadi dapatlah tengok mereka solat berjemaah. Comey je tau bila tengok anak-anak masih kecil tapi dah jadi imam, tapi korang paham-paham jela nama pun budak nak-nak budak lelaki banyak bermain hihi... Semoga menjadi orang yang berguna pada agama dan bangsa ye dik.



Series ! bila aku perhatikan wajah anak-anak kecil ni satu persatu hati aku jadi sebak, jadi sayu entah kenapa mungkin naluri seorang yang ingin menjadi ibu ni mudah tersentuh kan ? Apalah yang ada di pikiran diaowang kan bila membesar tanpa kehadiran ibu bapa disisi, tanpa kasih sayang keluarga. Jika aku berada ditempat mereka tak mampu aku untuk meluahkan isi hati aku -.='


Perbincangan demi pebincangan dibuat, bukan mereka tapi kitaorang juga inginkan sesuatu yang boleh membantu mereka supaya kehidupan lebih selesa. tapi aku percaya kalau setakat kami yang tak berapa kerat ni memg takkan mampu, Oleh itu kami perlukan pertolongan anda semua, andai ada sedikit harta yang ingin didermakan buat anak-anak yatim supaya kehidupan seharian mereka lebih selesa.

Mereka perlukan suasana dan persekitaran baru, mereka perlukan sedikit kelengkapan serta kemudahan bagi keselesaan mereka, tapi bagaimana kita nak membantu mereka supaya dapat merealisasikan impian tersebut ???

Kami para blogger memerlukan sumbangan bgi merealisasikan impian mereka. Mungkin impian ini tidak akan mampu menggantikan kasih sayang ibu bapa mereka atlest kami cuba lakukan sesuatu yang mampu buat mereka tersenyum dan selesa. Tak banyak mana pun, apalah sangat RM 1 yang penting ikhlas ! ye ikhlas kengkawan. Niat ikhlas korang tu yang akan menyebabkan impian mereka tercapai.

Sesiapa yang sudi menghulurkan sumbangan bolehlah disalurkan kepada Maybank Nor Syamila binti Ahmad ( no akaun 164315329575 )

Sumbangan Untuk Anak Yatim

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

4 comments:

MizzTina said... Click To Reply!

dik, akak minta kt kwn² opis bg la pakaian ke, menan ke..pape je la if xdpt bg duit.. boleh ke?


Ratu Hatiku said... Click To Reply!

Belum smpai sana lg dah sedih tgk gmbr2 nie... harap ramai sudi yg hulurkan bantuan.
X sabar nak tggu bulan 2 nnt...

::EIDA:: said... Click To Reply!

*sedih*

kimi jamai said... Click To Reply!

smoga dipermudahkan yer urusan2 semuanya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...