Terima Kasih Sudi Like

Monday, July 8, 2013

Hotel Murah di Krabi, Thailand.

www.tips-fb.com

Salam

Yela tau, paham dalam ramai-ramai aku yang paling lambat up entry pasal percutian Krabi kan ? Biarlah lambat asal selamat, boleh cakap gitu haha....bukan taknak taip lelaju tapi kekangan masa babe ! diulang kekangan masa. Tapi i will try my best yaaaaaa :)

Oke pasal hotel, kalau nak diikutkan bab-bab hotel ni aku paling menitik beratkan hiasan dlm bilik hotel terutama katil. Haaaa jangan nak sengih bagai errrr aku pang karang. Yela katil, aku tak suka katil kayu. tapi kalau kata ko pergi ramai-ramai ko jangan nak banyak songeh taknak hotel ni taknak hotel tu sedangkan ni percutian budget secara berjemaah kalau ko taknak pening kepala terpaksa booking membooking ko kena pasrah jerk apa yg diaowang tetapkan.

 Aonang Goodwill Hotel adalah pilihan terbaik antara semua hotel, kira menepati citarasa kami semua lah walaupun katil dia kayu tapi kukuh babe ! haha.... Yaya jangan nak sengih sangat bila baca er, taulah awak 'tak dapat' masa kat Thailand kahkahkah...


Ni masa nak check in, cuba perhatikan ukiran seni kayu Thailand, unik kan ? diaorang memang suka ukiran kayu so no wonder lah katil pun kayu haha....


Ni tempat makan


Ni tempat lepak, ambil angin atau udara, boleh jugak dijadikan tempat buang angin juga sebab mengekalkan konsep open air hahahaha....


Juga disediakan perkhidmatan sewa motor, tapi selama berada disana 4 hari 3 malam kami-kami semua tidak berkesempatan pun meronda-ronda menggunakan motor ni sebab kami kan ramai lebih mudah guna tuktuk je kot, lebih cepat, mudah dan jimat.


Tuktuk nilah yang berbakti selama berada di sana. Aonang Godwill Hotel ni terletak di kawasan yang sangat strategik dimana mudah untuk korang tahan tuktuk sebab hotel ni letak kat tepi jalan je.


Simboliknya kalau negara Thailand mesti ada anak gajah atas katil, ko tengoklah tu anak gajah tu duduk melenok macam patah pinggang je atas katil tu.Kecian ! haha...


Bapak gajah pakai payung ko hadooo ?. Ia perhatikan anak gajah atas katil tu :p




Part bilik air ni Eida paling suka sebab ada bathtub katanya nak berkubang gasakkkkklah kan, aku ? memang tak sempatlah nak berkubang sebab banyak benda nak buat kang kejap-kejap orang tu call kejap-kejap orang ni call sampai bergaduh dengan laki aku suh cepat takut kena tinggal. Paling sadis nak berak pun bunyi telefon berdering tak boleh tengok aku senang kannnn ~

Aku suka gak bilik air hotel ni sebab sabun dgn shampoo dia agak banyaklah berbanding hotel-hotel yang pernah aku pergi. Aku memang bawak sendiri barang mandian tapi tak puas guna sebab kecik cenonet je dah ada yang banyak depan mata lagipun ko bayarkan abes tu tak reti-reti nak guna ke ~

Heiii jangan tak tau shampoo dia dibuat dari buah kedondong tau. Yang dalam balang warna hijau tu. wangi jugaklah aku tibai je janji rambut tak melekit. Hari-hari main air hari-hari jugaklah aku shampoo guna benda alah tu. Rambut aku dah kejong ko tau tambah dengan kusut masai kena air masin T______T



Hotel ni ada balconi, ini bermakna memudahkan keje ko untuk menyidai baju, kenapa nak sidai ? yelaaaa kitaorang kan hari-hari main air confirm baju basah takkan nak peram jadi perkasam lagipun kitaorang naik flight takut overload 7kg bawak baju basah jadi dengan ada balconi yang menyediakan tempat sidai pakaian ko basuh baju terus sidai. senang giler ! yang perokok macam laki Nory dan laki Sheila ni port korang merokok bila dalam bilik hotel

Harga untuk 4 hari 3 malam termasuk breakfast adalah RM258 murah kan??? Kitaorang amek sekali dengan breakfast sebab kebanyakkan aktiviti dibuat di awal pagi memandangkan takkan sempat untuk cari makanan luar.

Eida booking hotel ni melalui Agoda.com, double jimat katanya.

Website : http://www.aonanggoodwill.com
Email      :aonanggoodwill@hotmail.com

Total perbelanjaan :
4 hari 3 malam termasuk breakfast = RM258



♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

14 comments:

PinKy MoMMa said... Click To Reply!

macam tak percaya akak dengar harga..berbaloiii sangat rasanyer..bila la nak smpai krabi ni huhu

Sheila Salim said... Click To Reply!

Assalamualaikum mila, sekali je hadi dapat rokok situ. haahhaha bini dia tak suka bau rokok dalam bilik. menganggu ketenteraman hidung katanyaaa. hahahhakkks ;p

Nory Zoulkefle said... Click To Reply!

Bestkan bilik ni, nory sempat berendam kat bath tub hari pertama je, hari seterusnya bendera merrahh...heheheh

Masni Syafie said... Click To Reply!

budget sangat
suasana bilik hotel pun nmpak selesa dan cantik..tq sharing this

Eiqa Almond said... Click To Reply!

Tetiba teringin nak merasa pannnggg akak tuuu, kihkihhhh Kalau eiqa pun pilih bilik, katil jugakkk, ahahhaa Tp klu berjemaah mcm tu eiqa okay jee. :D

Alin Marlini said... Click To Reply!

memang murah hotel dan cantik sangat

Unknown said... Click To Reply!

hohoh..
RM 400 je untuk 4 hari..
mmg bleh g honeymun ler kt cni kelak.

ieza ashaari said... Click To Reply!

dah tu, katil kat umh mila besi ye? za suka yg kayu.. kohkohkoh.. gile ko yaya nak mendapat, adik dia nk sorok mana.. :P

Unknown said... Click To Reply!

cantik bilik hotel dia...sana sini penuh gajah........

Masya said... Click To Reply!

murah dan cantik, bersih.. berbaloi2...

Nadia Johari said... Click To Reply!

mcm mana die buat bentuk gajah tu..hhehe

Anonymous said... Click To Reply!

nk tya la korg book pkai agoda tu byr pki credt card ke pakai paypal? sbb bile sy klik paypal ade cas la pulak...rm217 untuk cas paypal lom harga hotel lg

NurulHuda Alias said... Click To Reply!

murah-murah...bolehlah g sana nanti :)

Unknown said... Click To Reply!

rm258 untuk seorang ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...