Salam
Dah nak masuk hari Sabtu balik ko ni mila, baru ko nak update pasal entry berbuka puasa macam siput b.a.b.i lambatnya -.='. Kalau peram tu boleh jadi ikan perkasam tau goreng pastu makan dengan nasi Haha...
Kiranya ni kali kelima dah aku datang ke Flora Cafe, Ampwalk, kali ni dijemput untuk Food Review sempena Bulan Ramadhan Al- Mubarak. Before ni, masa Anniversary sambut dekat situ jugak, dekat kot dengan rumah aku naik moto 10 minit je, kalau naik kereta 15-20 minit. Parking pun senang.
Decoration sebelum ni macam garden flower nampak eksklusif sangat, yang ni pulak tema macam ala-ala wonderland gitu~ cantik kan ? superbbbbb...
Bukan takat Anniversary, nak celebrate birthday, baby shower pun bole , kalau ada yang berangan nak kawin dekat sini pun mereka memang ada menyediakan perkhidmatan pakej perkahwinan tu.
Oke sekarang strait to the point no corner-corner pasal bufet Ramadhan yang disediakan oleh Flora Cafe. Juadah yang disediakan bermula dari pukul 7 malam sehingga pukul 10 malam, boleh je nak melantak tak hengat dunia ye. Kalau dewasa harga yang dikenakan adalah RM45++ manakala budak-budak yang berumur 6-12 tahun dikenakan harga sebanyak RM20++.
Kurma dan air zam-zam diberikan secara percuma oleh pihak Flora Cafe.
Bufet Ramadhan ni bermula dari 10 Julai - 5 Ogos 2013, kotlah korang teringin nak bawak family ke nak buka puasa bersama kawan-kawan dan orang tersayang boleh try kat sini. Makanan totally super-duper sedap !
Setiap hari menu bertukar, so korang kalau nak tengok menu setiap hari apa yang Flora Cafe sediakan untuk hari tu bolehla terjah FB Flora Cafe Ampwalk. Antara menu-menu yang disediakan pada hari tu adalah............... eh. eh kejap ni entry makanan tau, jangan terliur pulak kang batal pose :p
Sayur campur udang
Sayur kobis lemak kot !
Sambal udang
Seafood
Ayam berempah
Nasi Beringin
Banyak sangat menunya sampai nama pun aku tak tahu, aku tibai jela bagi nama menu tu erk ? Kalau salah maaf tapi series menu dia banyak gilaaaaaa sampai tak termakan hoiiiii
Kuih-muih
Rojak buah
Paling best ada chocolate fountain
Ikut kan banyak sangat menu, ni baru sebahagian tau banyak lagi tapi sudah cukup sudahla ye bulan-bulan puasa ni gambar makanan bukan apa risau ada yang tak puasa nanti naya jerk !
Disediakan ruang solat di tingkat 2, cantik dan selesa tempatnya.
Bila sesi mencekik selesai, kami together-together bergambar kenangan. Kalau bini-bini tu memang dah tak boleh lari dengan gambar tapi suami-suami pun kemain nak jugak gambar kenangan taknak kalah tu. Haaaaa ameklah gambar secara berjemaah kami semua. Semua blogger yang hadir ni sporting gilaaaaa...memang bestlah !
Terima kasih Mell sudi jemput kami blogger untuk berbuka puasa kat Flora Cafe ni
Akhirnya dapat jugak jumpa si kecik yang gebu ni, heiii cumel sangat tau awak ni, biasa tengok dekat blog je geramnya lahaiiiii~ Budak kecik yang cute ni anak kepada blogger Umi Qi.
Mesti nak tau kan senarai blogger yang hadir pada pada hari tu, ni linknya :-
Adress :Flora Kafe Sdn Bhd,
Lot G.02-06, Ground Floor,
The AmpWalk
218 Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur
Contact no : 03-21618010
22 comments:
nak geder2 lagi dgn uols....
Hari tu Ieda ade call ajak g food review ni tp masa tu kat kg... kalau tak bleh tmbh kenalan blogger kann...
jom makan makan sama sama lagi jom..
nak sambal udang. baik bagi :P
rojakk buah dia sangatttt terbaekkk....
untungla....best kn dpt buke pose ngan kwn blogger yg lain
akak suka jimi asmara tu huhuhu..seronok dpt jmpa bloggers yang smuanyer sporting! makanan sedap..pulang dgn senang hati ;)
untunglah dapat jumpa Boni kacak...heheheh
terserlah kebuncitan perut eden kat sana..
wah seronoknya dapat berbuka ngan geng2 bloggers...yes...kelihatan si boni kacak ada disana hahaha~
Best nyaaa
huwa ida tak buat lagiiiii.. huhuhuh
wahh!!!
cantiknya tempat ni.
serius terus teringin nak p hehe.
tapi haa jauh la pulak.
makan pun mcam best2 ja waa :o
pernah call event manager dia nak tyer pasal bufday party... mmm... rasa nak tecekek dengar harga yg dia kasik. hahahaha
tapi mmg teringin giler nak mkn2 kat sini...
beshnyaaaa hehe
wahhh sangat cantik Flora cafe....
Hahahah terbaikkkkkkkkkkk....suka tau pi food review nih...selain dpt makan percuma...snap pic...pastu leh jumpa new blogger...dari kenal dik mila dan akak pinky terus berkembang kenai semuanya...perghhhh hebatttt adik mila...hebatttttttt...suka Qi dpt jumpa auntie mila yg omeyyy tgt... :)
hah mila lah yg buat entry sambut anniversary kat sini kan.hehehe.rara jenuh nk ingat balik.MILA psttt pssttt, mahal x buat anniversary kat sini? rara nk buat surprise kat suami lah.hehehe.
makanan best..bloggers yang datang pun best..tak sangka smua sporting hehehe..
eh encik suami pun dah jadi blogger sekarang ni ekekeke
Cantiknyaaa. Tak tahan tengok makanan tu. Menggoda sungguh. hihihi :D
bestnyer dapat mkn skali ngan bloger2 yea. mknan pun nampak sedap jea. tempat lak menarik :)
teringin nak ke sini nanti... ;)
Post a Comment