Salam
Tersentuh hati aku pabila tengok gambar ni, dimana seorang anak yatim melukis gambar 'ibunya' lalu tidur bersama lukisan tersebut.
Aku bersyukur masih mempunyai ibu bapa lagi, tapi anak yatim di atas kehilangan ibunya semasa peperangan. Mungkin terlalu rindukan ibunya, jadi anak yang tidak berdosa ini melakarkan gambar ibunya seolah-olah dia sedang lentangkan tangan untuk dia tidur sebagai bantal. Dia rindu pelukan ibunya, dia masih terlalu kecil dan tidak memahami apa-apa selain inginkan belaian manja dan kasih sayang seorang ibu dan bapa.
Kadang- kadang aku terfikir dan ingin tau perasaan menjadi seorang anak yatim, selami perasaan mereka, ketahui keinginan mereka. Mungkin takkan sama apa yang aku rasa dan mereka rasa tapi kalau cara ini mampu membuat mereka mengukir senyuman itu sudah cukup membahagiakan hati aku seorang anak yang bersyukur masih mempunyai ibu bapa lagi.
Masih ingat pada entry photoshoot ni, dimana blogger-blogger berkumpul untuk satu event photoshoot. Pertemuan kami tidak habis di situ, malah kami merancang untuk buat event seterusnya dimana event berikut kami merancang untuk melawat ke rumah anak-anak yatim.
Ada sesiapa berminat untuk join event ni ? Event ni mungkin akan berlangsung sekitar bulan 2 In Sha Allah kalau dizinkan Tuhan, sekarang kami masih merancang satu persatu acara sebelum event sebenar berlansung. Kami ingin mengumpulkan seberapa banyak dana yang ada.
Sekiranya korang berminat untuk menyertai event pada kali ini boleh email aku ye :
Lovex_lunic8819@yahoo.com
Ala lupa pulak nak mention, kami-kami semua ada buat baju untuk blogger-blogger yang nak join event ni tau, next entry aku tunjuk design baju yang ditempah, harga cuma RM20. tunggu tau next entry aku upload gambar baju.
17 comments:
kak milaaaa....saya berminat nak joinn...cmne yer cara2 nyer./? haahahha
Salan.nak join dan nak beli baju.tuh.heheheh
@Nory Zoulkefle gatai noo kan nory cepuk kang :p
@thenunu email ye.
mila, akak nk join!!!
Na join gk.. Hihi
Kak Mila, adik ida nak join jugakkk.. Tshrt kasi free eh eh... hahahhahaha!!!
terbaik kak mila :D
bestnya :D
hai kak mila.. event tu buat kat area mana?
- maklumkan tau!!!!!! takut bertindih ada program lain nnti
Area mana tu dear ? Kalau dekat2 sini nak jugak join.. =)
Kite tak kan pernah phm selagi tak berada kt tempat diorg kan akk.
yg mampu buat
derma semampu yg boleh
SAlam, kte dtg follow sini sebab Nadia kenalkan :D
Salam kenal :D
Dear, wat kat area mane? mcm berminat la nk join :)
teringin nak join. kat mana ye.
nak join sgt2.tapi tgh praktikal time tuh :(
sedihnya..
Post a Comment