Terima Kasih Sudi Like

Sunday, December 2, 2012

Menu Masakan : Sotong Masak Kunyit

www.tips-fb.com

Assalamualaikum and hello :)

Kan dah kata jangan terkejut kalau blog aku ni tetiba ada entry main  masak-masak ni. Harus ada gambar makanan sebabnya aku sedang belajar masak ohoiiii...Dan jgn tekejut kalau pepagi aku up gambar masakan bukan ari ni aku masak tau ni memasak tahun gajah dulu-dulu aku up satu persatu. Banyak lagi masakan tapi ikut turn ni *sebenarnya aku takde idea nak cerita so cete masak-masak ni aku peram dlm draf agak takde cete aku up la kan gitu...*


Bahan-bahannya:
1 kg. sotong saiz sederhana
1 sudu serbuk kunyit
Serbuk lada hitam dan serbuk lada putih
1 biji bawang besar - dihiris (untuk ditumis)
3 ulas bawang putih - dititik (untuk ditumis)
1 inci halia - dihiris (untuk ditumis)
1 biji cili hijau
1 biji cili merah
1 biji bawang besar - dipotong bulat
1 biji tomato - dibelah empat
Garam, gula, dan perasa (jika suka)
Daun sup dan daun bawang
Minyak untuk menumis

Cara-cara memasak:
1.  Sotong dibasuh bersih dan ditoskan.  Kemudian kerat sotong dalam bentuk gegelang dan lumurkan dengan serbuk kunyit, serbuk lada hitam, dan serbuk lada putih.
2.  Panaskan minyak di dalam kuali.  Tumis bawang besar, bawang putih, dan halia sehingga naik bau.
3.  Selepas itu masukkan sotong dan gaul rata. Masukkan garam, gula, dan perasa.  Biar mereneh sehingga pekat dan sotong masak.
4.  Akhir sekali masukkan bawang besar ,buah tomato, cili hijau, dan cili merah.  Kaup balikkkan.
5.  Semasa menghidangkan bolehlah dihiaskan dengan daun sup dan daun bawang.


Credit to : Kak Noor

talk to my hand : korang ada kenangan manis p Sunway Lagoon tak ?
♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

12 comments:

syafiqa said... Click To Reply!

nampak sedap kak
tp kalau makan,allergic ni

haha

Mek Onie said... Click To Reply!

yummy ! lapo niiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...nak p makan sat g,malas nak masak,haha

ieza ashaari said... Click To Reply!

nak gak.. tp elergy.. huhu..

Fatimah Nabila said... Click To Reply!

bley try nie..

::EIDA:: said... Click To Reply!

Tak pernah try lagi. Boleh ida cuba nnti. Ida kalau sotong suka masak, sotong masak cili padi.. rezepi sendiri.. okhokokhokhhhh... memandai tambah bahan itu ini.. sib baik hubby sukaaaa ;p

faie mohamad said... Click To Reply!

sedapnya.. (kecur air liur)

Tie HT said... Click To Reply!

as salam

sedap nye sotong..nak nak yg ada telo dalam dia kan:)

-meeSUPERGIRL- said... Click To Reply!

perghhh sedap! tapi resdung . hum . alergic . acobaan ...

nadia farahida said... Click To Reply!

makan dengan nasi panas2 ni perghhhhhhhhhhhhhhhh ;))

Wanafzan said... Click To Reply!

Thx for d resepi! Will try!

Nory Zoulkefle said... Click To Reply!

waaa terer nyer ko masak,Mila oiii....menyelerakan...hihihi

Nory Zoulkefle said... Click To Reply!

waaa terer nyer ko masak,Mila oiii....menyelerakan...hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...