Assalamualaikum and hello :)
Kan dah kata jangan terkejut kalau blog aku ni tetiba ada entry main masak-masak ni. Harus ada gambar makanan sebabnya aku sedang belajar masak ohoiiii...Dan jgn tekejut kalau pepagi aku up gambar masakan bukan ari ni aku masak tau ni memasak tahun gajah dulu-dulu aku up satu persatu. Banyak lagi masakan tapi ikut turn ni *sebenarnya aku takde idea nak cerita so cete masak-masak ni aku peram dlm draf agak takde cete aku up la kan gitu...*
Bahan-bahannya:
1 kg. sotong saiz sederhana
1 sudu serbuk kunyit
Serbuk lada hitam dan serbuk lada putih
1 biji bawang besar - dihiris (untuk ditumis)
3 ulas bawang putih - dititik (untuk ditumis)
1 inci halia - dihiris (untuk ditumis)
1 biji cili hijau
1 biji cili merah
1 biji bawang besar - dipotong bulat
1 biji tomato - dibelah empat
Garam, gula, dan perasa (jika suka)
Daun sup dan daun bawang
Minyak untuk menumis
Cara-cara memasak:
1. Sotong dibasuh bersih dan ditoskan. Kemudian kerat sotong dalam bentuk gegelang dan lumurkan dengan serbuk kunyit, serbuk lada hitam, dan serbuk lada putih.
2. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih, dan halia sehingga naik bau.
3. Selepas itu masukkan sotong dan gaul rata. Masukkan garam, gula, dan perasa. Biar mereneh sehingga pekat dan sotong masak.
4. Akhir sekali masukkan bawang besar ,buah tomato, cili hijau, dan cili merah. Kaup balikkkan.
5. Semasa menghidangkan bolehlah dihiaskan dengan daun sup dan daun bawang.
Credit to : Kak Noor
talk to my hand : korang ada kenangan manis p Sunway Lagoon tak ?
12 comments:
nampak sedap kak
tp kalau makan,allergic ni
haha
yummy ! lapo niiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...nak p makan sat g,malas nak masak,haha
nak gak.. tp elergy.. huhu..
bley try nie..
Tak pernah try lagi. Boleh ida cuba nnti. Ida kalau sotong suka masak, sotong masak cili padi.. rezepi sendiri.. okhokokhokhhhh... memandai tambah bahan itu ini.. sib baik hubby sukaaaa ;p
sedapnya.. (kecur air liur)
as salam
sedap nye sotong..nak nak yg ada telo dalam dia kan:)
perghhh sedap! tapi resdung . hum . alergic . acobaan ...
makan dengan nasi panas2 ni perghhhhhhhhhhhhhhhh ;))
Thx for d resepi! Will try!
waaa terer nyer ko masak,Mila oiii....menyelerakan...hihihi
waaa terer nyer ko masak,Mila oiii....menyelerakan...hihihi
Post a Comment