Salam
STICKY POST
untuk ke entry yang latest sila skroll ke bawah !!!!
STICKY POST
untuk ke entry yang latest sila skroll ke bawah !!!!
Disinilah tempatnya dimana para blogger yang terlibat akan mengadakan lawatan anak yatim. Event tersebut akan berlangsung pada 24 FEBUARI 2013. Kepada blogger yang ingin turut serta pada program tersebut nanti aku ucapkan ribuan terima kasih atas sukarela anda dalam menjayakan program ini.
Suatu ketika dulu, aku merasakan kehidupan aku cukup susah, bagi aku bila kita sudah berada di atas tetiba kita terjatuh ke bawah adalah sangat perit untuk kita bangun. Tetapi aku bersyukur di dalam kesusahan hidup tu aku masih mempunyai ibu bapa, sekurang-kurangnya kita mampu mengubah nasib ibu bapa kita.
Sebanyak mana pun duit yang dicari takkan boleh beli kasih-sayang ibu bapa, betapa untungnya kita berbanding mereka anak-anak yatim yang kehilangan tempat untuk bermanja serta kasih sayang seorang ibu dan bapa. Mungkin pada luaran senyuman gelak ketawa mereka sama macam kita tapi dalam hati hanya Tuhan yang tahu betapa mereka dahagakan kasih sayang ibubapa.
Aku perhatikan satu persatu wajah anak-anak yatim ni, saat tu perasaan hiba,sedih sayu semua ada tak dapat bayangkan kalau aku berada di tempat mereka.
Sumbangan korang amat dialu-alukan, sekurang-kurangnya dapatlah meringankan beban untuk menampung kehidupan seharian anak-anak yatim ini. Aku tidak memaksa, sekiranya ada rezeki lebih bolehla didermakan. Hanya Allah sahaja yang akan membalas jasa baik korang.
Sesungguhnya tangan yang memberi lebih mulia dari yang menerima.
Sekiranya ada diantara korang yang ingin menderma walaupun sebanyak RM 1, kami menerima dengan hati yang terbuka dan semoga niat ikhlas untuk membantu anak-anak yatim ni diberkati amin !
Selain daripada email, korang jugak boleh nyatakan sumbangan yang diberi melalui FB aku.
16 comments:
ala...nape bru bgtau ada akaun maybank..hukhuk..
mila, akak nk amik gmbr ni ye..akak nk letak kt blog akak lak.. minta izin ye..
thanks for the info :)
mulianya hati mereka yg sudi membantu anak2 yatim. benar kata awak, tangan yg memberi lebih mulia dari tangan yg menerima.. :D
semoga mereka berada dalam golongan yg diredhaiNya.. aminnnnn
comel budak-budak tu. Rasa sejuk mata,tengok.
T.T
gud
Kalau la eiqa dah kerja ape semmua..
then ada kereta..
Confirm eiqa nk jugak jooin..
Tak pernah lg ikot lawatan macam nie
jauhnya tmpt tu dari my place.. hii, kalo dekat .smestinya saya join ^^
mee harap dapat jd salah seorang drp penyumbang itu . hum
semoga ramai yang mampu memberi sumbangan . aaminnnnnn
alhamdulillah
usaha yang murni
alhamdulillah...mintak share jugak ye...kalo nak join cam mana?
semoga Allah lindungi anak2 yatim ni. sedih tgok muka dorang. Bile last date utk inform nk join ni?
tetiba sayu hati tengok muka bebudak tu :'(
betapa beruntungnya edy berbanding diorang.huhuhuhu
can't imagine if im in their shoes
terbaek =)
hy salam kenal. singgah blog saya jom..
Post a Comment