Cucur kelihatan gemuk macam tuannya kihkihkihkih :p |
Bahan-bahan
- 1 cawan isi jagung
- 1/2 cawan isi udang ~ dipotong kecil
- 2 cawan tepung gandum
- 1biji telur
- 1 sudu teh yis mauripan
- 1 sudu teh garam halus
- 1 sudu teh gula
- daun saderi dan daun bawang ~ dihirsi halus
- 1 biji cili merah ~ dicincang
- 1/2 labu bawang besar ~ dicincang
- 3/4 cawan air
- minyak untuk menggoreng
Cara-cara
1. Masukkan kesemua bahan-bahan kecuali air dan minyak ke dalam sebuah bekas
2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati
3. Biarkan seketika, lebih kurang 15-30 min atau sehingga adunan nampak naik
4. Panaskan minyak dan gorenglah sehingga masak
5. Toskan dan bolehla dihidangkan dengan sos kegemaran anda. Selamat Mencuba ^______^
5 comments:
haishhh..sedapnye wat mkn ptg2 nie..;p
baru last week akak buat cucur udang jagun nie..... sedap
buat minum petang best ni..
bila buat ni babe? ahad eh dekat ikea? ;p
@nadia ikea tu lagi bolat macam ko yaaaa..haha...
Post a Comment