Terima Kasih Sudi Like

Tuesday, April 23, 2013

Tune Hotel Johor Bahru

www.tips-fb.com

Salam

Masa trip ke USS hari tu, sehari je masuk Singapore tapi bermalam di Johor Bahru, kiranya 2 malam di Johor Bahru. Malam pertama aku bermalam di hotel budget jerk di Culture City Inn. Memang budget gila weyyy ~ Satu pasangan cuma kena bayar RM 30 sahaja.

Keluar je dari Singapore memang masing-masing dah lemau, yelaaa seharian kot kat USS tu, main sampai lebam so kami prefer nak check in hotel yang selesa sikit tapi still dengan harga yang berpatutan.

Acely hotel ni kami dah booking lebih awal ieda yang tolong booking sebab dia rajinnnn sangat ~~~ hotel pilihan kami adalah Tune Hotel Johor Bahru. Kami semua booking double room je atau dalam erti kata lain bilik yang togel bukan bogel muahahaha...



Tune Hotel ni ia pesen ko kena add on segala macam yang ko nak sebab ia tak sediakan jadi ko kena request. Harga untuk double room yang togel ni cuma RM 67.28, Kalau ko tak bawak alatan mandi ko kena request, kalau ko nak tengok TV ko kena add onn kalau nak Wifi dalam bilik ke , nak aircond ke semua kena add on la. Siap jela duitnya huhu....


Macam aku hari tu, cuma add on aircond kena tambah RM 16.00 so total keseluruhannya adalah RM 83.28,  add on benda-benda ni masa ko nak check in yeEkutkan tak yah add on aircond pun takpe sebab kipas memang disediakan tapi biasalah waaa kan gedikkk nak feeling cool duk hotel kenalah ada aircond kalau pasang kipas jerk kat rumah pun ada hikhikhikhik...


Apa yang bestnye kat Tune Hotel JB ni ialah part parking sebab parking kereta dalam kawasan berpagar so tak payah nak risau sangatlah pasal keselematan kereta korang. Dalam satu bangunan hotel yang sama ada kedai 7/11 bila korang rasa lapar jerk boleh turun beli makanan,  ada HQ Tune Hotel lepas tu ada office bas Odyssey dimana korang boleh naik bas ni untuk ke Singapore. 


Mungkin ada yang tak tahu cara nak booking dekat Tune Hotel kan ? jangan kata korang aku pun  tak pandai jugak haha.....korang refer SINI er...siap ada tutorial lagi...rajin kan ieda ?

Ini alamat Tune Hotel JB

Tune Hotel - Danga Bay, Johor
Lot PTB 22819, Jalan Skudai, 
Mukim Bandar Johor Bahru, 
80200 Johor Bahru, Johor.
Tel: 07 - 2329010

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

15 comments:

Sheila Salim said... Click To Reply!

assalamualaikum mila, heee kitorang pakai kipas pun lena. kalau dapat air cond rasanya tak bangun pagi kot. heeee

PinKy MoMMa said... Click To Reply!

kalau tgk offer Tune Hotel yang o.15sen tu lagi best kan huhu..tp slalunyer bukan peak hours la dik..

ddk hotel msti la ada ekon..feeling pelancong katanyer hahaha

Nory Zoulkefle said... Click To Reply!

Nory tak mampu nak add on aircond, sggup guna kipas je...hukhukhukhuk...lagipon kalau ade aircond, sejukk, pastu nak menyondol si Tasha ada (kacau line)....wakakakakakakaaka...

NM03 said... Click To Reply!

aku tak suker tune hotel sebab mcm leceh... tapi dalam hati ada rasa mahu mencuba...

yg aku tahu bilik hotel aku bukak je pintu boleh on semua benda. hehehe

::EIDA:: said... Click To Reply!

ida pun tak add on. mila kan kayeeeee. tersedak sedak saye, awak cakap saye rajin eh? bayar laaaaa.. 10dolar. hahahhahaa

Zana Adieyza said... Click To Reply!

kalau add on aircond baru dpt tido lena kan.. hehehehe...

ameris said... Click To Reply!

caner nak dapat rege yang sen sen tuh mila?

Syazana Zainn said... Click To Reply!

suka baca entry jalan2 gini. hihi

bleh simpan tips sikit2 :P

Masmira Masri said... Click To Reply!

wahh bestnyer berjalan.berapa kak bajet smua holiday kali nih?

Firdawati Rashidi said... Click To Reply!

Tilamnya nampak empuk la...
Cantik ye bilik kat tune hotel ni ek...=)

Elih TBOE said... Click To Reply!

Memang myeronokkan jalan2 mcm ni...entah bila agaknya ada masa ni...btw, salam pkenalan...

Mcm iklan bbayar pulak promote hehe :P

ammelia yusoff said... Click To Reply!

eh, macam jimat gile. boleh la ni dalam list untuk travel nanti. hehehe

eKa said... Click To Reply!

tau tak masa eka stay kat tune.eka terpaksa solat ats katil,boley.pertama kali dlm hidup tu.tp ok la... u get wat u pay kan.

cre8tone said... Click To Reply!

Tak pernah duduk tune hotel kat johor, tapi pernah pergi tune hotel kat ipoh.. budget tapi bagus.. suka sangat. :)

nadia farahida said... Click To Reply!

laaa, nape yaya tak tauu pon miloo add onnnnnn airconddd. yaya pon nak feeling feeling menyondol gitueww walaupun time ni period. muahahhaaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...