Terima Kasih Sudi Like

Thursday, April 11, 2013

Universal Studios Singapore - Part 1

www.tips-fb.com

Salam

Fuh...fuh...fuh....kasi tiup sikit semangat kerajinan untuk up entry percutian ke Singapore, yaya, ieda, nory dan sheila dah up sampai episod ke 800 dah aku ni part 1 pun serabut nak susun-susun ayat  biar semua orang yang baca paham apa yang aku sampaikan * kadang-kadang suka cakap tonggang- langgang *

Percutian selama 3 hari 2 malam ni disertai sebanyak 11 orang, masing-masing bersama suami, sorang je solo-molo iaitu adik nory ( tasha ). Kami bertolak dari KL sepatutnya pukul 8.00 p.m malam ye, tapi biasalah janji melayu takdenya pukul 8.00 p.m sharp² gerak mesti delay punya. Pukul 9.30 p.m baru gerak.

Oh ye kami ke Johor Bahru menaiki 2 kereta kepunyaan yaya. 4 orang dalam kereta Gen 2 4 orang dalam kereta Caldina Nory, Zul dan Tasha naik flight. Terima kasih daun keladi kepada yaya sebab sudi pinjamkan kereta awak pada kami, lepas ni boleh pinjam lagi tak ?

Ngam-ngam sampai JB pukul 1.00 a.m nasib baik masa booking tu kami ada mention selewat-lewatnya pukul 1.00 a.m kami check in.



Ni adalah hotel budget paling murah lepas dah survey-survey dengan hotel yang lain area JB. Kitaorang  ni sampai dah lewat kalau tidur pun hanya beberapa jam jerk so hotel ni adalah pilihan kami. Murah sangat !


Ni bilik untuk para suami besar sikit dari bilik para isteri.

Culture City Inn nama diberi * dah nak start pantun ni kehkehkeh* . Korang kalau nak booking hotel make sure kena bandingkan harga secara online dan call sendiri hotel tu tanya harga, sebab kadang-kadang harga tak sama, ni pun aku baru tau ida dan yaya bagitahu, thanksss korang ! So hotel ni kami booking secara online di laman web Booking.com

Sesetengah hotel,bila kita booking kena kredit kad kan ? hotel ni tak perlu pun kredit kad, senang bukan ? semudah ABC tapi aku je rasa susah serabut serabai hahaha.....sokmo gitu, sekarang dah tau bagaimana prosedurnya petik jari je dah boleh buat.

Family Room ( 4 adults )  RM65/Semalam - 2 katil Queen
Triple Room  (3 adults )   RM55/Semalam - 1 katil Queen & 1 single

Aku sarankan korang booking yang family room tu ye lebih selesa berbanding Triple Room. 


Sebelum nak check out dari hotel, sesi bergambar haruslah ada huhuhu... Untuk ke Tune Hotel hanya mengambil masa 15 minit je dari hotel ni ye.tu kalau tak sesat tau heeee~~~

Info :
Hotel Culture City Inn,
No 5, Jalan Jaya 2, 
Taman Jaya,
81300 Skudai

 No tel : 07-5547277 / 5547281


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

10 comments:

ameris said... Click To Reply!

wahhh... geng korang berlumba2 buat entry gi USS yer....

Sheila Salim said... Click To Reply!

assalamualaikum yeayyy kak mila dah up kan entri ni. hahahahaha. tak baik tak buh gambar tangan down tothe earth. ahahhaa

Nory Zoulkefle said... Click To Reply!

alaaa jelesnya, tak dapat tido polok2 ngan korang....
*nangis sambil hentak2 kaki...wuuuuhuuu

::EIDA:: said... Click To Reply!

Petik jari boleh buat milo? okay pasni milo ditugaskan untuk memboking. mihmihmihhhh

boni kacak said... Click To Reply!

wah.. puas hatinya dengan bilik dia tu.. terbaik..

Ratu Hatiku said... Click To Reply!

bestnya....

Downtown Kg Baru said... Click To Reply!

nak kena pegi jugak laa univesal studio nie..hehehe

Regards,
M-NEC

Kekzamanis said... Click To Reply!

Wah! Seronoknya bercuti..! ^_^

PinKy MoMMa said... Click To Reply!

murahhh nye hotel tu..kenapa tak book di tune hotel terus..lg mahal eh dik?

Mila Ahmad said... Click To Reply!

@PinKy MoMMa tune hotel mahal sikit kak, lagipun kami hanya nak tidur untuk beberapa jam jerk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...