Terima Kasih Sudi Like

Tuesday, April 16, 2013

Surat untuk Pemandu Kereta

www.tips-fb.com

Penunggang Motosikal,
Seluruh Negeri,
Malaysia.
_____________________________________________________
Pemandu Kenderaan 4 tayar dan ke atas,
Seluruh Negeri,
Malaysia.

Tuan/Puan

Saya mewakili penunggang motorsikal ( sebenarnya pembonceng jerk :p )
seluruhnya ingin berpesan dan berkongsi
kepada pemandu-pemandu kereta yang
tidak pernah berpengalaman menjadi
penunggang motorsikal atau yang tidak
memahami perasaan menjadi penunggang/ pembonceng
motorsikal bahawa:

Kami berhak menunggang motorsikal di
dalam lorong utama. Bukan hanya
menunggang di lorong kecemasan. Kerana
kami juga bayar cukai JALAN. Bukan cukai
LORONG KECEMASAN. Tidak perlu
bunyikan hon atau nyalakan lampu tinggi

kepada kami.

1) Jangan kedekut bagi signal kalau nak ke kiri atau ke kanan 
bateri kereta takkan abes kalau pakai signal pun 
tu bukan bateri energizer yang boleh pakai buang tu, 
kereta puluh ribu takkan signal tak hidup mustahil sgt !

2) Jika pemandu kereta ingin memotong
kereta di hadapan, dan ada penunggang
motor di laluan bertentangan, kami layak di
hormati. Jangan memotong dengan
tanggapan bahawa kami kecil dan boleh
mengelak.

3) Di kawasan sesak, tolong lihat belakang
dan sisi terlebih dahulu sebelum menukar
lorong, sebab yang parah bukan anda tapi
kami.

4) Penunggang motorsikal seperti kami
BUKAN mat rempit. Kami layak dihormati
sama seperti orang lain.

5)Kepada pemandu kereta yang merokok,
jangan sesuka hati mencampakkan puntung
rokok ke luar tingkap. Perhatikan dahulu
jika ada penunggang motorsikal atau
pengguna jalanraya yang lain. Puntung
rokok yang masih berbara itu
berkemungkinan termasuk ke dalam
pakaian penunggang motorsikal dan
membahayakan kami.

6) Jangan hina kami hanya kerana kami
menunggang motorsikal. Allah dah
turunkan rezeki masing-masing. Tak perlu
berbangga dengan harta dunia.

 Ko tau tak lebih jimat dari segi wang ringgit dan masa bila naik motor tau.
 tu bagi akulah orang lain tak tahu
 sebab aku boleh buat duit minyak kereta dan tol untuk pergi travel kihkihkihkih....

Sekian.

Yang menunggang/ pembonceng  motorsikal...


♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

8 comments:

nadia said... Click To Reply!

haha, milo miloo. yaya paham milo.. kita kena berjimat cermat untuk ke krabiiiiiii yeayyyy. eh? :p

onie said... Click To Reply!

org yg takpernah memahami perasaan penunggang motorsikal ni payahhhhhhhhh,meluatttt pun ada...lelagii time hujannnn,selalu kena simbah dengan orang bawak kete T_T

ameris said... Click To Reply!

dilema penunggang motosikal yang tak penah pemandu amik peduli.
nahhh sekarang sila baca luahan ni wehh!!

#wehh korang nak gi krabi??? nak itot..nak itot...

NM03 said... Click To Reply!

saya faham

::EIDA:: said... Click To Reply!

ok dah nampak punca dimana... hahahhahaha.. dari hati ida jugak ni.. tq milooo =)

azzey said... Click To Reply!

pesanan khas dpd penaja ni..he3...

PinKy MoMMa said... Click To Reply!

pernah rasa title pemegang motosikal dlu sebab masa keje di KL memang kena naik moto..kalau tak smpai opis lambat..

pernah dulu skali akak geram..ada kete lalu lane kecemasan yg spatutnyer moto lalu..pergi dekat kete tu..tepuk bonet dia skuat hati..

tak pasal jadi gangster muahaha

misz sheyla said... Click To Reply!

dulu2 naik motor gak..memang bengng tol kalau kereta tak pandai nak bagi signal ni...tau la besar pada kite..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...