Terima Kasih Sudi Like

Thursday, July 4, 2013

Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand

www.tips-fb.com

Salam

Ye aku tau aku salah sebab malas nak buat entry kan ? Ni tengah sedaya upaya memerah keringat, eh keringat sangat kau ni duk dalam aircond kot ! tak memerah otak sebenarnya untuk cuba dengan gigih update pasal Krabi. Korang baca tau. Tak baca siap ! Penat tau aku taip korang taknak baca. Dahla mood kemalasan sangat minggu ni tapi demi korang ku gagahkan jua, baik tak kitaaaaaaaa baik kan, cepat cium kaki aku skank ! haha....

entry sebelumnya adalah entry Harga tiket Flight Krabi, Thailand

Jumaat malam semua berkumpul dekat rumah Yaya , kitaorang akan naik teksi ke KL Central dari rumah Yaya, rasanya aku orang paling last sampai rumah Yaya heee~ sempat lagi tengok Rajalawak 7. Abes cete baru gerak naik motor je pun 20 minit dah sampai. Takut bawak kereta sebab kena parking kereta di luar kawasan rumah yaya 4 hari 3 malam tu agak lamalah jugak so decide bawak motor jela walaupun beg kami 2 sahaja tapi aku rasa macam naik 4 orang. punyalah rasa beratnya beg kemain lagi. Beg aku kira aku mampu lagi nak bawak tapi bila bawak beg deuter laki aku, aku rasa macam eh , 'abang beg abang macam nak duduk sebulan kekdahnya'. 


Sebelum bergerak ke KL Central bergambar depan cermin tu wajib hokehhhhh, aku, EidaNoryYaya


Pukul 3.30 pagi kitaorang gerak ke KL Central. Orang lain sedang lena dibuai mimpi indah kami semua siap sedia menuju ke destinasi cuti-cuti cinta hihihi..... Kami ni 11 orang jadi 3 buah teksi diperlukan, aku laki bini naik dengan  Nory dan Zul, Eida dan Andy naik dengan Sheila dan hadi, Yaya pulak bertiga dengan syafiq dan adik yaya.

Disebabkan masa tu pagi-pagi buta so caj naik teksi mahal sikit lah, RM18.40. antara 3 teksi, teksi aku paling murah tapi tetap mahal jugak sebab over dari budget. murah pun bape sen je dari teksi lain tapi tak kesahlah janji sampai kan.


Kemudian terus amek bas ke LCCT,  tambang bas ke LCCT adalah RM8 seorang sehala, per couple adalah RM16.00. Elok je bas berjalan semua bantai tido yelaaaaaa masing-masing belum tido kan, walaupun dapat tidur sekejap pun jadilah nak cas tenaga balik untuk digunakan masa aktiviti kat Krabi nanti.





Walaupun flight pukul 7.00 a.m tapi kitaorang sampai 1 jam 1/2  awal yelaaaaaa taknak kelam kabut takut in case ada masalah-masalah diluar jangkaan kan, kalau dah tiba awal kan senang nak p tandas ke, nak minum ke nak ape gasakkkkk janji dah selamat sampai kat departure hall. Aku sempat mintak tolong laki aku belikan air mineral berharga RM1.50 makanan lain tak beli sempat dalam flight ada add on makanan

Jangan tak tau ye ini adalah kali pertama aku naik flight ! ye pertama kali ! kalau ko rasa aku jakun, oh tidak sama sekali tak teruja pun biasa-biasa je tapi apa yang boleh aku katakan adalah naik flight ni adalah sangat-sangat tidak selesa haha....byk kali telan air liur pasal telinga macam berdengung, pastu tidur tersentak-sentak. hei gua ngantuk baiiiii, asal dapat tidur aku bantai tidur je tapi dalam flight tidur-tidur ayam je pasal sekejap sangat baru nak lena eh, eh dah sampai ! oh kejap gilerrrrrr 1 jam 20 minit jerk -.='


Yeay ! tiba dengan selamat ke negara Thailand

Kalau korang nak tau waktu Thailand dengan Malaysia tak sama, negara Thailand lewat satu jam dari negara kita. Kalau kata sana pukul 7.25 pagi, negara kita pulak  pukul 8.25 pagi. Tapi pagi kat tempat diaowang tu aku rasa dah macam tengahari dah. Dan paling ketara aku rasa waktu kat Thailand adalah sangat panjangggg.

Masa dekat airport, lepas je imigresen dah ada orang tunggu kami semua untuk dibawa ke hotel yang kami menginap sepanjang berada di sana.Urusan berkaitan transport dan hotel semua diuruskan oleh Eida dia bab-bab macam ni memang rajin,so kitaorang tak payah susah-susah dan pening kepala hihi..i lapppp uuuuu  sayang kak Eidaaaaaaa muah !


Mr Eida ? haha....bengonglah sape buat text ni. Muka pemandu takde perasaan, pang nakkkk?


Dahla kat Airport tadi berjemput lepas tu kenderaan yang amek kami semua 11 orang ni dah macam Alphard dekat Malaysia tau. Warna putih smart giler babe, kalaulah bole rembat satu. Terbaeklah kenderaan diaorang. Ni kalau pakai kat Malaysia ni menganga orang haha....Ekutkan muat je 1 kenderaan tapi entah kenapa nak 2 kenderaan pulak mungkin pikir kami bawak beg kot so takut tak muat pulak.

Untuk 2 buah van pergi dan balik diaowang caj 3000 THB, ini bermakna 3000THB bahagi 11 orang, seorang 273 THB kalau convert duit Malaysia RM28.50 sorang. Dari airport ke hotel kitaorang  rasanya setengah jam jugaklaaaaa. Segala papan tanda yang ada aku langsung tak paham sebab tulis dalam bahasa Thailand. Ni kalau drive sendiri ni confirm sesattttt


Sesi pendaftaran Eida dengan Yaya yang uruskan, aku layak duduk kat tepi jerk. Cantik kan ukiran dekat kerusi yang aku duduk tu. Belakang tu banyak pamphlet-pamphlet untuk pakej yang menarik korang bole buat bila sampai Krabi, Thailand ni, jangan risau dan pening suma adaaaaa, siap je duit suma setelllll


Kami dah sampai Krabi, Thailand, anda bila lagi ? macam tak boleh blahhhhhhh ayat. Macam mintak pelempang aku rasa hahaha...


Kos Perbelanjaan :
Cab ke KL Central ( midnight ) : RM18.40
Bas ke LCCT 2 orang per way : RM16.00
Airport transfer return 2 orang   : 3000 THB/11 orang = 273THB x 2 = 546 THB
                                                  convert duit M'sia =546 THB x 10.45 = RM57.00
Air mineral kat LCCT                : RM1.50

TOTAL                                     : RM 92.90


Talk to my hand : Baru satu entry tapi aku rasa dah nak muntah, tak nak buat boleh tak -.='

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

16 comments:

CikPuanIsteri said... Click To Reply!

Waaa...best2...ada beli ole2 tuk ammar x aunty??hehehe ;)

::EIDA:: said... Click To Reply!

sayang adik milo! mihmih..

#haipp next entry pleaseeee ;p

Unknown said... Click To Reply!

rancang nak ke krabi juga hujung tahun nie........kalau ada rezeki ler....

Mimie said... Click To Reply!

Hahaha...akhirnys...gagah mila type entry krabi nih yer

Mimie said... Click To Reply!

Gagah gak taip entry krabi kan...

Sheila Salim said... Click To Reply!

Assalamualaikum. yeayyy mila dah updated >_____<

Julia Johari said... Click To Reply!

NAk ikut bleh heheheh best kan jalan2 ramai2 nih, rasa keselamatan lebih terjamain bila pi smal group...big group mmg best yehuuuu

Nory Zoulkefle said... Click To Reply!

Go Mila go!!!
Next entry pleaseee...
hehhehe..
nory pon merangkak lagi ni menaip entry krabi, hari pertama pon tak khatam lagi...adehhhhh

Aida Syifaa ♥ said... Click To Reply!

wuhuuu best nya ! have a safe trip :D

Eiqa Almond said... Click To Reply!

Best lee akakkkk..
Jealousss.!
Hentak2x kepala.

amirofie said... Click To Reply!

Member2 lain dah start entri pasal aktiviti naik gajah, emerald pool, hotspring.. awak bila lagi ni? Hehehe.. mesti you rasa tertekan kan? Next entry please..

Nik said... Click To Reply!

seronoknya bercuti ramai2 gini. meriah..hehe

ieza ashaari said... Click To Reply!

kohkohkoh.. milo mood ke laut r.. sabo ye..

Nadia Johari said... Click To Reply!

tu dia..kuning..kuning menyerlah

Bella Idura said... Click To Reply!

hi.. salam kenalan.. happy baca blog awak. saya pun nak gi. cari tip kat sini. nak g pagi ni tau. hahhaa. baru nak cari info.

Urology Surgery in India said... Click To Reply!

Thanks for sharing post – much appreciated and now following you! Looking
forward to your Post....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...