Salam
Fuh...fuh...fuh....kasi tiup sikit semangat kerajinan untuk up entry percutian ke Singapore, yaya, ieda, nory dan sheila dah up sampai episod ke 800 dah aku ni part 1 pun serabut nak susun-susun ayat biar semua orang yang baca paham apa yang aku sampaikan * kadang-kadang suka cakap tonggang- langgang *
Percutian selama 3 hari 2 malam ni disertai sebanyak 11 orang, masing-masing bersama suami, sorang je solo-molo iaitu adik nory ( tasha ). Kami bertolak dari KL sepatutnya pukul 8.00 p.m malam ye, tapi biasalah janji melayu takdenya pukul 8.00 p.m sharp² gerak mesti delay punya. Pukul 9.30 p.m baru gerak.
Oh ye kami ke Johor Bahru menaiki 2 kereta kepunyaan yaya. 4 orang dalam kereta Gen 2 4 orang dalam kereta Caldina Nory, Zul dan Tasha naik flight. Terima kasih daun keladi kepada yaya sebab sudi pinjamkan kereta awak pada kami, lepas ni boleh pinjam lagi tak ?
Ngam-ngam sampai JB pukul 1.00 a.m nasib baik masa booking tu kami ada mention selewat-lewatnya pukul 1.00 a.m kami check in.
Ni adalah hotel budget paling murah lepas dah survey-survey dengan hotel yang lain area JB. Kitaorang ni sampai dah lewat kalau tidur pun hanya beberapa jam jerk so hotel ni adalah pilihan kami. Murah sangat !
Ni bilik untuk para suami besar sikit dari bilik para isteri.
Culture City Inn nama diberi * dah nak start pantun ni kehkehkeh* . Korang kalau nak booking hotel make sure kena bandingkan harga secara online dan call sendiri hotel tu tanya harga, sebab kadang-kadang harga tak sama, ni pun aku baru tau ida dan yaya bagitahu, thanksss korang ! So hotel ni kami booking secara online di laman web Booking.com
Sesetengah hotel,bila kita booking kena kredit kad kan ? hotel ni tak perlu pun kredit kad, senang bukan ? semudah ABC tapi aku je rasa susah serabut serabai hahaha.....sokmo gitu, sekarang dah tau bagaimana prosedurnya petik jari je dah boleh buat.
Family Room ( 4 adults ) RM65/Semalam - 2 katil Queen
Triple Room (3 adults ) RM55/Semalam - 1 katil Queen & 1 single
Aku sarankan korang booking yang family room tu ye lebih selesa berbanding Triple Room.
Sebelum nak check out dari hotel, sesi bergambar haruslah ada huhuhu... Untuk ke Tune Hotel hanya mengambil masa 15 minit je dari hotel ni ye.tu kalau tak sesat tau heeee~~~
Info :
Hotel Culture City Inn,
No 5, Jalan Jaya 2,
Taman Jaya,
81300 Skudai
No tel : 07-5547277 / 5547281
Info :
Hotel Culture City Inn,
No 5, Jalan Jaya 2,
Taman Jaya,
81300 Skudai
No tel : 07-5547277 / 5547281
10 comments:
wahhh... geng korang berlumba2 buat entry gi USS yer....
assalamualaikum yeayyy kak mila dah up kan entri ni. hahahahaha. tak baik tak buh gambar tangan down tothe earth. ahahhaa
alaaa jelesnya, tak dapat tido polok2 ngan korang....
*nangis sambil hentak2 kaki...wuuuuhuuu
Petik jari boleh buat milo? okay pasni milo ditugaskan untuk memboking. mihmihmihhhh
wah.. puas hatinya dengan bilik dia tu.. terbaik..
bestnya....
nak kena pegi jugak laa univesal studio nie..hehehe
Regards,
M-NEC
Wah! Seronoknya bercuti..! ^_^
murahhh nye hotel tu..kenapa tak book di tune hotel terus..lg mahal eh dik?
@PinKy MoMMa tune hotel mahal sikit kak, lagipun kami hanya nak tidur untuk beberapa jam jerk
Post a Comment